Nuffnang Ads

Tuesday 26 October 2010

F4 Trip, Bali, Indonesia - Day 1

Dah terlalu lama aku tidak mengemaskinikan blog aku. Kali aku terpaksa tuk mengemaskini blog ini, tu pun sbb ada aktiviti. Jgn marah aaaa...

Kata sepakat group Fantastic 4 (F4) yg terdiri dr Irni, Leeza, Syima dan aku sendiri telah memilih untuk berlibur ke Bali, Indonesia. Ya, dulu mmg aku pernah pangkah Indonesia disebabkan pernah berlaku perkara yg buruk pada aku semasa trip kami ke Batam, tp memandangkan siapalah aku kan tuk menidakkan yg Indonesia tu mmg byk
tempat2 yg menarik. Akhirnya aku akur jua.

Seperti biasa tugas2 membeli atau menempah tiket adalah kerja Irni, sebabnya dia sorg aje yg ada credit card, yg lain2 aku tak pasti, so pada tarikh 26 May 2010, tiket kami berempat telah ditempah, maka kami telah memilih tarikh 8 Oct 2010 sehingga 12 Oct 2010 melalui penerbangan Malaysia Airlines System dengan tiket berharga RM481 (Harga tiket RM294 + Surcharge/Tax RM187) iaitu tambang pergi dan balik.

Sememangnya setiap kali sebelum trip F4, perkara2 seperti itinerary, theme color dan check list (Syima akan provide) akan di bincangkan di kalangan kami. Perbincangan samada melalui email atau pun perbincangan meja bulat akan di buat pada satu hingga dua bulan sebelum perjalanan kami. Ingat lagi aku masa kami ingin menentapkan theme color sepanjang kami berada di sana nnt telah di adakan di Sg Tekali, Ulu Langat. Masa tu Cik Bendahari @ Syima sanggup turun padang bagi memastikan perjalanan pemilihan theme color berjalan dengan lancar. Theme color telah ditetapkan mengikut persetujuan ahli2 kumpulan dan juga ahli keluarga kumpulan.

Itinerary pula telah dibincangkan oleh kami berempat dlm email dan telah difinalizekan oleh Irni, Leeza n aku. Masa tu kami berjumpa di Old Town White Coffee(OTWC), Ampang Point, sepatutnya jam 9pm kami berkumpul tapi di sebab kan hal2 yg tak dpt dielakkan, Leeza sampai lewat, kalau tak silap aku kurang lebih kat pulul 12 jugak la... Plan asalnya di Mc Donalds depan Flamingo Hotel, Ampang, memandangkan parking susah nak dpt, maka kami (aku n Irni) terus melencung ke OTWC.
Sampai2 Leeza trus order makan, kebetulan si Rosdi pun ada mai jugak.. maka bertambah meriahlah lagi perbincangan kami.

Sebelum sampainya Leeza ke OTWC, aku ngan Irni sempat jugak lah berkomunikasi secara langsung dengan Pak Bagus yg berada di Bali. Ada beberapa perkara yg perlu di perhalusi seblum kata putus di buat pada malam itu. Bak kata org, kalau dah kat kedak kopi byk mana pun menda yg boleh kita discuss kan? Balik2 gossip, gossip, gossip kan.. kah! Kah! Kah!

End up kami bertiga bersetuju tuk lanjutkan lagi perbincangan kami kat teratak aku di Kenari Court. Masa tu, aku ada date! Date yg tak boleh dicancelkan lagi, stelah berkali2 aku cancel. Nak tak nak, si Rosdilah yg kena temankan si Irni ngan Leeza. Dah abis dating, kata putus telah di buat, segala itinerary dan theme color telah diemailkan pada Pak Bagus. Pak Bagus merupakan agent kami di sana, dialah yg akan menguruskan hal2 seperti pick up kami di airport, hantar ke tempat2 yg telah di tetapkan dan juga hantar kami pulang balik ke airport. Pak Bagus ni mmg bagus according to Kak Ina (Kakak Irni), dia akan layan tetamu dgn sebaik yg mungkin. Aku tak tahu la.. tak pe.. nak tahu dia bagus ke tidak..tunggu catatan aku berikutnya... Perbincangan kami abis hampir jam 3am yek... perrghh!!!

Adeehh... terlalu byk kalau nak di huraikan sepanjang perbincangan kami sebelum berlepasnya kami ke Bali. Secara ringkasnya ada beberapa perkara perlu diubah dan dipinda mengikut kesesuaian keadaan pada masa itu.

Balik kepada trip F4 ni, aku akan mulakan dengan catatan perjalanan hari pertama kami.

Hari Pertama (8 Oct 2010 @ Jumaat) - Tema warna Hijau..

Mengikut perancangan, kami akan berhimpun di rumah Leeza, tp telah berlaku sedikit pertukaran secara lisan oleh ahli F4, di mana kami berkumpul di Desa Pandan (dkt opis aku).

Jeff (Bf Leeza) telah secara sukarela nya menghantar kami ke KLIA, itu pun sebab tak ada option lain dan atas pujukan Leeza jugaklah..terima kasih yek kat kome..


Masa dan waktunya mintak maaflah yek, mmg aku xda rekod tuh.. sbb masing2 dah excited. Sampai KLIA trus check in bag. Lepas settle urusan tu, kami trus ke Mc Donalds. Nak cari kedai mamak mmg jgn harap nak ada. The Best Airport in The World lah katakan, xkan lah ada kedai mamak kan.?!!

Di sana, masing2 menunjukan tanda kelaparan, jadi kami pun orderlah, kecuali Leeza yg katanya udah makan. So, dia cuma order air coke aje.

Seperti yg tertera kat kertas yg diprint oleh Irni, MH853 akan berlepas tepat jam 15:20hrs, jadinya 15min sebelum kami kena berada di dalam balai menunggu. Tp ada sebab yg tak dpt dielakakan perjalanan kami di tunda selama 20min dari waktu asal.

Seating arrangement kami berpecah kepada dua, aku ngan Syima, dan Leeza dgn Irni. Tp itu bukanlah masalah sgt pun. Dah dpt tmpt duduk, duk diam2 baca paper, dan tunggu aje makanan sampai.. hehehehe... Makanan dia mmg hebat, ada 2 pilihan samada aku boleh amik lasagne atau nasi goring dgn ayam/beef. So, tekak aku terasalah pulak nak makan western, jadi pilihan aku ialah lasagne. Dalam set tu terdapat, lasagne, drinking water, fruit cake dan yg penting ada tiga ketul ferrero rocher. Selesai makan, time to toilet, lalu lah sebelah 2 org lagi ahli F4 nih, depa dok berkukik kukik, dan siap bergambo lagi ya!!.. aku apa lagi.. tumpang ler sekaki.. balik tmpt duk, sembang kejap ngan Syima then ala2 mamai lepas makan then trus terlelap. Syima yg kejut aku time dah nak sampai. Perjalanan kami mengambil masa kurang lebih 3 jam lebih yek.

Sampai kami di NGURAH RAI Airport, Denpasar kami di jemput oleh Pak Bagus, dalam perjalanan kami ke hotel jalan sangat jam (macet), kami terpaksa melalui jalan tikus (short cut).

Kami trus ke tempat makan malam kami di Cianjur, Renon, PONDOK TEMPO DOELOE, yg mengikut kata Irni restaurant tu merupakan anak syarikat Cianjur – Kedai Ikan Bakan Cianjur. Aku sendiri pun tak perasan, maklumlah excited pertama kali ke Bali kan?! Seperti trip2 F4 sebelum ni, makanan kami akan diorder oleh Irni, kami mmg sengaja suh dia pilih, dia mmg pandai pilih makanan yg sedap2.. hehehe.. jgn marah arrrhh.. Kami makan mmg tak henggat dunia, mmg sedap giler!!! Kalau nak tau kami makan apa, silalah scroll down yek..

Lepas dinner, kami bersiar2 sekitar area Kuta, sempatlah jugak bergambar2 kat situ. (gambar2 aku tak dpt sertakan, sbbnya gambar tak da pada aku, ada pada sorg lagi ahli) Dah letih bergambar, langsung kami ke hotel yang akan menjadi tempat penginapan kami selama 2 hari 2 mlm tu.

Nama hotel itu ialah Putu Bali Villa & Spa yang terletak di Seminyak. Kalau ada sesiapa nak kan alamatnya silalah amik yek..

Putu Bali Villa & Spa
Jl. Petitenget, 72X,
Seminyak, Bali,
Indonesia
Tel : 62-361 728790
Fax : 62-362 725252
Email : putubali@indo.com
Website : http://www.indo.com/hotels/putubalivilla/

Sampainya kami di sana, kami di “sambut” oleh 3 org kakak Irni kat lobby. Keh! Keh! Keh!... Tak pa, itu urusan dia lah tuk menjawap soalan2 cepu emas dr dorg. Kami di hidang dengan jus air tembikai sebagai welcome drink.

Time masuk ke bilik ni best, apa yg aku nak ckp, bilik dia mmg mantap, excellent lah.. kalau ko org nak tgk.. sila lah, ada kat bawah ni..

Lepas mandi dan berangan2 dalam bilik, tekak aku haus, nak kena jugak cari kopi, apa lagi, suh ler si Leeza buat kopi, bkn apa, bilik depa aje yg ada kemudahan mcm tuh, bilik aku kat atas mana nak ada dapur bagai.. Nasib lah kan.. Sambil2 tu sempat jugak bilik itinerary tuk esok dan jugak gambar2 di ambil sepanjang hari tu.

Bantal dah memanggil.. aku pun cha alif but naik n zzzzzzzzz… Tp hajat aku tak sampai gak… maklumlah tmpt asing, pekena lak kopi Leeza buat tadi, tak jugak dpt lelap, pusing sana, pusing sini dah dekat jam 3.15am. Sedar2 dah subuh, aku pun tak tau kul brapa aku lelap.

Untuk pengetahuan semua, hotel di Seminyak 1 pavilion tu mengandungi 2 bilik & 2 bilik air, harganya ialah = RM382 satu malam.