Nuffnang Ads

Wednesday 17 November 2010

Aidil Adha 2010



Malam raya - 16hb Nov 2010

Memandangkan hari raya haji tahun ni jatuh pada hari bekerja (Rabu), maka aku decide tuk tidak balik ke kg. Maklumlah, cuti pun tak berapa nak ada. Dah bgtau ratu bonda, dia pun kata ok. Kebetulan Ed pun tak balik, so, seperti biasa dialah yang akan menjadi chef tuk juadah raya. Lodeh, sambal kacang dan nasi himpit menjadi pilihan kami. Secara kebetulan menu yg sama masa kami menyambut raya haji kali ke tiga di KL.

Lepas asar sehari sebelum raya, kami membuat apa yg patut. Kemas rumah, sediakan bahan2 tuk juadah. Kerja2 membeli si chef Ed. Kerja mengemas/memasak amik masa lama jugak, sampai ke mlm. Siap sempat kemas bilik, basuh toilet, mop lantai, tukar cusion lagi.

Dah selesai semua, kuar g cari lemang, masa tu pun dah kat kol 1pagi. Lemang kami beli kat Jalan Ampang dekat dgn Taman Dato Ahmad Razali. Lepas tu trus kami ke Restoran Arif tuk supper! Aku memilih tuk makan maggie goreng ayam, sementara si Ed pulak order roti planta x2. hehehhe.. Sembang punya sembang tak sedar, dah dekat kol 3pagi.. esok kan dh nak raya...

Aidiladha 2010 - 17hb Nov 2010

Sudah ku bilang.. mmg kami terlajak!! Aku tersentak, tengok jam kat phone dah pukul 9.30pagi.. kelam kabut jadinya. Perkara pertama aku buat ialah bukak tv, tunggu si Azizulhasni Awang live kt Guangzhou, China. Dia ada game rebut gangsa tuk 200m pecut n emas acara kierin dgn Josiah Ng. Tp nasib baik turn dia belum lg.

Gi ke dapur, kuarkan sayur2 tuk masuk dlm lodeh, panaskan rendang, sambil tu aku kejutkan chef..dgn kelam kabut dia bangun terus buat apa yg patut. Dlm pada tu, aku buat lah apa2 yg patut, masak air, setting meja etc.

By 10.30am aku pun bersiap, atas meja pun dah berhidang dgn juadah tuk tetamu yg tak pasti akan dtg. huhuhu... Raya tetap raya kan?!



Ni lah dia juadah yg aku maksudkan tuh.. :)





ish!! aku tgh bersiap pun ada org amik gambo kan?!

Tetamu pertama hadir ialah Jeff n anak daranya.. lama jugak dia lepak, yg peting dia bawak camera DSLR nya.. so, apa lagi kami guna kesempatan yg ada!!!.. Tu yg aku dpt update entry ni.. kalau tak.. mmg takdo la..

Zali muncul lepas beberapa minit kami bersidang kat meja makan. Tangkap dia kejap tuk sesi photography lepas tu baru kasi dia makan.. huhuhu...

Dalam masa kami tengah sibuk duk bergambar, si Linda n Shafik pulak sampai..sedondon pulak depa tu!! nice n sweet. Aku n Ed sebagai host kenalah teman dia makan sambil berborak2 kan?! Zali n Jeff sibuk bergossip sambil tukar2 channel tv. Zali alih acara sukan kat astro arena, kebetulan.. time dia alih channel tu Azizulhasni Awang dah get ready tuk penyampai hadiah tuk acara keirin. Ni mmg berita gembira buat aku n seluruh rakyat Malaysia.. (ish!! tiba2 kan..) Keputusan keirin Malaysia dpt emas (Azizulhasni) dan perak (Josiah Ng). Tahniah tuk korg berdua.. u make me proud!! Kiranya dpt menebus kekalahan Azizul masa semifinal acara 200m pecut.

Kami sambung makan n bergossip. Zali n Jeff pun dah nak beransur, seblum bergerak sempat suruh si Ed transferkan gambar2 yg kami amik td.. Ni lah hasilnya..






Ni lah gelagat2 kami!!




Kebanggaan Malaysia.. Malaysia BOLEH!!

Dlm 3 lebih mcm tu, aku ke rumah Fyda ada jemputan. Jemputan makan thari merangkap meraya sekali lah. Hmm.. 1st time ke rumahnya, cantik. Konsep itam n merah. Lauk yg disediakan, asam pedas, ikan goreng, lemak cili padi ketam n sayur (tak tahu sayur apa). Pandai gak anak dara tu masak. Tima kasih yek cik Fyda. Ikmal n Nick pun join skali makan thari tu.

Balik ke rumah tukar baju trus keluar. Ptg tu sempat jugak ke rumah Jeff. Kebetulan Limy pun ada. Lepas maghrib balik n Saib pun dah tunggu kat umah. Meraya kat umah waktu Maghrib. Ko ada?!

Dlm jam 8.30mlm, rombongan Ikmal, Nick, Fyda n Eqa dtg beraya pulak. Kuarkan apa yg ada.. so, silalah menjamu selera yek. Siang td masa kat umah Fyda kami plan nak main bowling, so, lepas beraya kat umah aku kami trus ke Ampang Point. Sampai sana mmg lengang selengang lengangnya..Tak ramai org, maklumla.. cuti umum. Setengah org balik kampung, kami aje ari raya berpeleseran kat situ.

2 game sorg main. Total kami berenam. Game pertama Fyda n Ed menang (markah sama), game kedua turn aku lah pulak!! tp point sedeh!!!.. takmo ckp! rahsia...
Dalam masa kami main, Kei n Shah pun sampai, depa sampai dr Seremban. Tp depa tak join main bowling, lagi pun dah last game pun. Dah abis main, trus ke rumah aku. Apa lagi melantak lah tuk kesekian kalinya. Sampai umah Ameen n Lynn ada. Ni lagi sorg, beraya umah org tengah2 malam.. hmmm.. xpe, nama pun raya kan!

Bukan setakat beraya, tp lepak nih... 1am lebih, depa berempat pun balik. Tinggal lah aku, Ed, Ameen n Lynn. Makan lagi!!! Ada lah sikit buat perbincangan pasal
hal2 kehidupan dan jugak pasal masa depan. Lama kami bersembang, dekat jam 5pagi jugak lah.. Mata aku dah tak tahan..kol 5pagi nekad nak tido. Dia dorg pun beransur gerak!

So, pada tetamu yg dtg. terima kasih byk2.. mudah2 anda mendoakan rezeki pada tuan rumah yek..

Sekian tuk aidiladha edisi 2010. Jumpa lagi tahun depan InsyaAllah...

2 comments:

Rosdi Eunos said...

kiranya raya ni dalam kenangan la jugak kan? walaupun sedih tak dapat balik...
nasib baik kat kl ni pun ada family jugak... kalau tak sibuk perah tuala (air mata) la aku

Cae said...

ya! kiranya dah beberapa tahun jugak lah raya korban kt KL.. tp mcm biasalah ko ngan aku, setiap kali mlm raya keluar cari makan!! hehehe..