Nuffnang Ads

Thursday 26 February 2009

Episod 3

5hb-13hb February 2009
Episode 3

Hari Pertama / Hari Kedua / Hari Ketiga Pameran

Kami sampai agak lewat, iaitu selepas majlis perasmian oleh HE Mohammad Bin Dha’en Al Hamili iaitu UAE Minister of Energy Electricity and Water Sector. Dalam kata2 aluannya melalui official catalogue yang kami terima ada menyebut….

“There is clear evidence of the demand for power as the region continues to grow, creating opportunities for investment in the Middle East and particularly the United Arab Emirates, I am confident that the exhibition presents a wealth of business opportunities and sophisticated solutions that will help the growth and development of power infrastructures though the region”

Perpandukan kata2 aluan tersebut, Insyallah kami akan menyahut cabaran dan seruan beliau untuk menembusi pasaran Middle East, lebih2 lagi di United Arab Emirates. Doakan kejayaan kami, kejayaan kami adalah kejayaan anak bangsa Melayu, kejayaan anak bangsa Melayu adalah kejayaan anak Malaysia.. Malaysia Boleh!!! Ishhhhhh.. tiba2 patriotik pulak… lantak lah.. ada aku kisah!!

Back to real one, seperti yg aku paparkan sebelum ni, kerja2 menyiapkan booth pada hari semalam dan hasilnya.. sila lihat dibawah ini. Cuma penambahan bendera Malaysia pada hari pertama pameran, bukannya apa, untuk mendapatkan lebih rasa hormat dan taat setia kita pada negara yang kita cintai. Knowing Pak Arab, mereka sangat hormat dan kagum dengan negara Malaysia, mereka kata “Malaysia is No 1”, hanya mereka aje yang tahu maksud tersebut. Mereka cukup gembira bila bertemu dengan orang Malaysia, especially org Islam. Salam diterma tidak henti2 samada dr exhibitor mahupun dr visitor.

Ada insiden yg agak pelik, bendera Jalur Gemilang di sangkakan bendera Amerika!! Bila kami jelaskan yg kami dr Kuala Lumpur, baru lebar senyum nya.

Aku bersama Lai dan James, ada ketikanya sibuk melayan tetamu yg singgah ke booth kami. Bermacam2 soalan yang kami terima dan ada ketika, kami tergamam dengan soalan yg dikemukan, alasan yang kami bagi, sila tinggalkan name card dan CEO or GM kami akan hubungi mereka dalam masa terdekat atau sila berkunjung ke booth kami lagi pada petang atau pada keesokan harinya. Surprisingly, mereka akur dengan “arahan” kami, mereka kembali ke booth kami, nasib baik Haizam dan Khairi ada. Kalau tak nak jawab pun tak tahu. And the end kami pun belajar mcm mana dan bagaimana tuk menangani soalan sedemikian.

Di booth kami, umpama booth jejak kasih, ada sorg pak arab yg telah lama bermastautin di Yemen kurang lebih 35 tahun singgah ke booth kami. Beliau sangat gembira berjumpa dengan delegasi Malaysia. Yang bestnya, terus ckp Melayu, bila di selidik, beliau telah di lahirkan di Pontianak, Indonesia. Dah telah berhijrah sejak berumur 16 tahun. Mukanya sebijik Pak Arab. Beliau bersembang mcm dah tak ingat dunia, aku dpt rasa kurang lebih setengah jam dia bersembang. Macam2 nasihat dan panduan perniagaan di berikan. Alhamdullilah..

Kalau nak di ceritakan mmg berbagai2 kisah, dan telatah pengunjung kami jumpa. Ada yg datang semata tuk mendapat kan gift dr kami. Nak kata gift kami grand sgt pun, tak da la pulak. Kalau ko org nak tau, gift yang kami sedia kan merupakan pamphlets, pen yang berlogo kan LASB, buku nota dan company profile yg kami isi dalam nylon beg yg berlogokan LASB. Biasa bukan, tp aku paham ada di kalangan pengunjung, hatta di kalangan exhibitor pun menggunakan masa ini lah tuk mencari koleksi2 perbadi mereka dr booth2 yang ada tuk dijadikan kenangan. Eeee… ckp org, aku pun sama, tapi aku idak ler seteruk tu pun, aku capai yg mana aku rasa perlu aku amik dan aku minat. Ada satu company gift dia merupakan daun terup yg berlabel kan nama company. Best kan!!

Cerita aku di sini telah dipendekkan bagi menggelak kan rasa boring ko org. Byk cerita yg menarik sepanjang 3 hari kami berkampung. Pengalaman tu biarlah aku simpan dan biar ku titipkan sedikit saja di sini. Aku akui pengalaman di sini terlalu berharga.

Kalau nak di ceritakan memang banyak, bygkan dr 10.00 pagi hingga 7.00 malam kami di sana. Waktu Malaysia kira2 dr 2.00 ptg hingga 11 malam. Pada hari pertama, kami di beri dua kad tuk menghadiri refreshment party di Akaru Sports Centre bersebelahan dengan Dubai Tennis Stadium iaitu tempat berlangsungnya perlawanan tennis Terbuka Dubai yang mana sempat aku rakamkan gambar2 sebagai bukti kehadiran aku di sini. Yang menariknya, Rafael Nadal dan Roger Federer dua icon tennis yg sgt mahsyur akan bermain di sini. Sehingga entry di tulis, mereka berdua di sah kan menarik diri atas alasan kecerderaan. Hehehehe.. nasib baik kan, kalau lagi lah aku rasa kempunan, sebab pertandingan berlansung selepas aku balik ke Malaysia.

Ok guys, rasanya dah banyak aku membebel, kalau byk bebel aku, ko org sema tak nak bacakan. So enjoy viewing….
















No comments: