Nuffnang Ads

Thursday 28 October 2010

F4 Trip, Bali, Indonesia - Day 4

Hari Ke Empat (11 Oct 2010 @ Isnin) - Tema warna Hitam berserta dengan “Key”

Masuk hari yang ke empat, hari yang paling kami nanti2kan. Aktiviti kami hari ini ialah White Water Rafting (WWR)

Leeza dah bersiap awal, siap intercom aku lagi yek.. Dia mmg selalu bangkit awai, sbb dia mandi mmg akan amik masa yg lama. Takpe lah kan, janji dia menyenangkan tugas rakan2 lain, nak mandi lama bangkit lah awai..

Dah bersiap dengan baju tema, aku trus ke bilik dorg sebabnya mereka perlukan bantuan aku tuk ikat key. Almaklumlah, depa tu sekali ikat key. Takpe, buat lah pahala sekali sekala kan? Hehehe.. Dalam pada kami bersiap tuh, sempat jugak ni, amik gambo..

Untuk sarapan, kami memilih American Breakfast, yg terdiri dari telor mata(goreng), toasted bread, butter, jam dan juga kopi/tea.




Selesai sudah sarapan kami, Pak Bagus dengan mobilnya (XENIA) sudah tunggu kami di lobby untuk bawak kami ke Desa Bongkasa, tempat berlangsungnya WWR kami.

Dalam perjalanan, dapat jugaklah kami tengok suasana kampong sekitar Ubud, kebetulan hari pertama persekolahan dalam minggu tu. Kelihatan jugak, beberapa kumpulan menjalankan upacara sembahyang mereka. Element penting dalam upacara mereka ialah daun kelapa, dipercayai ada kena mengena dengan agama yg mereka anuti.

Arrrghhh... lupakan cite td, balik pasal WWR ni.. Sampai sudah kami di Puri Rafting, Desa Bongkasa (Bongkasa Village). Kami di sambut oleh Pakcik Pak Bagus, juga dikenali sebagai Bagus. Menurut Pak Bagus, Bagus tu merupakan tour guide kepada Julia Roberts masa dia berlakon cite Eat, Pray & Love. Siap dapat tips USD500 lagi. Betul ke tidak, Wallhualam... Setelah berkenalan dgn Bagus dan tour guide kami iaitu Norman, kami di arah menyerahkan brg2 yg berharga ke satu tempat yg dikhaskan sepanjang aktiviti kami nanti. Dalam beg itu terdapat, wallet, kamera (element penting) dan jugak rokok!! heehhee..

Kami disediakan dengan life jacket, helmet bagi tujuan keselamatan, serta paddle untuk mendayung. Selesai mempersiapkan diri dengan "uniform" tersebut, kami menaiki van ke tempat sebenarnya berlaku WWR iaitu di Sungai Ayung.
(untuk keterangan lanjut sila ke http://www.gybes.com/photos/view.php?id=1669928029&search=rafting)

untuk tempahan sila ke..

Bali White Water Rafting by Puri Rafting For reservation or further information: Phone: + 62-361-7472723 or 7472724
Fax: +62-361-238252 or
visit www.banyuning.com



Sebelum menaiki rubber boat,kami terpaksa menuruni bukit untuk ke sungai Ayung. Adeeehh!! agak memenatkan jugak, tp itu semua bukan alasan, yg penting kemahuan. Aku ngan Syima lead the way, yg dorg lagi jadi photographer. Sampai di tepi sungai, rubber boat, di turunkan melalui flying fox dan rubber boat td diturunkan pula ke sungai. Sebelum apa2 berlaku, kami di beri taklimat tentang arahan2 yg perlu kami patuh sepanjang perjalanan kami. Maju, mundur, stop2 antara arahan yg akan diberi oleh tour guide kami iaitu Norman.

Kami bermula dengan keterujaan di mana masing2 pertama kali membuat WWR ni. Initial plan tidak ada langung WWR ni, tp memandangkan 2 org dari 4 org ahli F4 dah bersetuju, maka yg 2 org lagi kenalah ikot. Hehehehe.. tp berbaloi kan?!

Sepanjang laluan kami melalui Sg Ayung, ada yg menyanyi, mcm2 lagu keluar. Tp yg paling byk ialah gelak, nak2 time laluan yg agak berliku. Pendek kata mmg best. Nak diceritakan mmg byk kenangan atas boat tuh, hanya F4 dan Norman aje yg tahu, sukar digambarkan. Yang penting apa yg aku boleh berkongsi dengan pembaca ialah moment2 indah sepanjang aktiviti WWR kami.

Antara yg menarik ialah, lepas separuh perjalanan kami berhenti tuk tujuan bergambar. Aku rasa group gila ni aje yg request mcm tuh.. tp lantaklah kan. Lepas bergambar, kami teruskan perjalanan, dan berhenti seketika tuk membasahkan tekak yg dah kering dengan air kelapa. Nyaman sungguh...

Kami teruskan perjalanan, ada ketika Norman benarkan sesiapa yg ingin berenang di kala sungai tidak mengalir deras. Aku n Leeza sahut cabaran. Mula2 cuak jugak.. sebabnya aku dapat rasakan kaki aku tak mencecah ke dasar sungai. Tp life jacket tu kan ada. Kami berenang dalam beberapa meter jugak jauhnya, ada ketika Norma memberi amaran supaya berenang tidak terlalu menghampiri tebing, dikhuatiri ada ular yg bermain2 di gigi sungai itu.. Seram kan!

So, guys enjoy viewing ya..


























Di atas ialah antara moment2 yg berjaya kami rakamkan sepanjang aktiviti kami. Gambar kami bersama Norman di atas rubber boat adalah antara gambar yg menjadi kegemaran aku. Ketika detik ini dirakamkan, Norman ada berpesan kepada kami supaya get ready, bila2 masa saja gambar kami akan diambil dan diabadikan. Bila disebut action, maka kami pun membuat aksi yg berbagai2. Gambar tersebut adalah dalam bentuk 8R dan akan dijual dengan harga Rp50,000. Yang tak bestnya, jurugambar yg merakamkan aksi kami tadi tu kurang peramah. Muka dahlah ketat, lepas salah sorg dari kami meminta tuk melihat dan memilih gambar yg tuk diprintkan, langsung tidak dibenarkannya, pastu trus dia sambung baring kat situ (port dia).

Langsung kami ke tempat persalinan yang juga tempat kami makan tengahari. Nama tempat tu ialah Bayuning Palace. Makanan yg disediakan, dikatakan halal oleh Pak Bagus. Terdapat mee hoon, sayur campur, nasi goring, mee goring dan buah buahan sebagai desert. Jangan tak tahu, kat situ ada “pengawal”, iaitu 2 ekor anjing, mmg cantik n gebu, sekor jantan dan sekor lagi betina. Lupa pulak aku nama anjing tu, tp jenis baka besar, mcm German Sherpard. Kepada Norma, kami memberikanya tips sebanyak Rp20,000 @ RM70.

Masing2 pun dah kenyang, next kami ke Pasar Ubud. Orang kata sambil menyelam sambil minum air. Apa guna ada Pak Bagus kan, kalau tak gunakanya sebagus yg mungkin. Dalam perjalanan kami terdapat view2 yg cantik, especially sawah padi. Peerrhh!! Hijau, berbukit lak tuh.. Seperti yg dijanjikan oleh Pak Bagus, kami berhenti seketika tuk berposing di sawah padi. Dalam aksi kami yg narsis tu, si Syima boleh tergelincior dlm bendang. Dah mengundag gelak tawa.. tp misi tetap kena teruskan bukan?!!! Dah abis berposing, kami teruskan perjalanan kami. Kami meminta jasa baik Pak Bagus tuk menghantar kami ke villa tuk kami menyidaikan pakaian basah kami tu. Dia setuju, terima kasih ya Pak Bagus.










Pak Bagus, tinggalkan kami di villa, dan kami hanya akan ke Pasar Ubud bersama supir yg di sediakan oleh villa kami. Memandangkan timing kami salah, perkhidmatan supir tu kami terpaksa bayar sebanyak Rp30,000. Tujuan kami ke sana mmg untuk menghabiskan Rp yg ada, masing2 bershopping tak henggat, termasuklah aku, tp aku ada gak berhenggat2, ya ler bwk Rp pun tak byk. Beli mana yg termampu. Sempat jugak lah aku capai baju, beg duit kecik tuk letak coin, baju tuk anak buah aku dan jugak tudung saji. Habislah jugak Rp315,000, tak byk pun kalau diconvertkan dlm RM. Nak ckp malu.. huhuhu..ko org kira lah sendiri yek..

Seperti kebiasaan trip F4, hari terakhir kami mesti disempurnakan dengan memanjakan diri kami di SPA (org sana sebut Seepa). Nur Salon Spa jadi pilihan, yg mana ianya terletak tak jauh dari tempat kami berbelanja. Bila siang barulah kami tau selok belok jalan di Ubud (sempat bertanyakan pada adik tempat kami berbelanja). Rupanya2 pusing2 jumpa jalan yg sama jugak. Bayangkan kami berjalan dengan tangan penuh ngan barang, nasib baik barang aku agak ringan dan aku mmg standby dengan sling beg aku tuk letak brg2 yg telah dibelikan tuh.

Sampai di sana, kami sepakat tuk memilih pacakage full body massage, di mana harganya ialah Rp300,000 selama 3 jam. Aku memilih tuk dipijat oleh messuer lelaki. Keadaan aku masa dipijat, takmau cite, nnt kata mengaibkan diri sendiri pulak kan. Tp yg pasti aku dilayan seperti sorg baby, nak ke tub pun dipimpin, dimandikan, dibelai, pendek kata mmg best ler dan bebaloi baloi..

Di Nur Salon Spa sempat jugak aku membeli sabun sireh Rp20,000 yg dikatakan mampu menghindarkan badan dari gigitan nyamuk, sehinggat blog ini ditulis, aku dah pakai, tp ada gak nyamuk yg degil tu gigit aku, ke badan aku tak cukup bau sirih?! Aku pung tak tahu. Lupa nak bagitau nama tkg urut aku ialah Kadek. Sudah berumahtangga dan mempunyai sorg anak dan telah bekerja selama 6 tahun di Nur Salon Spa. Hebat kan?! Badan kecik aje, tp kudrat dia sgt kuat. Kat situ ada jugak jual kopi luak, kopi yg terhasil dr najis binatang apa tah. Si Irni yg beli, kawan kirim katanya.
Dah puas hati dgn layanan di bagi, kami trus balik dan cari pulak tempat dinner kami tuk malam yg terakhir di Ubud, dan jugak di Bali secara amnya.. huhuhuhu.. Sedey sehhh...

Dalam perjalanan jumpa pulak kami kedai jual makanan halal dan jugak ada jual Chinese Food. Apa lagi, masuk ler.. Nama kedai tu Warung Bumi Ayu Seafood. Mcm biasa ya.. duta makan F4 yg akan buat food selection. Kami tunggu dan ngap aje yek..




Pada sesiapa yg berminat sila lah yek:-

Nur Traditional Beauty Salon (Lelaki dan Wanita)
Hanoman Street, 28 Padangtegal
Ubud 80571 Bali
Tel : (0361) 975352 or 7420949
Fax : (0361) 974622
Email : nursalonubud@yahoo.com
Waktu operasi : 0900 - 2100 hrs.

Selesai makan, apa lagi balik ler, aku cuba call villa tp line pulak xda kat dalam kedai tu. Tension betol!! So,kena lah kuar, call2 tak dpt jugak ckp, asyik putus2 aje, mintak bantuan operator. Untuk makluman, aku menggunakan nombor telephone yg didaftarkan di sana, so mudah dan murah bukan?! Lepas beberapa kali call, barulah dapat. Aku bagi instruction di mana dan nama kedai kami makan. Tukang jawap phone, macam tahu. Tp dah kat sejam kami tunggu tak sampai. Supir tu katanya dah 3x berlegar kat Monkey Forrest St. Abis tu bukannya salah aku pun, dia yg sepatutnya arif tentang jalan kat situ bukan?! Last mintak pertolongan tokey yg keje restaurant tuh. 2 minit dia ckp, terpacul shuttle dpn kami. Siap merungut rangap lagi supir tuh. Aku apa lagi buat muka ketat lah!! Sampai villa, kami wat bodo aje, tak payah bagi tips.

Selama sejam lebih kami tunggu, sempat lagi aku, Syima n Irni ke convenient shop, just accros the street dr restaurant tmpt kami makan. Aku membeli belah rokok Marlboro menthol Rp12,000, berkotak2 jugak lah aku beli. Saja nak abiskan Rp yg ada. Leeza udah capek, letih dan lesu, kaki dah berat. Pelik, org baru lepas massage mestilah bdan ringan kan?! Lain org lain kesan dia kot..

Sampai bilik, membersihkan diri, kombah apa telah dibelanjakan tadi. So, ini lah hasilnya...



Sempat jugak si Irni n Leeza bertandang ke bilik aku, saja nak sembang2 n tgk aksi2 yg dah berlaku sepanjang hari tersebut. Kami mainkan gambar2 tu dalam bentuk video. Mula2 pakar yg dorg ni buat tak boleh, tiba time si Leeza elok pulak menda tuh. So, dapatlah kami tgk muka kami dalam TV, lepas tu gelak, sambil makan jajan n air coke. Air coke tu aku beli yek harga Rp11,000. Mahal, harga coke hotel lah katakan...

Lepas depa blah, aku pun zzzzzzzzzzzzzz

Jumpa esok yek kwn2..

No comments: