Nuffnang Ads

Tuesday 9 November 2010

Pra Aidilfitri 7 Sept 2010

Since tengah rajin, jadi aku updatelah blog seterusnya walaupun tarikhnya dah agak terkebelakang. Peristiwa berlaku pada 7/9/2010, sebelum kami balik raya ke kampong masing2. Kami di sini membawa maksud aku, Ed, Arip, Ema, Milo dah Shaheeb. Sebelum aksi2 kami diabadikan, siang tu kami bertungkus lumus menolong Ed untuk habiskan order nig nog nya.

Lepas berbuka, aku amik masa sekejap ke Keramat untuk amik tempahan kuih tart yg aku buat sebelum Ramadhan, dari situ langsung ke Gombak hantar kuih nig nog kat kakak Arip. Sampai rumah Ed tengah kemas rumah dan mop lantai, almaklumlah baru lepas abis buat kuih dan berbuka. Lantai sema nak dibersihkan, esok kami plan nak relax dah balik kampong, so taklah penat sangat. Kebetulan Leeza n Jeff sampai, masa aku balik tu, depa nak amik kuih nig nog yg depa order. Sembang kejap, sempatlah jamu depa dengan pudding roti yg aku buat siang tu. Tak banyak yg kami sembangkan, depa pun nampak tergesa2 nak balik, memandangkan laluan depa sama dengan tempat Ema dan Milo nak tuju, diorg pun follow Leeza tuk ke Sri Nilam. Ema dan Milo ke sana tuk amik As Sauda yg aku order dr kawan Ema.

Dalam masa dorg keluar, kami pun bersiap2 tuk photo shoot. Tak lama lepas tu dorg pun sampai. Mula2 lagi si Ed ni buat hal, xnak join xtvt kami. Mengada kan?!! Malas nak gosok baju lah, tak ada mood la.. mcm2 alasan! Hmmm.. saja nak suh kami pujuk kan.. last2 si Arip jugak yg pujuk, gosok baju dia. Dah settle semua, baru kami start photo shoot kami. So, ni lah hasilnya... (gambar kami juga turut mendapat pertolongan dari tripod).























Note : gambar berdua ngan Ed, ialah the only gambar2 raya yg aku ada tuk tahun ni, sedey kan?! Gambar di ambil masa aku berkunjung ke rumah Ed kat Sri Pantai, Mersing. Hari Raya Aidilfitri 2010 jatuh pada 10hb September 2010 @ Jumaat.

No comments: