Nuffnang Ads

Thursday 26 February 2009

Episod 2

Trip Ke Dubai / Bangkok
5hb-13hb February 2009
Episod 2

Kari ayam, sayur dan telur merupakan sarapan kami pagi tu. Sape lagi kalau bukan Chef James yg sediakan. Lepas sarapan kami bergegas ke Dubai Exhibition Centre, tempat berlangsungnya Middle East Electricity Exhibition 2009 (MEE ’09). Apa yg kami buat di sana? Kami menawarkan perkhidmatan, logistik dan juga kepakaran dalam membuat Distribution Transformer hasil kerjasama kami dengan EWT. Ini merupakan pertama kali kami menyertai pameran sebegini, jadi byk ilmu yang kami perlu timba di sini. Mana tau insyallah, tahun depan kami dtg lagi dengan lebih berkeyakinan. Idea tuk menyertai adalah hasil galakan sorang rakan Haizam di Dubai. Dengan lebih 1,000 penyertaan dari 55 negara di seluruh dunia yang berkumpul, rasanya memadai dengan pelaburan yg di buat untuk MEE ’09 bagi edisi ke 34 ini.

Pada hari tersebut, semua exhibitor datang untuk membuat kerja2 terakhir sebelum upacara perasmian pada keesokan harinya. Kalau di amati, mereka ni merupakan org yang dah byk pengalaman dlm projek2 sebegini. Mana tidaknya, ada yg bawak sebiji transformer masuk ke dalam ruang pameran, ada yg bawak 3-4 biji generator set, dengan dekorasi yg berbagai2, dengan booth yg berbagai bentuk, pendek kata kreativiti mereka mmg aku respect lah. Kami hanya menampilkan poster2 (Distribution Transformer, Sub Compact dan Fin) serta beberapa catalog dan jugak slide show dr dua buah loptop. Hmmm…

















Ko org saksikan lah sendiri gambar di atas.

To be continued….

1 comment: