Nuffnang Ads

Monday 25 May 2009

Kata Hatiku...

Adakah aku zalim…
Zalim dalam ertikata terlalu mengikut kata hati ku..
Sehingga membelakangkan “kebahagian” dan “kesenangan” orang lain?
Tapi adakalanya aku terfikir…
kenapa membiarkan orang lain bermaharaja sebegitu sehingga menafikan hak aku…

Aku cuba kaji….
Peluang dan nasihat telah diberikan
Bukan sekali, tapi berulang ulang kali dan aku rasa orang lain tak akan berdaya tuk berbuat demikian kecuali
Orang yang melahirkan dan orang yang mendidiknya…
Hatta, ahli keluarganya…

Perkara sebegini sering bermain di kotak fikiran aku
Adakah tindak tanduk aku ni akan memusnahkan keakraban yang sudah lama terjalin?
Tepuk dada, tanya selera

Cakap tak di endahkan, setiap kali teguran akan disusuli dengan air mata, suasana pekik terlolong
Seolah2, tiada apa yang perlu dilarang, dinasihatkan dan diperbetulkan..

Seorang dari darah dagingnya sudah “surrender”…
Mungkin itulah jalan terbaik baginya…
Tempiasnya terkena pada ku..
Tapi tak boleh salahkan nya..
Sebab aku yang memberanikan diri mengambil risiko yg sebesar ini..

Ya betul.. dulu tak sebesar ini,
Dengan harapan boleh diletur
Tapi nak salahkan sape kalau makin ditegur makin teruk jadinya…

Sterss… stress aku di buatnya….
Umur dah makin meningkat…
Perkara-perkara sebegini tak sepatutnya berlaku bagi aku yang belum kenal erti hidup berumah tangga
Tapi ada baiknya kehidupan “berumahtangga” berlaku sebelum aku berumahtangga
Kata hatiku… sebagai latihan di hari mendatang
Ntah betul entah tidak…

Waimanya, perkara sudah berlaku
Aku harus harungi juga…
Kata akhir telah ku beri..
Dan keputusan pun telah aku putuskan…
Tiada peluang terakhir anda selepas ini…

Maaf….