Nuffnang Ads

Sunday, 29 June 2008

Tioman Part 1

Tioman
27th June 2008

Jam 5am aku bergegas bangun, kemas barang yg perlu di bawa tuk cuti2 Malaysia aku kali ni ke Tioman. Ape tak nya.. mlm sebelumnya balik lambat. Dah letih trus zzzzzzzz.. Tugas penghataran di berikan pada Ed. 5.45am aku kejut kan dia tuk hantar aku, Ikmal & Bard ke Sultan Abdul Aziz Shah Airpot (SAAS), Subang. Flight jam 8am, tp xkan nak gerak kol 7am kan.. memandangkan Ed keje kol 9am so kena lah anta kami awal skit.. Lagi pun takot jam la pulok time Ed balik dr Subang tuh..!! Apa2 pun tks to Ed.

Seingat aku penah sekali aje aku ke SAAS tuh, itu pun masa transit dr JB ke Penang tuk company trip aku 13 tahun yg sudah.. Perrrhhhh!! Dah lama kan?! Tp aku tgk keadaan airport ni macam tak best aje… sunyi, murung… ke aku sampai awal sgt? Or mmg tmpt tu mcm tuh… yg pasti kelibat asoh2, apek2 dan jugak mat salleh dua tiga org aku nampak.. Dah abis check in bagai, aku trus ke kaunter tuk amik boarding pass, mmmm.. rupa2 nya kat sini lagi ramai org… Aku rasa mesti satu flight dgn aku.. By 7.30am dah nak kena ada dlm balai berlepas.. so ada lebih kurang ½ jam.. ape aku nak buat huh?!! Bosan nya.. nak breakfast takot tak dan.. nak tak nak.. nganga ler… Borak punya borak, tak perasan masa pun dah “time”…

Masa nak naik flight (Berjaya Air), sempat jugak aku tangkap gambar nih…. Flight dia kecik aje.. tp boleh la menampung 40-45 org penumpang. Masuk2 dah panas redam!! Arrghh… dah lah aku berjaket bagai… Bila dah berlepas tu baru aku dpt rasa air-cond dia.. Mcm biasa kami di beri taklimat ketika berada di dalam kapal terbang dan juga langkah2 keselamatan… Stewardess dia nampak elegant, part yg paling aku suka ialah sanggol dia org.. punya lah tinggi… 

Dlm perjalanan tu tak byk yg aku boleh cite, sbbnya aku tido…. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 1 jam 30 minit.. Kami di maklumkan oleh anak kapal, 10 min sebelum pendaratan di buat. So dpt lah aku tgk view laut… mmg cantik.. mcm tak caya jugak aku.. akhirnya akan sampai jugak aku ke Tioman. Mana taknya. Duk Mersing (access paling dekat dgn Tioman) tapi sekali pun tak penah jejak ke pulau… not even pulau2 yg berdekatan ya tuan2 dan puan2… Ke sebab aku takot mabuk laut?? Hmmmm.. kebarangkaliannya ada..!! hehehehehe.

Masa nak landing tu agak menyeramkan jugak lah.. tak tau lah dua org kwn aku yg lain.. ke sebab aku baru bangkit dr tido?? Hmmmm…apa2 pun Welcome to Tioman Island. Tepat jam 9.20am aku telah mencipta rekod baru bg diri aku.. wakakakaka…

Sampai2 menda lain tak da aku buat, amik beg silang pangkah aku trus on handphone. Kot2 ada msg or ms call dr opis.. org lain aku tak heran sgt.. .hehehe…. Dah selesai collect bagasi kami, kami menuju ke kaunter pertanyaan.. Rupa2nya bukan kaunter pertanyaan tp kupon RM5.00 setiap kali masuk ke Tioman. Kupon tu tuk ke Taman Laut depa.. so bila masuk just tunjuk itu kupon aje… Kupon tu valid tuk 3 hari saja…

Since kami duk kat Berjaya Hotel, so, transport ke sana mmg ada di sediakan. Dr Airport ke Berjaya Hotel amik masa kurang lebih 7-8 min. Panas terik pada ari tu… tp dr jauh aku tgk pemandangan di sekitar Tioman ni mmg cun lah!! Perjalanan ke Hotel, kami terpaksa melalui kg, yg sempat aku ingat ialah Kg Tekek yg tak jauh dr Aiport. Jalan nya berbukit dan kalo jalan kaki mmg peluh jantan kuar lah!!

So, time to check in, process check in sema nya di buat oleh Bard (docs sema dengan dia). Dah dpt bilik, kami di beri kupon welcome drink, 2 kupon tuk sarapan (28/6 & 29/6). Lunch & Dinner.. sendiri mau ingat eh!!!..

1st thing 1st, welcome drink la kan… kami ke restoran Matahari (itu yg paling dekat) dah nya kat kupon tertera besau Sri Nelayan Restaurant (tak jauh dr bilik kami). Masing2 dah kehausan try test je lah tanya kat Matahari Restaurant tuh.. mula2 dia ckp “Sorry Sir, our business hour from 11am till 12 midnight”… hmmm.. pulak dah!! Sempat jugak lah merungut rangap kat situ… time kami nak patah balik ke loby.. tiba2 waiter tu panggil.. “Encik, encik boleh duduk.. nnt saya ambil kan air”… hehehe.. so, xyah lah susah g Sri Nelayan kan.. Perut masa tu dah mula kencorong, tp tahan aje lah.. minum aje Guava Juice yg dia bg…

Kami di bawa dgn buggy ke bilik kami yg tak sampai 5 min kalo berjalan kaki…. No 523 itu lah no bilik aku!! Ikmal & Bard belakang bilik aku. Bilik dia hmmmm… cm na nak ckp ek.. bilik nya just ok lah! nak kata cantik, tak lah cantik sgt.. biasa2 lah!

Relex kejap, sambil2 minum kopi, selang 20 min komdian mamat dua org tu pun dtg bawak kuaci. Sementara nak suaikenal dgn bilik, kami dok pekena kuaci la dulu.. Kurang lebih 11.30 kami ke luar cari makan.. ni baru jalan2 cari makan. Tp tak tau cara terbaik tuk ke dpn sana.. arrrhh.. jalan je lah.. kata nak sun bathing kan?! Kat simpang nak masuk Berjaya Hotel tu ada 2 buah kedai makan.. satu kedai Melayu n satu lagi kedai Cina (yg di katakan halalan toiyiban tuh..).. so we go for kedai Melayu. Bukak aja tray, bapak2 sotong! Di pahamkan mmg musim org mencandat sotong. Mmg puas aku makan. Sotong fresh dan besar!! Nak kata mahal, tak jugak.. standart pulau lah… harga up skit 20%.. 3 org makan kurang lebih RM17.00. Bard makan Sardin + Sayur + Nes Ais, Ikmal makan sambal Sotong (air tak hinggat) n aku makan Sotong, Sayur + teh o ais limau…

Lepas makan tak tau nak kemana, kami dok pusing2 sekitar pantai Tioman. Buat lah survey ape yg patut.. Matahari betul2 tegak kat atas kepala.. ya lah.. thari la pulak kan.. So, kami decide balik hotel mandi manda n get some relax n baru kuar.







Jam 4.30pm kami kuar balik tuk jelajah pulau, singgah kedai td tuk minum petang. Tp heran kat situ xda pulak aku nampak org jual kuih muih or even goreng pisang tuk minum petang!.. Rasa dah agak bosan duk lama kat kedai kami decide tuk jalan2 kat atas skit.. maknanya kami terpaksa naik bukit n turun bukit tuk ke Kg Tekek. Alah… bukan slalu pun kan.. redah aje.!! Nampak jugak lah monyet (Bard ckp beruk) tp aku rasa monyet sbb muka da kiut, kalo beruk muka ganaz kan?!! Kepada sesiapa sgt mengenali salsilah keluarga beruk ni.. tolong jelas kan yek.. Arrghhh.. lupa kan cite monyet or beruk!.

Sampai kat kg Tekek, aku nampak ada dua tiga kedai runcit dan kedai Duti Free. Kira nya kat situ Zon Bebas Cukai la… Tak salah aku baru saja di iktiraf sebagai Zon Bebas Cukai. Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk, tp yg kami beli roti hehehehe… bukan ape.. tuk emergency aje.. Lagi pun harga dia berpatutan, kalau kat Berjaya Hotel everything is chargeable. Even sewa basikal tuk satu jam 15 Hengget yek.. Compare kat Kg Tekek cum 5 Hengget… Nak kata apa kan.. dah nama pun hotel. Redha aje lah. Dah tau setiap kedai harga brg berbeza2, aku cuba cari tuna dlm tin tuk makan dgn roti yg di beli, ada satu kedai RM4.50, ada setengah tu RM4.80.. try la cari kot2 ada yg RM4.00 kan? Hehehe.. ish! Kena la berkira kan…

Sedar tak sedar dah jam 6.45pm tp nampak cerah lagi.. perut pun dah lapar.. dlm perjalanan balik ke hotel, nampak satu kedai ikan bakar. Si Ikmal lah yg beriya2 nak makan sgt makan ikan bakar, kami pun meng”ok” kan ape yg dia ckp ler.. Kedai yg kami lepak tuk dinner tu org tempatan, akak tu asal dr Kuantan, suaminya Indonesian, yg pasti kat kedai dia pasang lagu Indon bley… ada dua tiga lagu la yg aku penah dengar masa aku kat Sibu (umah Bard). Sotong, Ikan Merah jadi pilihan kami.. Sedap air asam dia buat.. One thing about us, tak leh nampak pokok mangga yg rimbun2, berbuah dengan lebatnya.. mmg harus di sapa siapa tuan empunya nya.. Maka Ikmal dengan muka tak malu tanya empunya gerangan pokok mangga kat akak tuh.. Mmg rezeki kami kot, dengan pertanyaan si Ikmal taukeh kedai tu (kita org panggil abg aje..) bawak empat biji mangga yg di katakan masam!.. Tp bila makan idak ler masam, manis nya ada.. Ntah apa2 kan di org nih!!.. apa2 pun terima kasih kat abg tuh!













Makan sudah, minum pun sudah, skrg nak balik ke hotel! Tp mcm na ek! Jalan dah gelap, tp ikot kan idak la gelap mana pun.. lampu jalan ada.. Tp kiri kanan hutan lah pulak.. tak ke seram…mana lah tau kot2 monyet melompat atas kepala aku ke ape kan.. baik tunggu aje bus dr Berjaya.. tp tak tau la pulak kol brapa bus tu dtg. Tanya akak kat situ dia kata biasanya ada.. tp dah 15 min tunggu tak ada jugak.. Last2 kami amik van penduduk tempatan (naik 3 org RM10) boleh ler.. dr nak tunggu bus hotel yg tak kunjung tiba kan?!!

Mlm actually xda plan.. letih berjalan ptg td.. so lepas mandi relax dlm bilik je.. Ikmal n Bard pun lepak bilik aku.. so, ape lagi bukak la makanan yg kami beli ptg td… Mata pun masing2 dah agak layu.. Time to sleep…. So, pagi2 kena bangun tuk breakfast..








Pic dr atas ke bawah :-

1. Kaunter Berjaya Air
2. Tiket Penerbangan
3. Boarding Pass
4. Aku (pose kat dpn kaunter Firefly)
5. Bard n Ikmal
6. Gate 33 di mana kami akan berlepas
7. Kapal Terbang Berjaya Air dr dekat
8. Breakfast Voucher
9. No bilik aku
10. Katil bilik aku
11. Toilet.. heheh..
12. Ruang tamu (tamu??)
13. Salah satu chalet di Berjaya Resort
14. View golf resort
15. Signboard
16. Makan tengahari aku
17. Chalet yg double story
18. Hehehe.. aku
19. Huh! Itulah chalet aku!
20. View di persisiran pantai Tioman
21. Tmpt kami dinner

to be continued..

14 comments:

Ross Eunos said...

boleh tak ko penampor siapa yg tulis nama ko tak betul.. it's a disgrace. kalau kat oversea ko boleh make a very big scene tau .. lagila berjaya kan? nama besar, tak standard langsung.. perghhh tetiba jer nak marah hal2 yg tak berpatutan kan?

cae said...

aku notice tu, tp since bard jd host, tak nak la aib kan dia.. nnt langsung xnak bwk aku lagi... tu lah. .ko pesal nak marah2 ni? terlebih makan sandwich eh?!

Aleeza Zaily said...

owh pegi Tioman tak ngajak.. dah le tu, tak habaq pon... takut kami suma kirim ayaq laut ka... masa dah dekat nak sampai tu nampak tak rumah nko dari udara?

cae said...

ish! kan aku dah bgtau.. nk p tioman bagai.. tak nampak pun.. umuah aku mengadap lagi satu kot.. yg berjaya ni mengadap indon aku rasa..

p/s sape2 tau sila beri kerjasama

Anonymous said...

Tu la pasal...tetiba je dengar dah balik dari Tioman. Bila nak bawak Fantastic Four plak?

Moon said...

Pic lain aku tak mo komen, pic yg makan tengah hari tu jek nak aku komen...pesal la sedap sangat nampak sambal sodong tu weh? Aku ngandung ni...ha kan dah ngidam

cae said...

Anonymous - nnt lah bawak Fantastic Four g Langkawi yek..

Moon - ko suka buat aku serba salah...

bard said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sakannnnnnnnnnnnn berjalannnnnnnnnn!!! hahahaha

Anonymous said...

Beruk yang tak der ekor atau ekor tersangat kontot...monyet(kera) yang ekor panjang!!!***adie***

Anonymous said...

khmm.. cantik. Insya allah macam mana pun satu hari nak gi juga Tioman. Mersing pun nak gi juga. Hehehe

cae said...

bard - ala... bukan selalu.. penat bekerja.. kena la makan angin

adie - ic.. so rasanya monyet la tuh. Ok! leh dtg, nnt nak dtg bgtau.

Ross Eunos said...

bai, berjaya tu ngadap mersing la bai, yg ngadap indon tu salang indah, salang dan kampung2 yg berhampiran dengannya .. moon bukan mengidam sotong la, tapi ngidam sodong!! hahahah

Anonymous said...

sodong tu apa rosdi? rosdi, btul ker pantai2 yang mengadap indon tu ombak dia besar dan lebih ganas dari pantai2 yg ngadap semenanjung malaysia?***adie***

cae said...

ross eunos - owh! mengadap mersing yek! maklumlah sains kurang pengemaran!

adie - sodong tu sejenis binatang yg bulat dan berkepala bulat, binatang ni akan aktif pada waktu malam ketika kaum hawa tido yek.. spesis dugong jugaklah...

p/s kalo salah, sila beri tunjuk ajar.