Nuffnang Ads

Wednesday 17 November 2010

Aidil Adha 2010



Malam raya - 16hb Nov 2010

Memandangkan hari raya haji tahun ni jatuh pada hari bekerja (Rabu), maka aku decide tuk tidak balik ke kg. Maklumlah, cuti pun tak berapa nak ada. Dah bgtau ratu bonda, dia pun kata ok. Kebetulan Ed pun tak balik, so, seperti biasa dialah yang akan menjadi chef tuk juadah raya. Lodeh, sambal kacang dan nasi himpit menjadi pilihan kami. Secara kebetulan menu yg sama masa kami menyambut raya haji kali ke tiga di KL.

Lepas asar sehari sebelum raya, kami membuat apa yg patut. Kemas rumah, sediakan bahan2 tuk juadah. Kerja2 membeli si chef Ed. Kerja mengemas/memasak amik masa lama jugak, sampai ke mlm. Siap sempat kemas bilik, basuh toilet, mop lantai, tukar cusion lagi.

Dah selesai semua, kuar g cari lemang, masa tu pun dah kat kol 1pagi. Lemang kami beli kat Jalan Ampang dekat dgn Taman Dato Ahmad Razali. Lepas tu trus kami ke Restoran Arif tuk supper! Aku memilih tuk makan maggie goreng ayam, sementara si Ed pulak order roti planta x2. hehehhe.. Sembang punya sembang tak sedar, dah dekat kol 3pagi.. esok kan dh nak raya...

Aidiladha 2010 - 17hb Nov 2010

Sudah ku bilang.. mmg kami terlajak!! Aku tersentak, tengok jam kat phone dah pukul 9.30pagi.. kelam kabut jadinya. Perkara pertama aku buat ialah bukak tv, tunggu si Azizulhasni Awang live kt Guangzhou, China. Dia ada game rebut gangsa tuk 200m pecut n emas acara kierin dgn Josiah Ng. Tp nasib baik turn dia belum lg.

Gi ke dapur, kuarkan sayur2 tuk masuk dlm lodeh, panaskan rendang, sambil tu aku kejutkan chef..dgn kelam kabut dia bangun terus buat apa yg patut. Dlm pada tu, aku buat lah apa2 yg patut, masak air, setting meja etc.

By 10.30am aku pun bersiap, atas meja pun dah berhidang dgn juadah tuk tetamu yg tak pasti akan dtg. huhuhu... Raya tetap raya kan?!



Ni lah dia juadah yg aku maksudkan tuh.. :)





ish!! aku tgh bersiap pun ada org amik gambo kan?!

Tetamu pertama hadir ialah Jeff n anak daranya.. lama jugak dia lepak, yg peting dia bawak camera DSLR nya.. so, apa lagi kami guna kesempatan yg ada!!!.. Tu yg aku dpt update entry ni.. kalau tak.. mmg takdo la..

Zali muncul lepas beberapa minit kami bersidang kat meja makan. Tangkap dia kejap tuk sesi photography lepas tu baru kasi dia makan.. huhuhu...

Dalam masa kami tengah sibuk duk bergambar, si Linda n Shafik pulak sampai..sedondon pulak depa tu!! nice n sweet. Aku n Ed sebagai host kenalah teman dia makan sambil berborak2 kan?! Zali n Jeff sibuk bergossip sambil tukar2 channel tv. Zali alih acara sukan kat astro arena, kebetulan.. time dia alih channel tu Azizulhasni Awang dah get ready tuk penyampai hadiah tuk acara keirin. Ni mmg berita gembira buat aku n seluruh rakyat Malaysia.. (ish!! tiba2 kan..) Keputusan keirin Malaysia dpt emas (Azizulhasni) dan perak (Josiah Ng). Tahniah tuk korg berdua.. u make me proud!! Kiranya dpt menebus kekalahan Azizul masa semifinal acara 200m pecut.

Kami sambung makan n bergossip. Zali n Jeff pun dah nak beransur, seblum bergerak sempat suruh si Ed transferkan gambar2 yg kami amik td.. Ni lah hasilnya..






Ni lah gelagat2 kami!!




Kebanggaan Malaysia.. Malaysia BOLEH!!

Dlm 3 lebih mcm tu, aku ke rumah Fyda ada jemputan. Jemputan makan thari merangkap meraya sekali lah. Hmm.. 1st time ke rumahnya, cantik. Konsep itam n merah. Lauk yg disediakan, asam pedas, ikan goreng, lemak cili padi ketam n sayur (tak tahu sayur apa). Pandai gak anak dara tu masak. Tima kasih yek cik Fyda. Ikmal n Nick pun join skali makan thari tu.

Balik ke rumah tukar baju trus keluar. Ptg tu sempat jugak ke rumah Jeff. Kebetulan Limy pun ada. Lepas maghrib balik n Saib pun dah tunggu kat umah. Meraya kat umah waktu Maghrib. Ko ada?!

Dlm jam 8.30mlm, rombongan Ikmal, Nick, Fyda n Eqa dtg beraya pulak. Kuarkan apa yg ada.. so, silalah menjamu selera yek. Siang td masa kat umah Fyda kami plan nak main bowling, so, lepas beraya kat umah aku kami trus ke Ampang Point. Sampai sana mmg lengang selengang lengangnya..Tak ramai org, maklumla.. cuti umum. Setengah org balik kampung, kami aje ari raya berpeleseran kat situ.

2 game sorg main. Total kami berenam. Game pertama Fyda n Ed menang (markah sama), game kedua turn aku lah pulak!! tp point sedeh!!!.. takmo ckp! rahsia...
Dalam masa kami main, Kei n Shah pun sampai, depa sampai dr Seremban. Tp depa tak join main bowling, lagi pun dah last game pun. Dah abis main, trus ke rumah aku. Apa lagi melantak lah tuk kesekian kalinya. Sampai umah Ameen n Lynn ada. Ni lagi sorg, beraya umah org tengah2 malam.. hmmm.. xpe, nama pun raya kan!

Bukan setakat beraya, tp lepak nih... 1am lebih, depa berempat pun balik. Tinggal lah aku, Ed, Ameen n Lynn. Makan lagi!!! Ada lah sikit buat perbincangan pasal
hal2 kehidupan dan jugak pasal masa depan. Lama kami bersembang, dekat jam 5pagi jugak lah.. Mata aku dah tak tahan..kol 5pagi nekad nak tido. Dia dorg pun beransur gerak!

So, pada tetamu yg dtg. terima kasih byk2.. mudah2 anda mendoakan rezeki pada tuan rumah yek..

Sekian tuk aidiladha edisi 2010. Jumpa lagi tahun depan InsyaAllah...

Tuesday 9 November 2010

Pra Aidilfitri 7 Sept 2010

Since tengah rajin, jadi aku updatelah blog seterusnya walaupun tarikhnya dah agak terkebelakang. Peristiwa berlaku pada 7/9/2010, sebelum kami balik raya ke kampong masing2. Kami di sini membawa maksud aku, Ed, Arip, Ema, Milo dah Shaheeb. Sebelum aksi2 kami diabadikan, siang tu kami bertungkus lumus menolong Ed untuk habiskan order nig nog nya.

Lepas berbuka, aku amik masa sekejap ke Keramat untuk amik tempahan kuih tart yg aku buat sebelum Ramadhan, dari situ langsung ke Gombak hantar kuih nig nog kat kakak Arip. Sampai rumah Ed tengah kemas rumah dan mop lantai, almaklumlah baru lepas abis buat kuih dan berbuka. Lantai sema nak dibersihkan, esok kami plan nak relax dah balik kampong, so taklah penat sangat. Kebetulan Leeza n Jeff sampai, masa aku balik tu, depa nak amik kuih nig nog yg depa order. Sembang kejap, sempatlah jamu depa dengan pudding roti yg aku buat siang tu. Tak banyak yg kami sembangkan, depa pun nampak tergesa2 nak balik, memandangkan laluan depa sama dengan tempat Ema dan Milo nak tuju, diorg pun follow Leeza tuk ke Sri Nilam. Ema dan Milo ke sana tuk amik As Sauda yg aku order dr kawan Ema.

Dalam masa dorg keluar, kami pun bersiap2 tuk photo shoot. Tak lama lepas tu dorg pun sampai. Mula2 lagi si Ed ni buat hal, xnak join xtvt kami. Mengada kan?!! Malas nak gosok baju lah, tak ada mood la.. mcm2 alasan! Hmmm.. saja nak suh kami pujuk kan.. last2 si Arip jugak yg pujuk, gosok baju dia. Dah settle semua, baru kami start photo shoot kami. So, ni lah hasilnya... (gambar kami juga turut mendapat pertolongan dari tripod).























Note : gambar berdua ngan Ed, ialah the only gambar2 raya yg aku ada tuk tahun ni, sedey kan?! Gambar di ambil masa aku berkunjung ke rumah Ed kat Sri Pantai, Mersing. Hari Raya Aidilfitri 2010 jatuh pada 10hb September 2010 @ Jumaat.

Sg Congkak

Picnic Sg Congkak - 19 June 2010.

Kali ni, aku nak update cerita aku ke Sg Congkak. Apa lagi buat kat situ, picnic ler.

Plan mmg dah lama, cuma masa aje tak sesuai, sibuklah, clash ngan agenda lain lah, balik kg la.. dan mcm2. Tp pada hari tersebut, mmg aku dpt kumpulkan beberapa org tuk join xtvt ke Sg Congkak. Antara yg turut serta ialah, Fida, Ika, Ijot, Irni sekeluarga, Leeza sekeluarga dan aku dgn housemate ku.
Macam biasa, xtvt membuat juadah ketika kami ke sana akan dia sediakan oleh Chef Ed. Nasi lemak, sambal udang, pulut dengan kelapa dan rendang ayam pencen antara makanan yg Chef Ed masak. Pagi2 lagi dah kami bersiap, sementara bersiap si Fida dan rakan2 dah sampai ke rumah, dia pulak contribute mee hoon Spore, tuna sandwich serta beberapa bungkus jajan. Selang beberapa minit kemudian si Irni pulak sampai, cadangnya kami nak bergerak awal dalam kol 7.30am mcm tuh, tp terlajak.. hehehe..

Semua dah ready, kami trus konvoi ke Sg Congkak. Sampai sana, satu hal pulak nak cari parking. Kat sana, kalau dah sampai lambat susah sikit nak cari parking. Tp nasib kami baik jugak ler, dapat parking yg tak jauh dr tmpt kami nak berkelah tuh. Dah siap parking, aku bergegas cari rumah aka chalet tuk kami letak barang2 yg kami bawak. Hmmm.. tmpt yg biasa kami sewa dah ada org sewa. So, yg ada pun tak berapa nak strategic. Tp dr tak da, biarlah ada kan?! RM30, tuk sewa chalet sepanjang hari kami berada kat situ.
Masing2 pungah barang2 yg dibawa. Harapan tuk minum teh o panas yg disumbangkan oleh Irni berkecai, gara2 air yg dibawa tumpah kt dlm bonet kete. Hmmmm... Si suami apa lagi, bergegas cari car wash, takut nnt bau kepam. Lama jugak si Mizan menghilang, sampaikan kami dah abis makan, dia pun tak sampai2 lagi.
Selang beberapa minit kemudian..baru lah nampak kelibat si Mizan. Lepas beberapa jam mucul lah pulak guest of honour Leeza yg sampai lewat. Kali ni dia ckp dia ada kerja mengurut org lepas bersalin. Xpelah.. janji datangkan?! Sampai2 trus depa di hidangkan dengan juadah yg ada. So, self service lah yek. Anak2 depa makan kat tepi sungai, best kan!!



















Leeza n family bergegas ke Perak (xingat nama tmpt) nak hantar anak dia yg sulung masuk asrama. Kami meneruskan xtvt, dlm masa tu barulah si Kei muncul dgn air teh tarik yg dah sejok. Air tu aku order masa dia bagi tau yg dia dah nak sampai, rupa2nya dia sesat!! Huh!!

Balik kami bawa haluan masing2. Fida ada agenda dia sendiri dan Irni pulak ke Maluri mengadap ratu bonda. Balance makanan ada lagi, so, nak tak nak memang kena abiskan. Sampai umah perangat makanan tu semua dah message Irni n Leeza tuk tapau bawak balik lepas depa habis dgn hal masing2. Sempat jugak aku cari durian, cadang2nya nak buat kuah durian. Aku ke Pandan Jaya cari durian yg dah siap2 kopek, senang dah mudah. Beli santan kat kedai mesra, balik trus buat. Ni pertama kali percubaan aku buat kuah durian. Alhamdulillah menjadi jugak.

Leeza n family sampai lepas maghrib. Tak jadi nak tapau trus aje makan kat umah aku. Abis makan, si Irni pulak muncul dengan container2 yg aku pesan. Bkn apa, kat umah aku mmg dah tak byk container, tu sbb aku suh dia bwk. Irni bawak cite yg tak best, kete yg di pandu Mizan kena langgar dr tepi. Nasib baik anak2 n dia berdua ok!. Sambil Mizan bercerita pasal kejadian yg tak best tu, kami view gambar2 yg di ambil ptg td. Lepas tu dorg pun chow.

Lepas menikmat pulut kuah durian, aku sedia kan kopi tuk Leeza n Jeff. Selang bebrapa minit komdian depa pun chow jugak. Mula2 dah nak gerak awal tp memandangkan Intan (anak buahnya) ghalip tgk cite Kimora kat astro, tu yg tertangguh.

Ok lerr itu sj.. till then. ..