Nuffnang Ads

Wednesday 27 October 2010

F4 Trip, Bali, Indonesia - Day 2

Hari Kedua (9 Oct 2010 @ Sabtu) - Tema warna Merah

Aku mmg dah agak.. aku akan bangkit lewat punya.. Bunyi ketukan pintu yg kuat dari Irni, aku dah tau depa mmg tunggu aku sorg aje yg bangkit. Ya la.. tuk sarapan sama2, tuk buat xtvt seterusnya. Tp aku cergas bangkit dan trus bersiap.

Dengan tema warna Merah, masing2 dengan bangganya menunjukkan ke”merahan”an mereka.. ada saksikanlah..







Lepas acara bersarapan beramai2, kami di jemput oleh Pak Bagus, untuk ke destinasi yg telah ditertera di dalam aturcara kami.

Destinasi pertama ialah Tanah Lot, Tabanan, Denpasar.

Tanah Lot merupakan tebing tinggi menganjur ke laut di pulau Bali, Indonesia. Di atasnya telah dibina kuil agama Hindu, Pura Tanah Lot dan menjadi tarikan utama para pelancong. Tanah Lot terletak di Tabanan, kira-kira 20 km daripada Denpasar. Tebing tinggi ini terbentuk jutaan tahun akibat hakisan semasa pasang surut lautan.

Tanah Lot dikatakan dibina oleh sami abad ke-15 bernama Nirartha. Semasa dia mengembara sepanjang pantai selatan dia melihat batuan tinggi yang menarik dan berehat di sana. Nelayan-nelayan ada yang memberi hadiah-hadiah kepadanya. Nirartha memberitahu para nelayan untuk membina sebuah makam, satu tempat suci untuk mengagungkan Tuhan laut Bali.

Kuil Tanah Lot adalah satu daripada tujuh kuil laut sekitar pantai Bali. Kuil ini dipercayai mengawal roh-roh jahat dan penceroboh. Kononnya terdapat seekor ular sangat besar yang melindungi kuil, yang dicipta dari cindai Nirartha semasa dia sampai di pulau itu.

Pada 1980, kerajaan Jepun memberi pinjaman mudah kepada kerajaan Indonesia sebanyak Rp. 800 bilion bagi memelihara kuil bersejarah dan lokasi-lokasi pantai lain sekitar pulau Bali.

Bagi kemudahan pelancong, pelagai kedai dan gerai kraftangan telah disediakan. Pejalan kaki dibina bagi memudahkan para pelancong menikmati dan menyaksikan keindahan mentari merah terbenam di ufuk timur.
(info ini di petik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Lot )

Di sini jugak ada di antara ahli kumpulan kami yg terjebak membeli barang2 cenderahati samada utk diri sendiri mahupun tuk kenalan mereka. Antara aktiviti menarik di sini ialah mengabadikan gambar mereka bersama2 dengan seekor ular sawa yg sangat besar. Ada sesiapa berani? cuba lah?! Tergelak aku tengok reaksi pelancong wanita dari China yg memberanikan diri utk bergambar bersama reptilia tu.. hmmm.. kalau aku.. ya ampun..

Untuk pengetahuan umum di sini jugak dapat di lihat sunset tetapi memandangkan ini adalah aturcara kami yg pertama iaitu sekitar 10 pagi, mmg kami terpaksalah melupakan hasrat murni kami itu.















Selepas letih membuat aksi di sana, kami terus ke Ayam Bakar Wongsolo, Halalan Thayyiban, Renon, Kuta untuk makan tengah hari kami.



Selepas langsai tugasan kami di Ayam Bakar Wongsolo, kami bergerak pantas ke Galleria Bali. Untuk pengetahuan semua, aturcara hari kedua ini, adalah antara F4 berserta dengan kakak Irni. Di sana kakak2nya ke kedai CD, yg biasa mereka kunjungi semasa trip mereka yang sudah. Kami pun mengambil kesempatanlah jugak tuk tengok2 apa yg patut dibeli, tetapi aku tak tak teruja pun. Aku rasa kat JB lagi murah kot. Hehehe.. Di depan kedai jual CD ni terdapat booth jual kosi massage (ala2 mcm osim kat Malaysia ler, tp jenamanya aku agak terlupa) So, apa lagi, bagai mengantuk di sorongkan bantal la.. Kami berpura2 tuk bertanyakan harga kosi tersebut dan apa lagi sales girl yg ada kat situ mengofferkan kami tuk test kosi elektroniknya. Aku dan Leeza buat body massage di bantu oleh sales man bernama Yana (namanya kayak cewek). Mmg confirm byk toksik badan aku. Proses urutan berjalan selama kurang lebih 45min. Irni buat massage kepala, dia ni kena migraine sejak sampainya kami ke Bali. Syima pulak tukang amik gambo. Massage kami buat ekoran keadaan, cuaca yg terlalu panas di kawasan itu. waduhhhh... panas banggat!!! Jadinya bila panas, mulalah cepat meradang, dan boleh mendatangkan stress... :) teori mana aku guna, aku pun tak tahu.

Next, kami ke Nyang Nyang, Uluwatu. Kat sini kawasan mmg cantik!! Aku boleh nampak cliff dan jugak permandangan laut. Pendek kata, mmg cantiklah tempat ni, sukar tuk di gambarkan. Ko org layan saja gambar kat bawah ni nanti yek. Di sini jugak, aksi2 F4 lagi mengganas. hahahaha.. NARSIS sungguh..
Lepas kepenatan beraksi, kami di hidangkan dengan pisang goreng dan minuman, aku pilih coke. Coke nya sangat comel. Nama restaurant tempat kami makan goreng pisang tu ialah New Morning Restaurant, Nyang Nyang Beach, Uluwatu.









Kalau korg nk tahu sepanjang aksi2 kami berempat di depan kamera melibatkan Pak Bagus, dialah org yg paling rajin tuk snap gambar kami. Hmmm.. namanya sudah terbukti bukan?!! Jadi destinasi seterusnya ke Uluwatu Temple (Pura Uluwatu), Bukit Peninsula. Ingat lagi dialog sebelum aku menaiki kenderaan ke sana. "Kita nak rasa coke, awk tak kasi pun"... huhuhu... F4!! ko org mesti dapat agakkan dialog sape tuh? Lucu sungguh kawanku sorg ni..

Tempatnya tak jauh dari Nyang Nyang, lebih kurang 5-7 minit saja perjalanan. Ya! memang dekat sesangat. Di sana, kami diarahkan memakai kain yang menutupi lutut kami. Tujuannya ialah bagi menghormati adat keagamaan di situ. Aku di liliti dengan kain berwarna biru (warna tiada maksud apa2) dan tali lilitan di pinggang berwarna biru juga. Di sini terdapat byk monyet2 yang datang sekitar hutan yang berhampiran. AWAS, jangan takutkan monyet2 tersebut, sifat semulajadinya kalau di sergah maka takutlah monyet tu dan diri mereka merasa terancam lalu kita kena serang. Saiz monyet2 itu pelbagai ya, ada yg kecik dan besar. Ada yg sedang kendong anak.
Amaran awal oleh Pak Bagus, cermin mata gelap sila tanggalkan, warna2 yg ceria sila tanggalkan.. nasib baik tema kaler F4 merah, kalau tak....

Tulis banyak2 tak guna.. baik kita layaaannnnn...













Aksi kami untuk hari tersebut berakhir di situ. Langsung kami ke tempat makan malam kami di Kuta. Nama restauran tu Melasti Kedonganan, Jimbaran Bay, Kuta.

Masing2 dah kepenatan, lesu, lemah, especially F4, yang kakak2 Irni relax aje.. heheheh.. ya lah yg overnya kami kan?! Mcm biasa menu di pilih oleh Irni, duta makan F4. hehehehe...
Di situ kami dihiburkan dengan tarian traditional Bali dan nyanyian yg tak berapa nak sedap oleh artis resident restoran tu... Kami menikmati juadah makan malam berbumbungkan langit, di tepian pantai.. nyaman sungguh!!!...

Dah kenyang, terus balik ke hotel. Selesai mandi sempat jugak aku, Irni dan Leeza berjalan kaki sekitar hotel kami. Sampai lobby check FB, buat apa yg patut. Irni pulak desprately need massage, mmg dah xleh tunggu lagi dah ni... order hotel massage. Tp keputusannya yg dia dpt, TAK BEST..bayaran Rp150,000 tuk sejam. Dalam
RM53.

zzzzzzz... see ya!!

No comments: