Nuffnang Ads

Tuesday 3 March 2009

Cupcakes

Kali ni cite lain sikit, cite pasal cupcakes. Al kisah si Ed buat cupcakes tuk memenuhi cite2 dia tuk menjadi sorg tauke kek n pastry yg berjaya. Macam2 ada...









Episod di Bangkok

1st time aku sampai Bangkok. Rasa excited giler!! Kami sampai tepat jam 5.05am 12hb February 2009 di Suvarnabhumi Airport, Bangkok. Mcm biasa, Haizam mmg ramai contact tu kami jadi kan chauffer. Dia pun bukan kali pertama ke Bangkok, aku rasa lebih dr 4 kali. So, mmg dia tau byk tempat lah kat sini, hotel murah ke, makanan halal ke, tempat shopping murah etc. Hmmm.. apa nama org tu pun aku dah tak ingat, aku panggil bro aje. Dia tak byk ckp, ckp omputih pun dia tak paham, kami umpama ayam dah itik. Bro tu sampai agak lewat, jam 10++am. Hanggin kami satu badan, dah lah penat, tunggu punyalah lama. Apa2 pun ok ler.. idak ler meradang sgt pun, kena byk bersabar aje.

Keadaan Bangkok waktu pagi sgt lah jam, mcm KL, aku rasa Bangkok lagi teruk jam nya. Kami trus ke hotel yg di rekomen oleh bro tu. Nama hotel tu Liberty Garden Hotel. Mak aiiii.. hotel punya lah “busuk” tp charge mahal pulak. Apa ngentam kan?!! Aktiviti mengecheck bilik kami serahkan pada Haizam lah. Dia yg complain, mcm budget hotel tp harga melantun tinggi. Dah la tuh, dengan bau2an yg kurang menyenangkan.

So, kami di bawa oleh bro ke hotel lain, katanya hotel ni baru di buka. So, tak pe, kita tengok hotel ni pulak. Setelah 15min perjalanan, yeeessss!!! Mmg ni lah hotel yg kami impikan!! Hehehhe.. Nama hotel ni Princeton Park Suite Hotel, terletak di Mitmaitri Road, di daerah Dindaeng. Aku tak tau la brapa star, ko org judge sendiri keselesaan hotel ni melalui gambar2 di bawah. Harga bilik yg kami sewa RM150 semalam. Tambah RM20 tuk breakfast. Murah kan?! Mungkin betul jugak kata bro, hotel ni baru bukak, so itu harga promosi kot..

Welcome drinks iaitu air oren (rasa dia.. mmm.. tak sedapnya), tp kami hentam aje. Aku minum pun tak abis. Check in hotel dan buatlah apa2 yg patut. Beberapa jam komdian, kami berkumpul di bawah tuk cari makan. Aku tak pasti yg tahan teksi tuk kami tu dia punya pengurus or security. Sbbnya kami mmg memerlukan makanan yg berat (halal), ya lah.. dah kebuluran masing2. Jauh jugak nak cari makananan halal, tension betul. Knowing Bangkok lah, susah nak cr makanan halal, kecuali selatan Thailand. Bersabar ajelah. Akhir nya kami sampai jugak kawasan yg menjual makanan halal. Tmpt nya ala2 Arab Street, ramai jugak pak arab kat sana, yg bertudung pun ramai. Tp yg tak bestnya, cara mereka menjaja makanan, hmmmm.. nampak kotor dan tak terurus.

Ada beberapa pilihan kedai tuk di buat, last2 kami decide tuk makan nasi n lauk2 ala arab skit. Itu aje yg aku rasa menyelerakan. Nama kedai tak ingat, sbb tak recommended pun. Abis makan, aku sempat bersiar2 di kawasan itu, dan sempat gak lah g money changer. Budak 4 org tu dah standby naik tut2. Bygkan tut2 kami naik berlima campur sorg driver. Gempak kan?!! Tapi puas walau pun duk berhimpit2. Tut2 kami arahkan supaya pick up kami balik dlm waktu yg tertentu dan di tempat yg sama kami di turunkan. Tiada bantahan dari driver tersebut.

Kami ke Pratunam tuk shopping, kami melalui lorong2 (bygkan mcm kat Jln Tunku Abdul Rahman & Chow Kit), jalan kena berhati2 sbb takut terserempak dgn makhluk bernama sang hanjing!!!.. ish! Bersepah lah hanjing kat sana!! Tension….

Sampai sudah Indra Square, aku pun naik terbeliak biji mata. Mcm2 ada, nak beli semua tak dpt, beli dengan duit yg ada sj. Aku sempat capai luggage bag Samsonite n Swiss (tuk laptop), dua biji beg itu berharga BHT3000 (RM300). Murah kan?!! Walau pun beg tipu, tp aku suka, looks like original lah!!. In fact, itu aje yg termampu pun. Next aku ke kedai Romeo & Juliet Tailor’s House iaitu Ladies & Mens Custom Tailors. Kalau di perhatikan pada business kad kedai ni, “The House of Cashmere & Thai Silk “Awarded Best Tailor” Tailor Made Suits & Dresses Ready WITHIN 24 HOURS”. Gila kentang apa…!! Aku tempah satu suit baju & seluar. Harga BHT3500 (RM350). Yg paling penting siap buat fitting, aku sendiri yg pilih kain dah design, dan janji dia akan sampai ke hotel (delivery) boleh mcm gitewww?? So, aku nak tengok betul ke tidak!!

Kami terus menyeberang ke shopping mall di depan Indra Square, macam2 ada kat situ. Ish!! Naik pening kepala, tengok semua benda nak beli. Aku dah tak da apa pun nak beli, cuma enjoy tengok cara 4 org tu shopping!! Heheehehe… Lama jugak kami spend masa kat situ, arrrhhh.. panas giler!!

Balik punya time, kami masih melalui jalan yg sama. Masih lagi kena berhati2. Sepanjang jalan tu mcm2 org meniaga kat situ, aku rasa illegal. Sbb bila terkena pancaran kamera kami, masing2 mula berckp sesama sendiri, dan ada yg toleh kiri dan kanan, seolah2 kami ni mcm dewan bandaraya pulak. Geli hati pun ada. Yang menarik aku dpt perhatikan satu gerai tu menjual serangga goreng, ada belalang goreng, lipas goreng, dan mcm2 lagi. Pelik tp benar.

Masing2 mencari tut2 yg kami naik seblum ni, tp batang idung pun tak nampak. Aku rasa masa kami amik terlalu lama kot. Dia pun naik give up, aku takut yg dia pk yg kami ni tipu dia. Kami ada jugak mencari sepanjang jalan tu, tp tak jugak jumpa2.. Tahan teksi pun, tak sekor teksi nak berenti. Dah lah penat kan?!! Yang2 lain2 masih lagi menunjukkan minat tuk berjalan, Hard Rock Café (HRC) jadi pilihan. Hard Rock Café teletak berdekatan dengan Siam BTS Station iaitu di Siam Square. Jauh tu mmg jauh, tp nak wat mcm na kan?! Esok dah tak da chance nak berjalan, kalau nak penat, biar penat terus. Mlm leh massage… hehehehe..

Sepanjang perjalanan ke HRC, mcm org kami jumpa, kebetulan peak hours, time org balik keje lah pulak. So, ko org tengok lah kat bawah ni betapa busynya bandar Bangkok, Di Bangkok, pengangkutan utama ialah teksi, skytrain (mcm lrt). Sampai kat HRC dah lepak, tp yg niat nak ke sana tu, elok aje dok pilih baju bagai. Aku layan aje lah.

Time to go, dah penat, kami tahan teksi then trus balik hotel. Mlm pulak ada xtvt massage. Kami berlima berpecah, aku n Lai, Haizam, James n Khairi satu group. Paham2 ajelah kan. Dah selesai urusan, perut pun dah mula menjerit2, aku n Lai cuba lah pergi convenience store kat sebelah hotel tuh, tgk2 satu hapa pun xleh cekek. Last2 decide tuk makan Maggie aje…. Dr pintu masuk hotel, aku dah nampak satu bungkusan baju, aku mmg agak aku lah yg punya, mmg betul. Bila naik bilik, test pakai, mmg ngam!! Salute lah aku kat mamat tuh. Next time nak beli lagi, insyallah lah.. kalau aku dtg Bangkok lagi. Meggi aku masak 4 bungkus, aku n Lai masing2 sorg satu n 2 bungkus tuk Si James. Yg lain2 dah terbongkang tidur…..

Time to sleep… zzzzzzzzzzzzzzz…..