Nuffnang Ads

Thursday 28 October 2010

F4 Trip, Bali, Indonesia - Day 3

Hari Ketiga (10 Oct 2010 @ Ahad) - Tema warna Bunga2an

Seperti yg tertera dalam aturcara kami, hari ni kami kena check out.

Lepas sarapan, pack barang masing2, check out dan kami pun cha alif bot...




Destinasi pertama ke Kuta, dalam perjalanan kami sekali lagi terpaksa melalui jalan tikus memandangkan hujung minggu dan jalannya agak macet.
Kami melalui Jalan Legian, di situ terdapat batu peringatan kepada mangsa yang menjadi letupan bom yg mana peristiwa tu berlaku pada 12 Oct 2002. Oleh itu untuk rujukan, silalah baca petikan ini :-
Pengeboman Bali berlaku pada di bandar Kuta di pulau, mengorbankan 202 orang dan mencederakan 209 yang lain, kebanyakannya merupakan pelancung asing.
Beberapa rakyat Indonesia telah dijatuhkan hukuman mati di atas peranan mereka dalam pengeboman tersebut, tetapi mereka yang bertanggungjawab masih belum dihadapkan ke mahkamah.
Pengakuan Omar Al-Faruq, seorang agen Al-Qaeda di Asia Tenggara telah mengaitkan dengan beberapa teroris Melayu. Indonesia mula menerima hakikat akan wujudnya sarang teroris di republik itu. Sebelum itu [Indonesia]] memandang enteng akan maklumat risikan yang diberikan oleh negara-negara jirannya.
Presiden Megawati Sukarnoputri terpaksa melupakan demokrasi apabila terpaksa meluluskan undang-undang anti keganasan yang memberi kuasa menangkap seseorang tanpa bicara sebagaimana Undang-Undang Patriot di Amerika Syarikat dan ISA di Malaysia. Antara yang dikatakan terlibat ialah Abu Bakar Basyir , Hambali @ Riduan Isamuddin, Fathur Rahman Al-Ghozi, Agus Dwikarna , Taufik Abdul Halim @ Dany dan Omar Al-Faruq.
(Maklumat ini di petik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengeboman_Bali_2002)





Selepas melepasi jalan Legian, Pak Bagus berentikan kami di pantai Kuta. Memandangkan aku tak pernah ke pantai tu jadi, peluang sebegini harus aku guna sebaik2nya. Cuaca ketika itu sangat terik. Di pantai Kuta, kami sempat jugak berposing2, sambil menjamu mata di situ. Ombak yg besar dan tinggi, waktu dan ketika kami ke situ mmg sangat sesuai pada peminat2 atau org yg baru nak belajar surfing.

Memandangkan tarikh pada hari itu 101010, ada bermacam2 program sepanjang Jalan Kuta. Ada Rock n Run anjuran Hard Rock Cafe untuk tujuan kebajikan dan jugak jualan 50% untuk produk Hard Rock Cafe/Hotel. Niat di hati memang nak masuk ke situ, TETAPI memandangkan Q yg dah pjg, terpaksalah kami membatalkan hajat kami tu. Apa yg kami mampu buat ialah berposing!!! Hahahaha..










Dalam perjalanan ke Mengwi, kami di “jamu” dengan kue kelapa, kentang pedas dan kacang comel. Makan2 jugak, order kena la buat kan.. tp mmg pueh ati ler aku makan kue kelapa tuh. Sempat jugak kami membuat joke pada Pak Bagus. Kebetulan kakak dan juga Irni (akhiran) nama mereka bermula dengan ROS, kami pun berseloroh dengan Kak Ina (kak Irni) yang mulai saat dan ketika tu nama kami pun bertukar dengan aku sebagai Roshdan, Leeza as Rosleeza dan Syima semestinyalah Rosyima (nama asalnya pun..), lepas tu pun kami gelak sama2. Gelak, sakat itu adalah element penting cuti kami pada kali ni, bukannya apa, masing2 semuanya nak ilangkan STRESSSSSS.... Lupakan keje dan juga lupakan masalah seketika. Sebab itu kami di gelar NARSIS

Now, sampai sudah kami ke Pura Taman Ayun, Mengwi. Di sini jugak antara lokasi penting yang patut pelancong2 seperti kami ni kunjungi. Ada rungutan dr ahli F4, toilet kat sini Rp1,000 kalau nak masuk toilet kat situ. Apalah sangat Rp1,000 tu, kalau dah nak terkucil sgt kan!! Sambil menantikan para sahabat yg dorg tu ke tandas, aku ngan Leeza amik kesempatan tuk berposing!!...
Secara ringkas Taman Ayun, bermaksud Taman Indah/Cantik yang terletak di perkampungan Mengwi. Untuk keterangan lanjut sila lah ke laman ni http://www.wonderfulbali.com/southbali/tamanayun.htm












Next kami ke Bedugul, di mana kami mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke sana. So, kami apa lagi, pasang niat tidur. Tp tak jugak dpt tidur, bersembang dan bergelak ketawa.
Saat paling best, time for lunch!!! Kami makan tengahari di Ayam Taliwang Assidiq. Seperti biasa duta makan kamilah yang memilih tuk memesan apa yang patut kami makan.






Lepas santap tengahari langsung kami ke Danau Bratan, pada waktu ni hujan mulai turun renyai2. Tp xtvt bergambar kami tetap di teruskan. Untuk info sila rujuk pada (http://wikitravel.org/en/Bedugul)








Kemudian berhenti pulak kat Candi Kuning. Kawawan ni lebih kepada menjual barang basah seperti buah2an, sayur, ada jugak arnab (tuk di bela) dan barang kraftangan. Sempat jugak lah aku capai t-shirt selai dua. Kat sini mcm ala2 kat Genting Highlands ler, ckp jenis kuar “asap”, sebab kawasan ni sejuk, especially baru lepas ujan kan!

Lepas tu, kami ke Ubud Botanical Garden (Irni ckp ala2 Salem High Country), tempat ni merupakan kebun yg penuh dengan pokok2 atau tumbuhan liar seperti orkid hutan, heliconia, pokok kayu manis, bird of paradise dll. Baru lepas hujan, maka kabus pun tebal lah. Kami sempat masuk ke rumah kaca kaktus. Macam2 pokok kaktus ada kat situ. (sila lihat gambar). Rujukan anda ialah (http://www.botanicgardenbali.com/about.html)








Dah insap bak kata Syima, kami dah tak melawat mana2 dah. Kami terus ke Ubud untuk check in kat sana. Jauhnya perjalanan kami, sampai tertido aku di buatnya. Ada yg cakap aku siap berdengkur lagi.. hehehe.. nasib ler kan!
Sampai kami di Puri Asri Villa, Ubud, kami dijamu dengan air tembikai as a welcome drink.. Hehehe..






















Untuk makluman Puri Asri Villa,Ubud ni harganya ialah RM122 satu malam tuk satu villa. Memang berbaloi. kalau berminat ni dia tmpt dan alamatnya.

Puri Asri Villa,
Nyuh Bulan St. Nyuh Kuning Village,
Ubud Gianyar, Bali - Indonesia
Phone: (62 361) 972 550
Fax: (62 361) 972 551
Email: info@puriasrivilla.com
Website : http://www.puriasrivilla.com/

Pendapat peribadi aku, aku sukakan kawasan villa ni, nyaman dan cantik. Ko org pun dah tgk kat gambar2 kat atas kan?! Cantik bukan?!

*Maaf ya rakan2 mutu gambar mmg kurang menarik, al maklumlah guna phone.

Lepas check in selesai, kami bersiap nak ke makan malam. Nasi padang pilihan kami, kami di hantar oleh pekerja villa tu. Ni kira package ler, tp ada waktu tertentulah bukan senang2 depa nak mengantor! Kalau bukan time dia, dia akan charge Rp30,000. Kedai nasi padang tu terletak di Jalan Hanoman. Kat situ jugak lah letaknya Nur Salon Spa. Sebelum kami sampai ke jalan Hanoman tu, kami di berhentikan di simpang (simpang ni kontroversi-barat & timur) bersebelahan dengan pasar Ubud. Kami lebih menghala ke barat tuk berjalan2 sambil hujan turun dengan renyai2nya.. huhuhu.. Lepas masuk keluar, masuk keluar kedai, kami putuskan tuk trus ke kedai nasi padang tu dengan menaiki taxi. Charge dikenakan ialah sebanyak Rp30,000. Rupa2nya dekat aje tempat tuh, next time aku tau dah mana tmpt tuh!! siap kau dreber taxi.

Hmmm.. mmmg sema lapar, abis semua langsai, masa tu hujan pun dah lebat, kami terpaksa menyusuri laluan pejalan kaki walau ada ketikanya terkena hujan dek kerana bumbung antara kedai tu tak bercantum antara kedai2 yg lain..
Hujan sudah kami redah, dari lebat sampailah hujan berenti. Niat di hati nak mencari Starbucks, tiba2 pulak terasa nak minum kopi kan!. Cari punya cari tak jumpa2. Kami lost. Akhirnya khidmat supir jugak kami guna. Huhuhu... Sebelum tu sempat jugak kami mengarahkan supir tu tunggu, sementara aku ngan Irni ke Circle K tuk cari kopi bagi menggantikan kopi Starbucks yg tak jumpa2. Sebelum ke Circle K, supir tu tunjukkan kami mana letaknya Starbucks yg kami idam2kan tuh, tp sayangnya Starbucks dah tutup, tp masih awal lagi, kol 9.30mlm je pun. Tp apa2 pun, yang penting kami balik ke villa berbekalkan makana n minuman, hot chocolate lagi!!

Sampai villa, masing2 relax kejap kat lobby, sambil melayari internet... komdian balik ke bilik masing2.zzzzz...

see ya..

No comments: