Nuffnang Ads

Thursday 28 October 2010

Trip F4 Bali, Indonesia - Day 5

Hari Ke Lima (12 Oct 2010 @ Selasa) - Tema warna Ungu

Hari ni, hari terakhir bersarapan bersama2 di Bali, dan jugak hari terakhir kami di sini.

Seperti semalam, kami mengorder menu yg sama, aku n Leeza yg sampai dulu, jadinya kami telah mengorder tuk budak dua org tu sekali since diorg dtg lambat.
Kami terpaksa segerakan sarapan kami takut terlepas nak bergambar tuk kali terakhir di sekitar Puri Asri ni.

Dalam masa kami bersesi photography ni, Pak Bagus pun sampai bersama dengan kakanda Irni yg telah dipick up nya dulu dr Saren Indah (tak jauh pun dr tempat kami). Lepas check out, kami pun menaiki kenderaan yg disediakan tuk ke airport, Denpasar.





Dalam perjalanan, sempat kami tunjukkan ke”narsis”an kami pada dorg tentang xtvt kami semlm. Hmmm... dapat komen yg bagus, hehehehe dan jgn tak tau Kak Ina pun teruja nak bergambar kat sawah padi tau.. Kami singgah sebentar kat mana tah, tuk Pak Bagus collect kue2 yg telah kami order. Order tu termasuklah kek lapis yg telah dijamu pada 2 hari lepas. Aku order kue kelapa 4 balang Rp25,000/box dan kek lapis Rp85,000 sebiji. Total Rp185,000.

Sebelum tu kami ke Galleria Bali. Kak Ina just drop kejap nak beli nasi goring paste. Tp tak dpt byk, sbb stock dah abis





Sampai di airport, trus check in. Duty kami kena bayar Rp150,000/person. Duit tabung memang tak cukup, siap kena byr RM25 sorg sebagai tambahan gara2 masing lupa daratan semasa membeli belah. Duit tu kami tukar dengan Kak Ina, yg tak berapa “pandai” nak guna duit.. Kui! Kui! Kui!.. jgn marah arrr...

Di airport, F4 sempat memberi cenderahati khas buat Pak Bagus. Cendarahati tu berbentuk KLCC yg diperbuat dr piewter (betul ke?) Terima kasih ya Pak Bagus.


Depa ngan group depa, kami ngan group kami. Turn kami mmg lama, sampai org kat belakang kami dah sudah check in kami masih lagi belum siap. Maklum ler, kami ni ramai, brg2 pun byk, sambil tu mintak jugak jasa baik ticketing officer tu arrangekan tmpt duk kami cantik2. Tak dpt 4 sekali, dpt 2-2 pun jadi lah kan.. Akhirnya dpt lah 2-2, ok la kan. Aku ngan Irni, Syima ngan Leeza.

Kami buat xtvt bebas, ada yg recce brg kat kedai yg ada sekitar airport dan ada jugak yg ke tandas. Menuju ke seat aku, sempat lah jugak capai Utusan Malaysia, ya lah rindu jugak nak tahu perkembangan Negara sendiri bukan? Head line dia dah tak best, cite pasal kemalangan 10/10/10 kat Melaka. Kemalangan tu melibatkan bus express yg cuai sehingga melibatkan kemalangan jiwa. Takziah dr kami. Masa tu perkara kedua aku buat ialah selak segmen sukan. Sebetulnya masa keberangkatan kami ke Bali, Sukan Komenwel edisi ke 23 sedang rancang berlangsung di New Delhi. Ada lah jugak aku update pungutan pingat dr internet, ala.. baca online ler.. Nak harapkan soratkabor depa mmg lah xda.

Macam biasa, dalam perjalanan ke KL, kami di jamu dengan makanan dan minuman. Tapi kali ni kurang best. Apa yg ada sponge cake, chocolate (made in Indonesia) dan apa tah aku dah lupa.. Nak tak nak balun aje ler..

MH714 yg membawa kami pulang ke tanahair selamat touch down ke KLIA selama 2 jam 40 min terjalanan. Alhamdullilah...

Sebelum kami memungut bagasi kami, kami singgat sekejap kat Duty Free Shop, korg dah tau leh agak apa aku nak belikan?! Ya, cari rokok, rokok skrg kan dah mahal. Kalau beli satu cartoon tak lah rasa sgt mahalnya. Aku beli Marlboro Menthol Hitam ada 10 kotak berharga RM64.00/- Yg best akak Irni yg no 2 pun shopping menda yg sama gak, untuk suami dan anak katanya.. Sporting kan?!





Dah collect beg masing2, Kakanda Irni balik dengan Faiz (tak tau sapa dia ni), Irni n Syime decided to take ERL to Sentral and from there Saiful will pick them up. Aku pulak tumpang Leeza, si Jeff yg tukang mengjemputnya. Tks guys...

Sebelum sampai ke KL, sempat lah kami ke Bangi tuk mengisi perut yg kosong ni. Makan nasi ayam and air teh o ais limau yg tawar.. Tensionnn!!!

So, begitulah catatan aku kali ni. Rumusan yg boleh aku buat, trip kali ni memang best, walaupun ada xtvt terpaksa besama2 dgn kakanda Irni, tp mereka sgt sempoi dan sporting!! Nice knowing u guys!! Sampai sekarang ni ingatan F4 masih melekat dibenak dan terbayang2 saat indah masa di Bali.. betul tak kawan2? Pada Pak Bagus, nama anda sememangnya dah cukup tuk menggambarkan yg anda sgt bagus dan anda memang menjaga kami dengan bagus sepanjang kami berada di sana.

Jadi, kita tunggu ke mana pulak lepas ni F4 nak pergi yek... Assalam.

Note :
Trip ni menggunakan sepenuhnya duit tabung F4, anggaran RM1297/pax dan RM25 (additional-tuk byr duit airport tax). Setiap ahli pun bawak Rp1,000,000,00 = RM350 sebagai duit poket. Exchange rate pada 9/10/2010 sebanyak Rp0.0350 = RM1

No comments: