Nuffnang Ads

Sunday, 18 January 2009

Weekend

Sabtu, 17 Januari 2009

Seperti yg telah kami rancang, kami akan berkumpul di Ampang Point jam 2pm. Excited punya pasal aku smpai awal, yalah aku pun tak da buat apa pun.. Shima ada kelas tambahan kat sekolah n Iza dtg dr Puchong.
Kurang lebih 2.40-3.00pm diorang pun sampai. Iza n Linda (adik bongsunya) sampai dulu, then br lah Cikgu Shima yg lenggang lenggok dengan muka tak bersalahnya.. nasib baik dia dah ckp awal2 yg dia lambat.. heheh… Sempat jugak lah aku beli Nescafe panas dr kedai mamak kat food court tuh. Minum sambil teguk Nescafe boleh mcm tuh?? Hehehe..
Apa2 pun matlamat kami nak berjumpa pun sebab nak discuss pasal reunion yg bakal di adakan nnt. Tp masalahnya bila dah berjumpa ada aje cite2 yg tak berkaitan kuar.. mcm na? Tu lah masalah kami kalau jumpa kawan2 yg dah berbelas2 hatta berpuluh2 tahun tak jumpa. Redha je lah kan….
Seblum lunch, kami singgah sekejap dekat Ampang Super Bowl tuk buat booking. Tmpt tu pun tak jauh pun dr tmpt kami berjumpa. Sebelah aje. Masuk ke dlm tmpt tu, kebetulan diorg tengah buat renovation, ala2 mcm nak menyambut kedatangan kami lah. Dah byk perubahan kat situ rupanya, ya la… aku dah lama sgt tak ke sana menghabiskan duit kan. Main bowling salah satu acara dlm aktiviti kami nanti. Jadi nak tak nak AJK Reunion ni, kenalah buat spot check kan. Menarik ke.. tidak ke.. nnt senang kalau ada apa2 perubahan. 5-10 min lepas tu kami masuk ke management room, bukan apa, nak buat booking. Kalau booking guna air liuq tak laku, jadi kena lah byr deposit dulu kan.. dah settle sema, perut2 masing2 pun dah lapar. Tp masalah kami tak tahu nak makan apa, tp majority takmo makan nasi. So, aku bawak diorg makan pizza, bukan Pizza Hut yek.. Domino Pizza. Skrg ni kenalah ikot kempen Boikot Brg Amerika yg menyokong Israel laknatullah tu… Jahanam betul depa tu kan?!!
Sementara aku amik order, depa pun cari tempat tuk kami menjamu selera. Selang 15 min pizza pun siap, tp jgn tak tau, kami makan pizza sambil minum coke, haa.. sape nak jawab tuh… Makan sambil bersembang mmg best kan.. walaupun hukumnya harus. Tp itulah yg berlaku pada kami. Kuat betul depa tu berceloteh, dr kisah zaman kecik, remaja sampai lah ke la…



Perut pun dah kenyang, aku plan nak bawak diorg ke Bora Ombak, iaitu tmpt dinner kami pada mlm reunion nanti. Alangkah frust nya bila tmpt tu ada function. So, kami Cuma dpt tempoh jam aje.. eeeee.. tension giler.. tp xpe, as long as diorg dah tau kat mana Bora Ombak tu, sudah, kan!!
Hmm… masa byk lagi ni.. tp tatau nak ke mana, Diorg ajak pusing2. Tp aku pun tatau nak pusing2 ke mana, Last2 aku bawak diorg tengok opis aku (tp dr jauh je la..), umah lama aku kat Angsana Hilir, umah si Mila, and rumah aku kat Pandan Indah. Dr sana, kami ikut Bndr Br Ampang n menuju terus ke Ampang Point tuk hantar Shima kat kete dia.
Since hubby si Iza dah balik so, aku lah yg kena antar dia kan! Ok jugak, leh jugak kenal rumah dia. Dia duk kat Puchong. Nk ke umah dia senang, tp bila dah sampai kwsn perumahan dia tu agak pening skit la.. al maklumlah pertama kali..
Sampai umah dia, hubby n anak2nya xda, yg ada cuma Rozie (adik no 2) n husbandnya yg tido kat bilik atas. . Ingat kan tak nak singgah.. tp lepas di paksa oleh tuan tanah, kena jugak lah aku singgah. Nama aje singgah kejap, tp kalau dan bersembang mmg tak ingat dunia, pulak tu si Linda siap goreng kopok (dr Terengganu) n si Iza bancuh Nescafe.. Hmmm…mmg lama lah aku duduk.. Sambil makan n minum, kami berborak.. mcm2 kami borakkan. Baik pasal kerjaya, ekonomi, zaman persekolahan n byk lg lah...
Selang beberapa jam lepas tu, husband iza pun balik dgn dua org anaknya yg montel2.. persis mak dia da.. hahaha.. Aku di pahamkan oleh Iza yg husbandnya mmg kaki bersembang jugak.. huh!! Mmg betul apa yg dibgtau td, sama2 ligat bersembang, baik dr segi xtvt or riadah sampai lah ke bab kahwin… jeng! Jeng! Jeng…..Apa yg kami bualkan.. idak ler aku masukkan kan sini..kalau tak.. kontroversi pulak.. kan?!!
Aku ni nak bergerak, tp mcm mulut aku tak leh bukak.. nasib baik si Rozie ckp dia mmg nak ke Bukit Indah, Ampang. Boleh jugak aku follow dia. Kalau tak mcm mana aku nak balik pun aku tataw.. bukan apa.. takot sesat aje.. kurang lebih 7.40pm kami bergerak. Aku sampai lebih kurang 8.20pm. Jalan nak kata clear, tak clear jugak.. tp ok la.. sbb tak jam.
Apa2 pun thanks to Cikgu Shima n Puan Iza yg sudi dtg jumpa aku, and Puan Iza sekeluarga kerana sudi menjamu aku dgn keropok Terengganu n Nescafe yg sedap iteww..

4 comments:

Anonymous said...

Sementara tak ada lagi orang nak comment, meh sini biar aku comment.
Aku pun thanks to u...coz sudi singgah kat rumah aku. Lain kali bleh datang lagi...pas ni kalau datang kena bawak moist choc cake ko. k

Rohaiza Adura (IZA)

cae said...

heheheh.. welcome.. aku pun dah lama tak buat choc cake tuh.. insyallah..suatu hari nnt.

adie-ishmael said...

dah bertahun hajat nak makan kek choc u...

intelligence said...

miu miu bag
miu miu bags
miu miu handbag
miu miu purse
miu miu wallet