Nuffnang Ads

Tuesday, 1 July 2008

Tioman Part 3

Tioman Part 3
29th June 2008

Hari terakhir aku di Pulau Tioman. 8am kami berkumpul tuk sarapan. Menu sarapan pun sgt lah tak memberangsangkan.. apa yg lain cuma lempeng di tukar dengan roti canai. Makan pun ala kadar aje, sbb kami ada misi pd hari tu. Misi kami nak meneroka pulau tu ke utara pulak.

Kami menyusuri persisiran pantai Tioman. Mmg indah sgt permandangan di waktu pagi (jiwang ke?).. Tp itu lah hakikat yg tak dapat aku nafi kan, sungguh bertuah Pulau Tioman yang dicipta oleh Nya.

Suasana pagi mmg nyaman, ramai jugak pelancong asing dan tempatan yg mengikut langkah kami, dan kelihatan jugak ada yg dah mandi pun. Tp ketrujaan kami tuk mandi dah xda. Skrg time tuk amik gambar pulak. Ya lah, tuk kenang kenangan kat kawan2 yg tak dpt pergi kan?!. Lama jugak kami amik masa berjalan dr Sri Nelayan (tempat bfast kami) ke ujung pantai Tioman. Sepanjang perjalanan kami, kami melalui jetty yg mana kalau sesiapa nak buat Island Tour or snorkeling akan melalui jetty tersebut. Kelihatan jugak rumah Shahzan Villa yg mengikut kata Ikmal di buat khas tuk kerabat2 di raja or menteri2 di Malaysia ni singgah. Sejauh mana kebenaran dia, hanya dia aje yg tau.. hehehehe…


















Di sebelah Shahzan Villa tu ada padang golf yg mana pada sesiapa yg tidak berkenaan di larang masuk, termasuk lah kami. Kami sempat singgah di kedai yg menjual alatan2 tuk snorkeling dan alatan tersebut boleh juga di sewa tuk kadar jangka masa yg tertentu. Since aku xda daya nak menengok harga dia.. aku just ignore ler…

Bus Berjaya mcm biasa menjadi mangsa kami tuk bawak kami pulak ke hotel. Kurang lebih jam 11.30 kami sampai ke hotel masing2. Amik masa 2-3 jam tuk check out dan buat apa yg patut.

Tepat jam 2.30pm kami kuar tuk check out, 10 min komdian selesailah sudah proses check out. Bus Berjaya akan bawa kami ke Airport, flight kami sepatutnya jam 4pm lah.. so ada lagi lah masa tuk kami lunch kat Tioman kan! Jadinya, kami trus ke Airport, check in dan singgah kat kedai makan sekitar aiport untuk lunch. Masing2 dah malas nak lunch, ada yg takot sakit perut lah, takot muntah lah, huh! Xpe, itu di org punya hal. Aku punya hal, aku lapar dah aku perlu makan. Aku order nasi goreng kampong, 2 teh o ais dan 1 teh o ais limau. Harga sema tu ialah RM 8.00. Hampeh kan!!!.. dah lah mahal nak amik order pun slow!!












Dah selesai amik boarding pass, kami di fahamkan flight delay. Huh! Kecewa lah jugak.. ingat kan dapat balik seperti dijadualkan. Aku ape lagi capai phn trus ko Ed, sbb dia yg akan jemput kami kat airport nnt.

4.30pm baru kami di lepas kan dengan jayanya… Sayonara Pulau Tioman dan ucapan terima kasih aku pada Bard & Ikmal di atas percutian ini. Dan pada Ed, yg sudi mengantar dan menjemput kami yek!!..

Sekian.

8 comments:

Ross Eunos said...

perkataan nyaman itu tidak sesuai di sebut di sini memandangkan si bard adalah org sarawak.. nanti di salah ertikan .. hehe ..kalau aku, flight delay, terus mintak comm lagi dua hari.. mcm yg terjadi masa korang g sibu tu .. hmmm barula mewah, 1st class punya layanan..

Anonymous said...

wow...!!! pic2 dalam part 3 ni tersangat lah cantik nya. makin teruja nak g Tioman...***adie***

cae said...

ross eunos - tu postpone! bukan delay.. kalo postpone bukan setakat aku mintak comm, silap2 aku mintak voucher membeli belah lagi.

adie - veiw cantik terletak pd tangan org yg mengambil nya yek!!..

Aleeza Zaily said...

Aku suker gambar yg ke-3 tu, siap nampak ray of light... nko guna camera baru ke kamera henfon jer?
Takpa next time aku akan tiba jua ke Tioman...

Anonymous said...

pose dalam bilik air? siap berjaket? berjaket di tioman? motif???????

Moon said...

heheh aku nak tekankan soklan motif berjaket di dalam bilik air di Tioman? apa ek..tapi lu mmg nampak macho la bai

bard said...

wahahaha...aku sebenarnya komen tu...tapi bila nak submit komen dia kuar anonymous.....hahhaaha....macho???

jacker said...

chloe purse
chloe paddington handbag
chloe uk
dior
christian dior