Nuffnang Ads

Sunday 21 December 2008

Ulangtahun ke 34

Tarikh : 21hb Disember 2008
Tempat : Red Box, Pavillion, Bukit Bintang, KL



Ucapan terima kasih pada Leeza n Irni yg sudi buat 'suprise' party nih.. thank you so much..

Syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya aku masih lagi dpt bernafas sehingga hari ini. Alhamdulillah umur aku masih lagi panjang, sihat tubuh badan, rezeki yg tak putus dan dugaan yg diberikan olehNya sepanjang tahun ini.

Terima kasih pada mak aku, yang melahirkan aku, membesarkan aku dah apa juga pengorbanan yg di berikan oleh nya sehingga aku menjadi seperti aku skrg ni.
(ucapan pertama ulangtahun aku ialah dr bonda aku yg tercinta). Terimakasih jugak pada Bak (ayahanda ku)

Tak lupa juga, pada kwn2 yg selama ni menyokong aku dr belakang. Ucapan ulangtahun jugak aku terima dr Leeza, Irni, Syima, Juffi, Kak Roy, Shahmeen, Shaheeb, Milo, Abg Alim, Bard HKG, Hadi, Ed, Rohan, Lynn, Nina LASB, Kak Ela, Adeq, Syami (anak bujang Irni, Farah Diba, Elyn. Love u all.

Hari Bahagia Pak Yem

Tarikh : 20hb Disember 2008
Tmpt : Kg Sg Pari, Ipoh, Perak

Aku menghadiri majlis perkahwinan salah sorg kawan aku di Ipoh, Perak. Plan asalnya nak pergi berempat, bila dah dekat tarikh tersebut sorg2 tarik diri, dengan alasan yg tersendiri. Tak pe lah.. xkan aku tak g kot.. aku gagah kan jugak lah diri aku tuk ke sana.
Bergerak ke Ipoh kurang lebih 11 pagi, sempat jugak aku breakfast kat LRT corner heheh.. bkn apa.. takot nnt lapar pulak otw ke sana nnt kan?!
Sampai sana kurang lebih jam 2, jumpa pengantin amik gambar n trus makan…duk semeja dgn Bard, Juff, Zai, Carey, Carey’s sister n kawan Bard paham2 je lah.. riuh rendah jadinya… lauk mmg berbeza dr lauk kenduri yg biasa aku makan.. Tp syg.. tak sempat pulok nak tangkap gambo..
Whatever it is, untuk Pak Yem or Fuad or Ibrahim Selamat Pengantin Baru aku ucapkan. Semoga berbahagia hendaknya.

Saturday 13 December 2008

Jawapan Tag

Uish!!! Terkena jugak yek aku ngan ko yek Bard… tp tuk tidak mengecewakan ko bard.. sila lihat di bawah.. heheh.. pak kal aje aku xleh nak tag ko, sbb ko dah tag aku dulu kan… anyway.. enjoy ur reading..

Do you think you're hot?
Yes I do.

Upload a fav pic of you.
Sema pic2 aku adalah fav pic aku.. heheheh.. boleh ke mcm tuh?

Why do you like this pic?
Sbb tu pic aku, kalo pic org lain belum tentu aku suka.. keh! Keh! Keh!

When was the last time you ate pizza?
5th December 2008

The last song you listened to?
Owh! Lagu apa ek? Hmmm… sblum aku sampai umat td aku bukak Best 104 aku dengar lagu Dingin – Ziana Zain

What are you doing right now besides this?
Baru lepas buat new entry kat blogspot yg dah lama tersadai…. huhuuhu

What name do you prefer besides yours?
Rasanya nama aku tu dah cukup sedap dah… tks mom…

People to tag (orang ada blog lah kan)
Ed
Adie
Leeza
Moon
Afdlin Shauki hehhehe….


Who is no.1?
Rakan karib aku, merangkap housemate aku, merangkap kwn gadoh aku, kami berkawan since kami di tingkatan 4 sampai lah la, dah berapa tahun ek?…

No.3 is having a relationship with?
Hehehe.. ntah ler.. rasa2nya ngan abg ali.. tp katanya dah putus… wallahuallam..

Say something about no.5
Suka dgn bakat yg ada pada dia… dia boleh jugak buat aku gelak.. walaupun pada hakikatnya.. aku ni susah nak gelak.. dgn lawak2 org…

How about no.4?
Owh! Dia ni org nya suka gelak.. baru2 ni baru naik pangkat jadi Ibu. Tahniah ya Moon.. semoga bertambah2 lagi anak ko yek…

Who is no.2?
Aku kenal dia dr ex office mate masa keje kat digi… dia very da abg2.. hahahahah… abg2 kah?!

Aidil Adha 2008

Adiladha 2008 @ 8.12.2008

Masuk tahun ni dah kali ke tiga akuu beraya kat KL.
Tapi kali ni raya aku meriah sikit sbb Ed punya family ada kat sini. Mek, Kak Ijah, Misi and 3 org anaknya beraya bersama2 kami. Sblum diorg smpai dah plan pun apa yg nak di masak pd mlm raya nnt.. Dia org sampai ari Sabtu kurang lebih jam 9 lah sampai umah kami kat Pandan Indah.

Siang tu sempat lg kami menonton cite Los & Faun, aku suka cite ni.. nak tau lebih pasal cite ni.. p ler tengok kan?!!

Mlm yg depa sampai tu kami ke tesco cari brg nak buat juadah pagi raya nnt. so nnt kita tengok lah hasil nya..




ya, ni lah dia juadah kami di pagi raya. sungguh menyelerakan kan? sendiri puji pulok..

pagi raya sempat ke masjid di pandan indah ni.. tp kan... kami tak sempat nak solat raya. sampai2 org tgh bertakbir, dan kami cuma sempat dengar khutbah raya aje... mana tak nya.. terlajak tido, pagi raya tu pulak hujan sepoi2 bahasa... (eh! hujan pun sepoi2 bahasa ke?) mmg lah syioook tarik gebor!!..

balik umah, kak ijah sibuk lagi kat dapur. seingat aku masa tu dia tengah buat air. then bila aku ckp nak bergambar trus dia g mandi.. dia ni hantu gambar!! pantang ajak bergambar..

ni lah photo family tuk raya haji kali ni...



pagi tu sempat jugak tgk drama sempena hari raya haji.. akak ziana yg berlakon.. hmm..not bad cite nya..

dah makan mata mula ngantoks.. sempat jugak lelap dlm 10 min mcm tu, sedar2 si ikmal kejut aku... ish! di org ni suka kacau!!! dah lah dtg lmbt kan?!!
apa2 pun selamat hari raya..hehehe... si ed dah tak tau lah ke mana.. katanya ke fajar beli barang (selipar)...

dah org dtg kena lah jamu kan.. raya lah kata kan... lepas makan sempat lak bergambo2..




antara tetamu lain yg dtg ialah Irni n family, Angah (anak penakan Ed) & family..
jgn terkejut kalo gambor yg ko org tgk ni.. ala2 mcm kumpulan nasyid yek...

layan....


Salam Lebaran

Tuesday 22 July 2008

Picnic

Tempat : Sungai Congkak, Ulu Langat
Tarikh : 19-07-2008

Kami plan dah lama tuk ke Sg Congkak, since masing2 sibuk jadi menda ni asyik kena tunda aje.. Tp pada ari Sabtu lepas akhirnya termakbul lah jugak niat kami..

Ed siap masak nasi lemak, sambal udang, rendang kawah, pulut + kelapa parut, beli kek pisang kat Tesco, Ampang dan ada dua tiga jajan lah...

Since yg lain2 (Ema, Saib, Samen n Milo) lembab kuda, so kami ber gerak dulu... Agak blur jugak lah.. tak ingat tempat! hehehe...

Tp akhirnya sampai jugak kami. Jumpa abg challet dan trus book challet yg penah kami duduk masa g ngan Moon, MG etc dulu.. Harga pun aku rasa dah naik.. RM30 skrg ni.. tak kisah lah. .janji view kami cantik..







dah check-in, sempat gak lah kami tinjau kawasan kat situ, makcik2 n pakcik2 pun dah sibuk bukak gerai jual juadah.. tergugat jugak nafsu aku tgk kuih2 yg di jual.. tetapi memandangkan Ed dah masak bagai nak lecuh, akhirnya aku akur.. hehehe.. tp kami sempat tapao nescafe panas, teh o panas n rm2 karipap kat gerai pakcik sorg tuh. sambil hirup air n makan karipap sempat jugak pose! hahaha...




lepas beberapa jam komdian... baru lah sampai 4 org budak lembab tuh... sampai2 trus lapar bley?!! maka kami pun mula lah bersarapan yg ala kadar iteww...

lepas makan berendam.. errr.. kata org tak elok... nnt perut boncit! hehehe.. pedulikan lah..janji kami gumbira.. tp air sungai congkak tu sejuk yg amat.. nak masuk ke sungai pun berkira2.. bau sungai pun dah sejuk.. (sungai ada bau meh??)..




lepas berendam, makan, lepas makan berendam.. itu lah keje kami... siap ada game dlm air nih.. game menyelam paling lama, game berenang paling pantas, game baling botol dengan batu...

sekitar jam 6ptg++ kami pun beransur pulang...

(tengah stress nih, tp sempat jugak post entry)...

Tuesday 1 July 2008

Tioman Part 3

Tioman Part 3
29th June 2008

Hari terakhir aku di Pulau Tioman. 8am kami berkumpul tuk sarapan. Menu sarapan pun sgt lah tak memberangsangkan.. apa yg lain cuma lempeng di tukar dengan roti canai. Makan pun ala kadar aje, sbb kami ada misi pd hari tu. Misi kami nak meneroka pulau tu ke utara pulak.

Kami menyusuri persisiran pantai Tioman. Mmg indah sgt permandangan di waktu pagi (jiwang ke?).. Tp itu lah hakikat yg tak dapat aku nafi kan, sungguh bertuah Pulau Tioman yang dicipta oleh Nya.

Suasana pagi mmg nyaman, ramai jugak pelancong asing dan tempatan yg mengikut langkah kami, dan kelihatan jugak ada yg dah mandi pun. Tp ketrujaan kami tuk mandi dah xda. Skrg time tuk amik gambar pulak. Ya lah, tuk kenang kenangan kat kawan2 yg tak dpt pergi kan?!. Lama jugak kami amik masa berjalan dr Sri Nelayan (tempat bfast kami) ke ujung pantai Tioman. Sepanjang perjalanan kami, kami melalui jetty yg mana kalau sesiapa nak buat Island Tour or snorkeling akan melalui jetty tersebut. Kelihatan jugak rumah Shahzan Villa yg mengikut kata Ikmal di buat khas tuk kerabat2 di raja or menteri2 di Malaysia ni singgah. Sejauh mana kebenaran dia, hanya dia aje yg tau.. hehehehe…


















Di sebelah Shahzan Villa tu ada padang golf yg mana pada sesiapa yg tidak berkenaan di larang masuk, termasuk lah kami. Kami sempat singgah di kedai yg menjual alatan2 tuk snorkeling dan alatan tersebut boleh juga di sewa tuk kadar jangka masa yg tertentu. Since aku xda daya nak menengok harga dia.. aku just ignore ler…

Bus Berjaya mcm biasa menjadi mangsa kami tuk bawak kami pulak ke hotel. Kurang lebih jam 11.30 kami sampai ke hotel masing2. Amik masa 2-3 jam tuk check out dan buat apa yg patut.

Tepat jam 2.30pm kami kuar tuk check out, 10 min komdian selesailah sudah proses check out. Bus Berjaya akan bawa kami ke Airport, flight kami sepatutnya jam 4pm lah.. so ada lagi lah masa tuk kami lunch kat Tioman kan! Jadinya, kami trus ke Airport, check in dan singgah kat kedai makan sekitar aiport untuk lunch. Masing2 dah malas nak lunch, ada yg takot sakit perut lah, takot muntah lah, huh! Xpe, itu di org punya hal. Aku punya hal, aku lapar dah aku perlu makan. Aku order nasi goreng kampong, 2 teh o ais dan 1 teh o ais limau. Harga sema tu ialah RM 8.00. Hampeh kan!!!.. dah lah mahal nak amik order pun slow!!












Dah selesai amik boarding pass, kami di fahamkan flight delay. Huh! Kecewa lah jugak.. ingat kan dapat balik seperti dijadualkan. Aku ape lagi capai phn trus ko Ed, sbb dia yg akan jemput kami kat airport nnt.

4.30pm baru kami di lepas kan dengan jayanya… Sayonara Pulau Tioman dan ucapan terima kasih aku pada Bard & Ikmal di atas percutian ini. Dan pada Ed, yg sudi mengantar dan menjemput kami yek!!..

Sekian.

Tioman Part 2

Tioman
28th June 2008

Dung! Dung! Dung! Dung!... “Dan… bangun!!”… pagi2 lagi Bard dah kejut aku…. Tgk jam dah kol 8am. Mmg smlm pun janji ngan dia kol 8am nak g breakfast sama2 pun. Basuh muka, gosok gigi, trus p breakfast. Cadang2 lepas breakfast tu nak mandi laut. Ya p pulau kalo tak mandi laut tak la nama p pulau kan?!

(tak dan nak tangkap pic2 breakfast yg kita org makan).. tp xpe.. biasa2 aje pun makanannya.. yg nampak lain skit ialah lempeng (pan cake).. makan dgn kari ayam.. hmmmm.. yummy!! Lain2 tu biasa aje.

Tgh2 break 5 min (cadang2 nk sambung balik..) perut pulak memulas… langsung p bank buat pelaburan.. harap2 lumayan lah yek!! Hahahaha… Lepas selesai urusan pelaburan trus ke pantai, sblum p tulis nama amik towel 3 ketui tuk lap2 badan lepas mandi kan.. so, kami p cari port tuk bersantai… Tmpt yg kami nak berlabuh tu mestilah ada bumbung ala2 cendawan!! Baru gerek!!..Tp cuba bygkan lah matahari duk sibuk memancar kami p mandi laut.. sendiri mau ingat ler.. sun block aku tak bawak (mmg xda pun, tak dan nak beli)..

Apa yg agak mengecewakan aku ialah, bila mandi tu, kat dasar laut tu ada je batu2, objek2 yg tak berapa sesuai la.. pendek kata.. xbest lah… so lepas ½ jam berendam, naik lah kami ke darat.. cuci badan jap, then capai air kotak (air ni di sponsor oleh Bard n Ikmal) dan kuaci (dia org punya gak).. mengunyah lah kami mcm hamster!! Agak2 lepas 1 jam tuh, p balik ke laut.. kali ni p tmpt mat salleh ramai mandi pulak…

Laaa….. rupa2 nya tmpt tu ok!! Xda objek2 yg tak sepatutnya ada!! Masuk ke tengah skit… tp cuak jugak lah… ombak pun biasa.. tak besar, tak kecik.. Lepas berendam dekat 40 min… naik balik tuk bersiap2 tuk makan thari..






Makan thari kat kedai yg mula2 kami singgah masa ari pertama.. ingat? Ala.. kedai yg jual sotong besau2 tuh…. So, kali ni aku makan ayam masak kicap + air tembikai.. perrghh! Mmg kaw! Air tembikai dia..

Lepas makan, balik ke hotel… sbbnya masing2 dah seronok nak mandi lagi.. so, di kesempatan itu aku pun melayan perasaan aku kat atas katil.. ya lah sementara tunggu petang kan… Tp xleh lelap jugak, xtau nape.. Bosan2 mcm tu… aku p bancuh milo 3 in1 yg aku beli arituh…

5.45pm kami berkumpui… n trus menghala ke laut… makin ramai org.. Ada jugak yg aku nampak sorg mat salleh dr pagi td dok terlentang sambil baca buku.. masih ada lagi kat situ.. Agak2 nya.. kulit dia mmg kebal kot…

So, kami p cari port lah.. puas jugak mencari, mmg xda tmpt kosong.. last2 kami amik kusyen bentang aje di bawah pokok kelapak!!.. 10 min komdian, ada satu couple Jepun tu pun blah.. so tempat dia kami amik lah… Tmpt tu pun bukan nk buat apa pun.. tuk letak barang2 berharga aje..



















Rasa puas mmg ada, bila masing dpt berendam dlm air laut… cuci segala menda lah!! gigi, badan.. buang kan segala kekotoran.. Ada jugak sesetengah kawasan tuh kami di kelilingi oleh ikan yg comel.. Nemo pun ada!!.. ada jugak yg kena gigi dek ikan tuh… tp nasib baik ikan kecik.. Lama jugak kami dok berendam sambil masing2 membuat aksi spontan dr lagu yg di main kan dr salah sebuah kedai makan kat situ… Cuba bayangkan kami di tengah (tak la tengah sgt) laut, kedai tu di darat.. Kekuatan lagu yg di pasang boleh dapat kami dengar… hmmm… Keluar lah lagu Menaruh Harapan, Aku Tak Biasa dan dua tiga lagu lagi lah…

Lepas puas berendam… cuci badan jap, then relex.. sambil menyaksikan permandangan pada waktu petang.. Hmmm… Indah sungguh ciptaan Tuhan kan? Sempat jugak lah aku tangkap gambar2 tuk tontonan ko org! So, dah abis urusan tangkap menangkap, balik lah ke bilik.. bersiap2 tuk makan malam pulak…

Ikmal insist tuk makan mcm mlm td.. makan ikan bakar n sotong!! Ok lah.. Kami pun meng’ok’kan ape yg dicadangkan!. So, dah malam ni.. nak jalan dah penat, tunggu je lah bus (Berjaya) tuk ke Kg Tekek. Tuk pengetahuan sema, bus tu mmg tuk pengunjung yg duduk di Berjaya Hotel. Kg Tekek berdekatan dengan Tioman Airport. So, mmg itulah laluan bus, diorg pick up dr lobby hotel trus ke Airport, dan begitulah sebalik nya..

Sampai kedai akak tu, kami order 2 sotong besar dan ikan kerapu (1st time makan ikan kerapu).. hmmm.. rupa2 nya sedap jugak ikan kerapu kan! Ada penambahan sotong di buat! Mana taknya.. sotong besar, fresh la pulak.. Sambil makan, terjengah2 jugaklah kami kat jalan raya, kot2 ada bus dr Airport lalu, leh gak kami tumpang. Dah siap byr, kami tunggu ler kat tepi jalan sambil dengar lagu Indon yg di pasang oleh akak tu.. Batang idung bus pun tak nampak!! Last2 kami decide tuk jalan kaki aje… kang lagi lama tunggu lagi lambat pulak sampai hotel..













Dlm perjalan balik tuh.. ada byk pokok mangga yg mmg menguji kesabaran kami. Nak mintak tak tau sape tuan nya.. so, ape lagi si Ikmal amik kayu trus mencantas buah2 mangga tu.. Tak banyak pun kami amik, cuma 4 biji aje. Dah selesai sema, kami pun meneruskan perjalanan kami, lori, van, motor mmg byk pun berselisih dgn kami, tp hampeh bukan nya depa nak offer kami naik… Tp ada lah sorng hamba Allah ni, bawak keta roda tiga, horn kami dr belakang, “nak tumpang?..saya pun nak ke depan (kedai makan depan Berjaya)..” “Boleh jugak” jawab kami..

Mcm kelakar lah pulak kan kedudukan kami ketika naik roda tiga tuh.. aku betul2 duduk di belakan pakcik tu, Bard depan sekali (dia duduk dlm keadaan mencanggkung yek), Ikmal duk belakang Bard… Leh tahan jugak pakcik ni bawak.. especially masa nak corner tuh, cuak jugak aku.. Bagi meredakan keadaan aku tanya la pakcik ni “Pakcik ni, nak g makan pun wangi2 eh??”…aku mmg tak dengar langsung dia jawab ape.. sbb dia ckp perlahan dan kami pulak berlawan angin… Apa2 bukan lah masalah sgt pun.. sj nak create perbualan. Pakcik anta kami betul2 kat pintu gerbang Berjaya Resort. Terima kasih tak terhingga pd pakcik (nama tataw) yg sudi bawak kami naik roda tiga dia.

Mmg dr siang td kami nak buat tour belah utara pulak.. so hajat kami tu kami tunaikan lepas kami sampai ke bilik (anta buah mangga yg di curi).. Akak kedai tu ckp mmg ada “live” band kat resort ni.. tp kami tak tau.. Xpe lah cari aje kan.. xkan sesat kot.. mmg betul.. dr jauh dah dengar org melalak2 menyanyi.

Mmg betul telahan aku, tmpt yg di buat betul2 depan pantai, gerek kan? Bersama angin sepoi2 bahasa sambil di ulik oleh muzik “live”… dah tu tak reti2 nak order air!! Band tu di import dr Philippines, nak kata best, biasa aje… tp idak ler teruk sgt. Just ok lah.. ada certain2 lagu dia nyanyi sedap, ada certain lagu tawar. Tp suara lelaki group tu best!! Lama jugak kami lepak kat situ, lg pun mlm terakhir lah pulak.. kena lah spend lebih skit. Lepas ni xda dah.. Ok, lah time to go home, tp kami tak lalu jalan biasa, ikot tepi pantai.. sempat lah sepak2 pasir laut..



Ikmal n Bard lepak bilik aku, ya lah sorg nak roti ngan tuna, sorg nak teh panas! Mcm bilik dia org xda teh kan?! Hahahah… Tp bukan lah masalah besar pun, just panas kan air letak uncang, dah siap pun. Roti aku buat byk gak la… ada kat 10 keping dan langsai ya… sblum tu dia org makan meggi in cup lagi… Sambil makan sambil borak2.. borak kosong ler.. sambil cite pasal hal2 kehidupan, keluarga etc.. Si Bard dah bebong dah, mata pun bukan sebaris aje, k la ada lah excuse dia org nak balik tido kan?! Sok, dah tentu jam 8am kena bangun nak breakfast.

To be continued….