Nuffnang Ads

Tuesday 1 July 2008

Tioman Part 2

Tioman
28th June 2008

Dung! Dung! Dung! Dung!... “Dan… bangun!!”… pagi2 lagi Bard dah kejut aku…. Tgk jam dah kol 8am. Mmg smlm pun janji ngan dia kol 8am nak g breakfast sama2 pun. Basuh muka, gosok gigi, trus p breakfast. Cadang2 lepas breakfast tu nak mandi laut. Ya p pulau kalo tak mandi laut tak la nama p pulau kan?!

(tak dan nak tangkap pic2 breakfast yg kita org makan).. tp xpe.. biasa2 aje pun makanannya.. yg nampak lain skit ialah lempeng (pan cake).. makan dgn kari ayam.. hmmmm.. yummy!! Lain2 tu biasa aje.

Tgh2 break 5 min (cadang2 nk sambung balik..) perut pulak memulas… langsung p bank buat pelaburan.. harap2 lumayan lah yek!! Hahahaha… Lepas selesai urusan pelaburan trus ke pantai, sblum p tulis nama amik towel 3 ketui tuk lap2 badan lepas mandi kan.. so, kami p cari port tuk bersantai… Tmpt yg kami nak berlabuh tu mestilah ada bumbung ala2 cendawan!! Baru gerek!!..Tp cuba bygkan lah matahari duk sibuk memancar kami p mandi laut.. sendiri mau ingat ler.. sun block aku tak bawak (mmg xda pun, tak dan nak beli)..

Apa yg agak mengecewakan aku ialah, bila mandi tu, kat dasar laut tu ada je batu2, objek2 yg tak berapa sesuai la.. pendek kata.. xbest lah… so lepas ½ jam berendam, naik lah kami ke darat.. cuci badan jap, then capai air kotak (air ni di sponsor oleh Bard n Ikmal) dan kuaci (dia org punya gak).. mengunyah lah kami mcm hamster!! Agak2 lepas 1 jam tuh, p balik ke laut.. kali ni p tmpt mat salleh ramai mandi pulak…

Laaa….. rupa2 nya tmpt tu ok!! Xda objek2 yg tak sepatutnya ada!! Masuk ke tengah skit… tp cuak jugak lah… ombak pun biasa.. tak besar, tak kecik.. Lepas berendam dekat 40 min… naik balik tuk bersiap2 tuk makan thari..






Makan thari kat kedai yg mula2 kami singgah masa ari pertama.. ingat? Ala.. kedai yg jual sotong besau2 tuh…. So, kali ni aku makan ayam masak kicap + air tembikai.. perrghh! Mmg kaw! Air tembikai dia..

Lepas makan, balik ke hotel… sbbnya masing2 dah seronok nak mandi lagi.. so, di kesempatan itu aku pun melayan perasaan aku kat atas katil.. ya lah sementara tunggu petang kan… Tp xleh lelap jugak, xtau nape.. Bosan2 mcm tu… aku p bancuh milo 3 in1 yg aku beli arituh…

5.45pm kami berkumpui… n trus menghala ke laut… makin ramai org.. Ada jugak yg aku nampak sorg mat salleh dr pagi td dok terlentang sambil baca buku.. masih ada lagi kat situ.. Agak2 nya.. kulit dia mmg kebal kot…

So, kami p cari port lah.. puas jugak mencari, mmg xda tmpt kosong.. last2 kami amik kusyen bentang aje di bawah pokok kelapak!!.. 10 min komdian, ada satu couple Jepun tu pun blah.. so tempat dia kami amik lah… Tmpt tu pun bukan nk buat apa pun.. tuk letak barang2 berharga aje..



















Rasa puas mmg ada, bila masing dpt berendam dlm air laut… cuci segala menda lah!! gigi, badan.. buang kan segala kekotoran.. Ada jugak sesetengah kawasan tuh kami di kelilingi oleh ikan yg comel.. Nemo pun ada!!.. ada jugak yg kena gigi dek ikan tuh… tp nasib baik ikan kecik.. Lama jugak kami dok berendam sambil masing2 membuat aksi spontan dr lagu yg di main kan dr salah sebuah kedai makan kat situ… Cuba bayangkan kami di tengah (tak la tengah sgt) laut, kedai tu di darat.. Kekuatan lagu yg di pasang boleh dapat kami dengar… hmmm… Keluar lah lagu Menaruh Harapan, Aku Tak Biasa dan dua tiga lagu lagi lah…

Lepas puas berendam… cuci badan jap, then relex.. sambil menyaksikan permandangan pada waktu petang.. Hmmm… Indah sungguh ciptaan Tuhan kan? Sempat jugak lah aku tangkap gambar2 tuk tontonan ko org! So, dah abis urusan tangkap menangkap, balik lah ke bilik.. bersiap2 tuk makan malam pulak…

Ikmal insist tuk makan mcm mlm td.. makan ikan bakar n sotong!! Ok lah.. Kami pun meng’ok’kan ape yg dicadangkan!. So, dah malam ni.. nak jalan dah penat, tunggu je lah bus (Berjaya) tuk ke Kg Tekek. Tuk pengetahuan sema, bus tu mmg tuk pengunjung yg duduk di Berjaya Hotel. Kg Tekek berdekatan dengan Tioman Airport. So, mmg itulah laluan bus, diorg pick up dr lobby hotel trus ke Airport, dan begitulah sebalik nya..

Sampai kedai akak tu, kami order 2 sotong besar dan ikan kerapu (1st time makan ikan kerapu).. hmmm.. rupa2 nya sedap jugak ikan kerapu kan! Ada penambahan sotong di buat! Mana taknya.. sotong besar, fresh la pulak.. Sambil makan, terjengah2 jugaklah kami kat jalan raya, kot2 ada bus dr Airport lalu, leh gak kami tumpang. Dah siap byr, kami tunggu ler kat tepi jalan sambil dengar lagu Indon yg di pasang oleh akak tu.. Batang idung bus pun tak nampak!! Last2 kami decide tuk jalan kaki aje… kang lagi lama tunggu lagi lambat pulak sampai hotel..













Dlm perjalan balik tuh.. ada byk pokok mangga yg mmg menguji kesabaran kami. Nak mintak tak tau sape tuan nya.. so, ape lagi si Ikmal amik kayu trus mencantas buah2 mangga tu.. Tak banyak pun kami amik, cuma 4 biji aje. Dah selesai sema, kami pun meneruskan perjalanan kami, lori, van, motor mmg byk pun berselisih dgn kami, tp hampeh bukan nya depa nak offer kami naik… Tp ada lah sorng hamba Allah ni, bawak keta roda tiga, horn kami dr belakang, “nak tumpang?..saya pun nak ke depan (kedai makan depan Berjaya)..” “Boleh jugak” jawab kami..

Mcm kelakar lah pulak kan kedudukan kami ketika naik roda tiga tuh.. aku betul2 duduk di belakan pakcik tu, Bard depan sekali (dia duduk dlm keadaan mencanggkung yek), Ikmal duk belakang Bard… Leh tahan jugak pakcik ni bawak.. especially masa nak corner tuh, cuak jugak aku.. Bagi meredakan keadaan aku tanya la pakcik ni “Pakcik ni, nak g makan pun wangi2 eh??”…aku mmg tak dengar langsung dia jawab ape.. sbb dia ckp perlahan dan kami pulak berlawan angin… Apa2 bukan lah masalah sgt pun.. sj nak create perbualan. Pakcik anta kami betul2 kat pintu gerbang Berjaya Resort. Terima kasih tak terhingga pd pakcik (nama tataw) yg sudi bawak kami naik roda tiga dia.

Mmg dr siang td kami nak buat tour belah utara pulak.. so hajat kami tu kami tunaikan lepas kami sampai ke bilik (anta buah mangga yg di curi).. Akak kedai tu ckp mmg ada “live” band kat resort ni.. tp kami tak tau.. Xpe lah cari aje kan.. xkan sesat kot.. mmg betul.. dr jauh dah dengar org melalak2 menyanyi.

Mmg betul telahan aku, tmpt yg di buat betul2 depan pantai, gerek kan? Bersama angin sepoi2 bahasa sambil di ulik oleh muzik “live”… dah tu tak reti2 nak order air!! Band tu di import dr Philippines, nak kata best, biasa aje… tp idak ler teruk sgt. Just ok lah.. ada certain2 lagu dia nyanyi sedap, ada certain lagu tawar. Tp suara lelaki group tu best!! Lama jugak kami lepak kat situ, lg pun mlm terakhir lah pulak.. kena lah spend lebih skit. Lepas ni xda dah.. Ok, lah time to go home, tp kami tak lalu jalan biasa, ikot tepi pantai.. sempat lah sepak2 pasir laut..



Ikmal n Bard lepak bilik aku, ya lah sorg nak roti ngan tuna, sorg nak teh panas! Mcm bilik dia org xda teh kan?! Hahahah… Tp bukan lah masalah besar pun, just panas kan air letak uncang, dah siap pun. Roti aku buat byk gak la… ada kat 10 keping dan langsai ya… sblum tu dia org makan meggi in cup lagi… Sambil makan sambil borak2.. borak kosong ler.. sambil cite pasal hal2 kehidupan, keluarga etc.. Si Bard dah bebong dah, mata pun bukan sebaris aje, k la ada lah excuse dia org nak balik tido kan?! Sok, dah tentu jam 8am kena bangun nak breakfast.

To be continued….

9 comments:

Anonymous said...

selepas makan mangga curi tu tak der ker rasa sakit2 perut,pedih2 mulut atau bengkak2 testis korang? dengar citer owner pokok mangga tu bela pelesit dan hantu raya...***adie***

Cae said...

adie - ish! mulut... nak kena nih!!.. tp mangga curik tu ikmal n bard amik. rasanya dah makan kot!

Ross Eunos said...

Yang si ikmal tu pehal asyik nak makan sotong jerk .. dinch yer! Species! and utk menambahkan pengetahuan ko dalam bidang sains kemasyarakatan.. kedai tu mungkin pasang lagu tak kuat, tapi bukanke kalau ko mengahadap ke barat laut waktu bulan june in, bayu bertiup dari arah timur, lantas akan membawa juga alunan muzik itu sehingga dapat didengari jauh ke tengah laut .. sains beb! sains! Dan telahan aku semuanya tepat .. ko, bard dan ikmal, kemungkinan bunting... anak siapa yerkk?!! Biar mempelam itu menyatakannya!!

Anonymous said...

hahaha...aku suka komen rosdi!!!!

Cae said...

ross eunos - semestinya kenyataan ko tu mungkin betul! dan semestinya masam2 mmg serah kat aku, sbb tu muka default aku ialah masam, kecuali bila dpt strike aku akan senyum lebar!!

Mal Dancer Nusantara said...

ermm sedopnyer mangga curi ari tu memang manissss giler.... jelous ler tu korang xder kat saner...kita klu niat suci apa yg kita amik akan dilindungi...apa2 pon memang enjoy kat saner klu saper nak join d club buleh ler isi borang..

Cae said...

see..yg mkn mangga curi dah berbunyi.. sodap rupanya...

Aleeza Zaily said...

Rosdi! I love you lah! biar le depa kata ayat ko tu ayat dengki sbb tak dpt ikot, mmg pun kan!

Anonymous said...

So nice all the gambars la....