Nuffnang Ads

Monday 2 March 2009

FInal Episod

Final Episod

Ari ni merupakan hari terakhir kami berada di Dubai. Flight kami jam 5.55pm (waktu tempatan). So, kami ada byk masa sblum kami bergerak ke airport. Since byk lagi masa yg kami ada, kami plan tuk ke bersiar sekitar bandar Dubai, seperti Burj Al Arab Hotel, Jumeirah Beach Hotel (dua2 tempat ni terletak di Jumeirah Beach), Altlantis The Palm Jumeirah dan Hard Rock Café Dubai yg terletak di Sheikh Zayed Road.

Tempat pertama kami tuju ialah di Burj Dubai Tower. Bangunan yg dianggarkan akan menjadi bangunan tertinggi di dunia. Bangunan ini mempunyai ketinggi 2275 kaki, dengan lebih 160 floors, 56 elevators, apartment mewah, butik, spa, pools etc. Sebenarnya ketinggian bangunan ini masih menjadi teka teki di kalangan penduduk tempatan dan org luar, ini adalah kerana tiada fakta tepat yg menyatakan ketinggian bangunan ini. Antara factor di rahsiakan tentang ketinggian ini ialah, strategi developer untuk terus menjadikan bangungan ini yg paling tinggi di dunia. Kalau di war2kan, mungkin ada antara negara2 membangun lain akan membuat bangunan lain tingginya lebih 2 inci dari Burj Dubai Tower? Who knows? Itu pun dah di kira paling tinggi kan?!!

Kami terus menuju ke Burj Al Arab. Sedikit info pasal Burj Al Arab ni, resort ini merupakan own man-made island. Hotel yg bertaraf 6 bintang ini merupakan world’s tallest hotel dengan ketinggian 321 meter. Bagi kami, hotel ni mmg cantik, untuk menjejak kaki ke sana, hmmm.. entah lah bila kan?! Apa2 pun kalau nak info lebih pasal Burj Al Arab ni sila lah cari di dalam website.

Di sekitar kawasan ini, didapati ramai pelancong yg bermandikan matahari (sun bathing) sambil di tonton oleh pekerja buruh kasar di Dubai ini. Mcm biasalah dia org ni dok skodeng!!! Hehehe… Gambar tetap kami ambil, pose tetap pose.. lantak lah kan.

Bersebelahan dengan Burj Al Arab ialah Jumeirah Beach Hotel. Tak tahu lah kenapa, aku suka sgt nama Jumeirah ni. Bunyinya macam lembut aje.. kan? Back to the story, kebanyakan function atau seminar akan di buat di sini. Wah! Menarik kan? Memang di akui, bangunan2 di Dubai ni mmg mempunyai kelas yg tersendiri. Tapi kami tak boleh spend masa byk sgt di kawasan ni, ada dua lagi tempat yang harus kami pergi.

Seterusnya kami ke Atlantis The Palm Jumeirah, sepanjang ke tempat ini, anda akan dpt saksikan petapa pesatnya membangunan kwsan buatan manusia ini. Rumah, apartments, hotel berlambak, kwsan ini mmg terlalu exclusive, sehingga di percayai ada beberapa celebrity dunia telah membeli property di sini. Antara lain ialah, David Beckham, Shah Rukh Khan dan pemimpin besar negara Arab. Kita hanya mampu tengok ajelah yek…

Next kami ke Hard Rock Café (HRC) yang terletak di Sheikh Zayed Road. Aku ni bukanlah peminat brg2 HRC pun, memandangkan ada 4 org yg nak ke sana, jadi pakcik ikot aje. HRC Dubai telah di buka pada 13hb Dec 1997. Menariknya tentang HRC Dubai ni, bermula 1hb June 2008, alcoholic beverages severed tidak di benarkan. Baguskan?!!

Kami rushing tuk balik ke Hotel dan terus ke Airport. Lupa nak bagitau sepanjang tour kami, kami telah menggunakan khidmat Mujahid, seorg Pakistan yg telah bekerja di Dubai for quite sometimes. Setahun sekali dia ni akan balik, iaitu pada hari raya Aidilfitri. Katanya cari duit byk2 then baru balik. Orgnya tak byk ckp, bila di tanya akan di jawab dengan muka yg serius.

Sampai hotel, check out then ada lagi… si Haizam nak g Burjuman Shopping Complex pulak.. nak beli brg Zara katanya. Kalau ko org ingat Zara yg kami pergi masa mula2 kami sampai. Dia dah aim baju dan kasut kat situ, dia beli tuk anak2 dia. Hmmm.. bagus tak?! Hehehehe…

Dah selesai urusan membeli belah Haizam, kami terus ke Airport. Rasa penat dan sedikit tenat mmg rasa. Brg kami punyalah banyak, dahaga pulak yg amat. Nak makan pun xda selera lagi. Kami cuma plan dlm perjalanan ke Bangkok aje nnt. So kasi kami berehat dulu na…..

To be continued….



































Episode 5

Episode 5

Pada hari terakhir pameran, tak banyak perkara2 pelik yg belaku. Pemeran berjalan macam biasa. Ada yg dtg pada hari pertama, dtg kembali ke booth kami, siap bawak kwn2 lagi. Harapan kami agar ada sesuatu drpd mereka ini. Sehingga entry ini di tulis, ada beberapa org telah menghantar email berhubung dengan peluang perniagaan dengan syarikat kami. Jadi tunggulah apa yg mereka akan katakan.

Aku mengambil kesempatan pada hari terakhir ini, tuk melawat beberapa booth yg aku rasakan menarik tuk dikunjungi. Ya lah.. walaupun ada sesetengah yg kata, “last day baru ko nak pergi, ntah2 dah tak da apa pun..” arrrhhh.. pedulikan kata org itew.. Aku gagahkan juga. Adalah dekat 40 min “bersiar2” dapatlah beberapa cendera mata yg aku rasa menarik pada pandangan aku. Berbaloi jugak kan!.

Satu jam sebelum tamat pameran, kelihatan beberapa buah booth telah berkemas tuk balik ke negara asal masing2. Kami pun tidak ketinggalan tuk berkemas apa2 yg patut. Sessi photography mmg sgt sesuai memangdangkan masing2 akan meninggalkan tempat yg kami kira, sesuatu tmpt yg cukup nostalgia. Aku pun tak tahu bila akan dtg lagi kan?! Jadi amik peluang tersebut.

Barang2 dr pameran serta gift dr exhibitor yg dia org collect mmg byk. Boleh dikatakan tak cukup tangan lah!! Kami trus call, Hanif. Hanif ni merupakan seorg pemandu teksi secara illegal atau lebih di kenali sebagai private sapu. Kami berlima, sedangkan had yg dibenar kan cuma 4 org satu teksi. Duduklah kami bersesak mesak dlm texi tu, nasib baik saiz org besar ada dua aje.. hehehe.. Hanif ni kami kenal pada hari pertama kami berada di Dubai. Dengan charge yg sederhana murah walaupun tak selesa, tp kami rasa worth it lah. Dia pun sorg yg kelakar, sepanjang perjalanan kami pulang, si Hanif ni asyik dok menyanyi aje. Kebanyakkannya lagu Hindustan, Hindustan dan org Melayu mmg ada berkait rapat kan?!! So, apa yg dia nyanyi kami pun sampuk sikit2. Cerita Shah Rukh Khan dpt gelaran Datuk pun dia taw, kiranya mmg byk mendalah dia taw.

Kami mmg bergegas nak sampai ke hotel dengan secepat yg mungkin. Tp malangnya, pada hari tersebut jam here n there. Dan puas si Hanif tu potong sana n sini. Kami cadangnya nak ke Naif Road. Walaupun lambat, akhirnya kami sampai jugak ke hotel, campak semua barang2 yg ada, tukar baju etc then trus ke Naif Road. Kami masih menggunakan lagi khidmat si Hanif. Nak ke Naif Road tu pun satu lagi azab, jalan jam lagi. Arrrgghhhh… Berkat kesabaran kami akhirnya sampai jugak kami ke Naif Road.

Di sana, cuacanya… mcm na nak ckp ek.., hmmmm.. dinggin la.. Best!!. Ok, tuk pengetahuan ko org, Naif Road merupakan syurga membeli belah di kalangan org yg berpendapatan sederhana. Kalau di amati, mmg ramai org di sini, mostly foreigner. Org Pakistan, India, Filipina etc. Pakistan n India boleh di katakan majority penduduk di kawasan ni. Mereka diambil sebagai buruh kasar. 90% bangunan or apa saja infrastruktur di UAE ada dr hasil usaha gigih org2 ini. Kalau di Malaysia kita ada org Indonesia, Myanmar etc kan?!

Oklah, berbalik pada cerita aku. Perkara pertama yg kami cari ialah kain sutera. Di sini sutera or kain Dubai sgt popular. Cerita ni pun aku dapat tahu masa kat KL lagi. “Kalau ke Dubai jgn lupa beli kain yek…” tu lah salah satu pesanan kwn2 aku. Aku cuma tak paham, apa itu kain Dubai, adakah kain yg berjenama Dubai? Atau kain yg bercirikan Dubai? Atau kain yg beli di Dubai. At last aku satu hapa pun tak beli, yg beli cuma si Lai. Nak kasi emak n adik2 pompuan dia katanya… Yg menarik, kedai itu merupakan kedai yg selalu di kunjungi oleh krew2 kapal dan org2 kenamaan Malaysia. Kalau di perhatikan, mmg byk business card yg sj di letak di bawah cermin untuk tujuaan pameran, aku rasa lah… Kat situ ada lah aku nampak Sharifah Shawati TV3, Tengku itu, Tengku ini, kerabat raja pun ada. Tp aku xleh ingat satu pun nama tu kecuali Sharifah Shawati. Heheheh..

Di depan kedai tu pulak, ada beberapa gambar artis yg aku sendiri pun bila tgk kedai tu terkejut. Ya la.. dlm hati aku “nape tiba2 ada gambar Ziana Zain, Fauziah Latif, Amy Mastura, Erra Fazira, Siti Nurhaliza dan Betty Banafe?” Rupa2nya ada udang di sebalik mee. Pekerja kedai tu mmg fasih berbahasa Melayu. Kedatangan kami disambung dengan meriah, kebetulan Haizam dah sampai ke kedai tu buat kali 3 dlm sejarahnya ke Dubai. Kami dijamu dengan teh tarik. Pemberian teh tarik, merupakan tanda terima kasih mereka pada pengunjung. Ckp panjang lebar, tp nama kedai tu aku tak bgtau pun ek!! Ok ler.. nama kedai tu ialah Phulwani Est. (Br.), Air Crew Shop. Ha… puas ati??!!

Semasa kunjungan kami ke sana, ada 6 org rakyat Malaysia yg sedang sibuk membuat drama tawar menawar dengan pekerja kedai tu. Kebetulan kan?! Aku sempat jugak tegur salah sorg dr mereka, yg mana katanya dia bekerja di Dubai dan merangcang tuk balik ke Malaysia bulan ni (March).

Lepas abis, depa bershopping, kami ke kedai seterusnya. Aku mmg nak cari blazer, ya lah kenalah ada satu, esp majlis2 yg formal kan?! Cari yg murah2 pun ok, janji selesa. Ada lah satu kedai tu, mmg mcm2 blazer dia jual. Ada kain cotton, ada baldu etc. Aku trus capai yg baldu tuh, harga AED85.00 = RM85.00. Ok la kan?! Jahitannya kemas, selesa pun selesa. Hmmmm…

Sementara tunggu si James n Khairi duk belek2 blazer. Aku, Haizam n Lai sempat bergambar kat luar kedai berlatarbelakangkan kedai2 di Naif Road. Sempat jugak si Haizam beli shawarma (ejaan ni tak pasti). Kami just kongsi setakat nak rasa sj. Tp menda alah tu sedap pulak… so, si Lai pun beli lagi satu. Kira kenyang jugak lah. Boleh lah bg tenaga skit sblum kami ke kedai yg seterusnya. Hehehe..

Next kami pergi ke kedai perfume, dlm apa juga situasi si Haizam will always lead us. Sbb dia byk tau tmpt kat area sini. Ikut lah kami kemana dia berjalan. Masuk lorong, jalan gelap etc. Jumpa satu jalan, ternampak pulak kedai menjual jubah. Mmg niat aku nak beli satu jubah yg complete set, kira mcm pak arab lah. Sempat try dan ada lah gambar2 yg si Haizam ambil. Nnt ko org scroll sendiri yek.. Harga satu set, AED60. murah kan?!!

Masa test baju, pak arab tu sound siap2 jgn pakai sembarangan, mengikut tradisi org arab, sesiapa yg bukan berbangsa arab, tidak di benarkan memakai pakaian tersebut, sekiranya berlaku, org itu dianggap tidak menghormati peradaban bangsa arab, dan lebih teruk mereka ini akan didenda/dihukum. Itu dia kata lah….. Lepas beli aku trus cabut.

Sampai sudah kedai perfume. Aku ni, kalau masuk kedai perfume kalau BOLEH, aku mmg tak nak kuar, aku nak beli sema perfume yg ada kat situ. Tp aku tak boleh.. bukan aku nak minum perfume pun, yg mampu dpt beli satu aje. Aku sempat capai Paco Rabban Ultraviolet n si Haizam amik CK Euphoria, dua tu dgn harga RM250. Murah kan?!! Si Lai sempat jugak tu membeli, beliau capai PR X’s dan lagi satu aku tak ingat cap apa.. Nama kedai perfume tu, Perfume Naif Road, Deira Dubai, Jebil Trading.

Perut dah berbunyi, tp perjalanan masih jauh. Kedai di sekitar Naif Road tutup pukul 10 malam. Waktu dah nak dekat jam 10 mlam. Kedai jual rempah ratus jadi sasaran. Hajat dihati nak beli kekacang, since Haizam kata murah kan.. so aku nak beli pistachios. Sekilo RM32 murah kan?!! Murah giler… Tp aku beli ½ kilo aje. Masa tu cash pun dah tak byk. Tak pe, next time aku leh kirim. Hmm.. Haizam siap beli rempah briyani lagi. Lai pun sempat beli ½ kilo aje, mana taknya.. td dah shopping sakan kan!!

Now, time to eat…. Kami memilih kedai yg boleh juga dikatakan café, berhadapan dengan laut. Sambil makan, sambil menhirup udara sejuk. Makan pun tak selera mana, sbb masing2 dah keletihan. Kebetulan di kawasan kami makan, mmg tempat tunggu teksi. Kami kena pilih teksi yg besar yg mampu menampung barang2 kami. Setelah sejam kami makan, masing2 pun dah ajak balik….

So, tu saja buat masa ni… kalau dah balik tu takyah lah cite kan?! Mestilah nak tidur…. To be continued yek…