Nuffnang Ads

Monday, 2 June 2008

Episod Terkandas!

<30th May 2008

Suasana kelam kabut lepas solat Jumaat, ya lah.. mana nak release gaji staff lagi.. nak settle kan keje lagi.. by 3pm aku nak nak kena balik umah tukar baju n amik bagasi aku.. tp alhamdullilah kol 3.15pm aku dah abis sema keje yg aku sepatutnya buat..

Aku suruh salah sorg budak opis aku antar kan umah, pi pick Ikmal & Bard (host percutian aku kali ni) dan trus ke KLIA. Sempat jugak lah aku mandi dua tiga cebok dan buat ape yg patut seblum berangkat. By the time aku sampai umah, ujan turun memang lebat, smpai ada dua tiga tempat di kawasan aku (Pandan Indah) di tengelami oleh air.. Hmmm.. ujan rahmat la ni…

Sempat jugak lah aku tangkap gambar tempat2 yg naik air tuh.. salah satu tempat tu betul2 lepas guard house Kenari Court. Dan gambar yang ko org tengok ni kat traffic light nak masuk ke Fajar.. peh!! Nasib baik bawak Storm.. kalo kete aku.. huh! Alamat xsampai la aku ke KLIA. Ada jugak 2-3 kete yg sangkot dan xbergerak langsung… sian kan..





Sampai umah Ikmal & Bard masih lagi hujan, tgk pd barang2 yg di bawak diorg mcm rasa xbuat Storm nih… tp kita yg buat dia kan.. sumbat gak lah.. smpai ke aku sendiri duk terkangkang.. mana taknya.. bagasi aku duk nya di celah kelengkang ku.. 
Tp xpe.. xlama pun.. dah biasa pun duk terkangkang2 nih… . Diorg ngan 2 kotak dan satu beg yg agak besar jugak la… tp masih lagi buat.. duk berhimpit2 jugak lah!

Tepat jam 5.05pm kami sampai ke KLIA.. amik trolley trus check in.. agak pjg jugak lah queue nya (bukan Que Haidar yekk), yalah masing2 nak balik raya (Hari Gawai).. mostly byk muka Sarawak la… Ni hah! Muka sekor2 ngah posing kat KLIA..  tiba time kami check in, ada pulak masalah.. ni menarik.. so, kita ke paragraph yg seterusnya…

Tengah kami duk tunggu barang tuk check in dtg sorg mamat ni nama dia Zaini, and I have strong feeling that, he is one of the customer service kat situ.. From the moment dia nak ckp tu, aku dah agak mesti ada menda tak kena…

Zaini : Encik, saya Zaini pegawai yg bertugas ari ni…
Kami : Ya..
Zaini : Sebenarnya kami minta maaf pada encik semua sebab kami terpaksa tangguhkan
penerbangan encik semua pada esok hari.
Kami sebenarnya sudah terlebih booking (overbooked)
Kami akan sedia kan encik hotel, betul2 sebelah KLIA, Pan Pasific International
Hotel dan kami akan beri wang saku sebanyak RM100.00 seorg.
Ikmal : Nope! Kita org nak flight kita org ari ni jugak! Kami tak kira.. itu bukan masalah
kami.. (bagi sesiapa yg mengenali manusia bernama Ikmal ni… ko org akan dpt agak
lenggok dan gaya dia bercakap kan?!)
: Apa nak jadi, jadi lah…
Zaini : Encik… kami betul2 mintak maaf, mmg kami tak boleh nak buat apa2 dah…
Dan semua flight kami tuk hari ni telah penuh..
Apa yg kami buat, yg mana dtg dulu.. kami check in kan dulu…

Baiklah.. perbualan kami bertiga dengan pegawai MAS yg bertugas tu terpaksa di sensorkan atas tujuan keselamatan..  bukan apa.. takut nnt ada kes saman menyaman pulak..

Apa sebenarnya yg kami tak puas hati ialah, tiket kami dah di beli pada April 2008, iaitu sebulan seblum tarikh penerbangan.. kenapa kes overbooked ni tak di beritahu oleh kakitangan MAS pada salah sorg dari kami? Sedangkan no hphn kami sema telah di ambil oleh ticketing clerk masa kami beli dulu.. bukan saja aku, aku rasa korg yg baca tulisan aku ni akan marah kan?! Aku, Ikmal mmg tak sambut Gawai, tp Bard yg setahun skali nak berjumpa dgn parent nun jauh di Sarawak sana.. akan jadi masalah.. Bygkan transport yg dah di rancang oleh kakak dia, dr umah ke airport bukan seminit dua.. 1 jam ya tuan2 dan puan2… ko org mesti dah dpt agak kemudahan infrastruktur kat sana kan? Bukan mcm kita kat semenanjung nih… ish! Marahnya aku… MAS mmg tak boleh beli masa kami. Bukan hotel 5 bintang yg kami nak, bukan duit saku yg kami mahu… tp mana letaknya credibility MAS. Ini pertama kali dlm sejarah, aku turun naik kapal terbang, pihak tertentu xdiberitahu tentang berubahan jadual… Ini nak bercuti, kalau mak dia nazak kat kg? how??? Org kat kg buleh tunggu meh?!!

Pertengkaran kami dengan pegawai MAS tu agak berlarutan. Ketidakpuas hatian masih lagi terpancar di wajah kami bertiga.. byk menda yg kami korbankan tuk ke KLIA, ada yg bercuti, ada yg ½ day, dan ada yg sanggup menipu semata2 nak catch time kat sana… apa yg kami dapat? Marah? Dendam? Apa2 pun ada mungkin ada rahmat di sebaliknya… dalam masa pegawai MAS tu sibuk di kaunter, kami bertiga sebulan suara tuk terima apa yg dah di offer oleh pegawai tu. Kami di beri coupon RM25 x 4 (RM100) tuk makan, sementara mereka sedia kan cash RM100 x 3 (RM300) dan bilik di Pan Pac. Kami di beri masa 45 min tuk balik ke kaunter collect tiket dan cash

Kami pun manusia biasa ada perasaan, aku rasa kalau kami di beritahu awal2 lagi.. menda2 mcm ni boleh di selesaikan cara elok dan lebih diplomasi lagi.. .. Kami sgt2 paham tugas Zaini as Customer Service Officer, dia mmg serba salah dlm keadaan tu. Kami sebagai manusia, ada rasa timbang rasa dan most of us pun dtg dr background yg sama iaitu customer service. Dengan rasa rendah diri aku dan kwn2 yg lain minta maaf atas ketelanjuran kami pada hari tersebut.. untuk kami lupakan peristiwa tu, tak mungkin kot.. tp ianya memberi satu pengalaman yang sgt2 berguna.

Oklah kita lupa kan peristiwa yg menyayat hati tu yek… Puas jugak nak cari selera RM100 kami kat KLIA nih… turun naik KLIA terpandang jugak lah satu kedai ni kat situ.. apa lagi… jom kita makan… RM100 tu kami guna kan dengan bersungguh2, ko org tau brapa baki dr RM100 tu? RM0.10 yek!! Jadi nya kos makan kami pada petang tu ialah RM99.90… perrrhhhh.. dahsyat sungguh puak2 ni kan?
Ni ada sikit gambar tuk tatapan ko org! Desert aku suka, air pun ok, cuma main course tu agak kureng ler…









Lepas 1 jam (wahhh! Terlebih sudaaa…., sepatutnya 45 min kan), beransur lah kami ke kaunter tuh.. ya la nak tuntut ape yg di janjikan.. Kami di sambut dengan senyuman oleh Zaini dan sorg lagi pompuan, (xingat lah pulok nama nya).. kami di beri “taklimat” kurang lebih 7 min dan sign dua tiga document. Bukan tu saja.. kami di iringi oleh mereka berdua ke tmpt buggy… ada Buggy Service di sedia kan dr KLIA ke Pan Pac.. dlm masa tunggu buggy tu sampai sempat jugak lah kami bersembang pasal insiden td dan beramah mesra la pulok.... tak perlu kami simpan dendam kan? Mereka sememangnya mcm kami jugak yg cuba menjalankan tugas mereka dengan sebaik2nya... 

5 min komdian buggy pun sampai.. naik lah kami menuju ke hotel.. kami di lambai oleh mereka berdua…smpai lah kelibat kami tak kelihatan… apa2 pun.. terima kasih pada Zaini dan kwn dia tuh.. 

Sampainya kami di hotel, mcm biasalah kena check in dulu.. agak lama la jugak kami tunggu… dlm hati aku, xkan nak gado jugak kat sini.. blum sempat aku ckp, bro yg jaga kat kaunter tu ckp “ Mintak maaf ya encik, system kami hari ni mmg lambat skit, harap encik bersabar ya…” huh! Lega kami.. ingat kan bilik penuh!!! Sambil tunggu dpt no bilik, aku sempat jugaklah belek2 risalah dan brochures yg ada kat situ.. Rupa2nya kami di tempatkan di Deluxe Room yg berharga RM840 semalam.. ish! Terkejut jugak aku… tak penah pun aku duk hotel yg mahal2 mcm ni.. tp ini lah rahmat Nya.. kalo tidak xmerasa aku kan? So, tolak campur perbelanjaan tuk kami pd hari tu ialah RM2,080.00.. huh! Tak kan dpt belanja ribu2 dlm masa tak sampai satu hari.. Apa2 pun..Lu pikir lah sendirikan… 










Penat mmg penat, ape lagi jom kita masuk bilik… bilik aku ngan bilik diorg tak jauh jugak lah.. aku bilik no 810 dia org 819. Sempat gak aku snap gambar dlm bilik tuh.. yg lebih teruja aku bila tgk LCD Screen kat dlm bilik tuh… wow!!! Best kan.. walau pun cuma satu malam. Hehehehe…

Ko org tinjau2 la yek
Kami mmg naik ke bilik sehelai sepinggang, beg2 yg lain telah di check in kan oleh pegawai td.. ya la mana tau kot2 sangkut lagi kan?! 8.20pm aku turun bawah tuk dinner, fyi, dinner dan breakfast di taja yek..  kalo hari2 mcm tu kan bagus?!! Makanan just ok la… boleh makan, tp tak menepati piawaian aku ler… (over kan!!) sempat jugak aku rasa oyster (ni lah pertama kali dlm sejarah idup aku).. tp mmg aku kurang berkenan, mungkin tak biasa kot… dah la lembik, mentah pulak… eeeee… nak tak nak.. dah amik kena lah telan jugak… kalo tak tak tahu kan?... masa dinner kami tak amik lama sgt sbb cadang2nya nak tgk live band kat situ… sblm tgk live band, naik ler bilik kejap… huh! Agak2 lah kan.. bila dah naik bilik… yg mana nak terburai perut lah.. nak landing atas katil lah.. nak itu la.. nak ini la… last2 sema terlepas.. Jam 11.15pm si Ikmal intercom bilik aku.. “Dan jom pi sauna nak?, tp ko check la dulu kot2 kena charge ke”… aku ok jer.. dah double check ngan receptionist, charge mmg tak di kena kan.. complimentary lah kata kan… pe lagi.. badan dah penat, kena charge balik… pi sauna, pi jakuzi, masuk steam room… huh! Abis sema peluh jantan kuar… ½ jam kami spend masa kat situ.. pastu naik ler bilik masing2. sok pagi nak fly pulak.. flight kol 8.20am. mana lah tau terlajak… langsung menyesal tak sudah…








Dlm pada aku mandi sempat jugak lah aku masak air, konsep aku mesti nk pekena hot drink sblum tido.. antara byk2 minuman Nescafe jd pilihan.. Apa yg aku pk betul2 jadi… sah! Mmg aku xleh tido… terlelap ½ jam pas tu terjaga… ni bahana Nescafe la ni… alamak ape nak buat nih.. last2 aku layan tv.. cite Blood Diamonds.. best jugak cite tu yek.. kalo tak best mana pulak si Leonardo Dicaprio been nominated for the Best Actor kan? Tp aku tak ingat tahun bila.. arrrghhh! Bukan masalah aku kan?! Layan punya layan cite, akhirnya terlelap jugak… sblum tu sempat jugak aku buat wake up call kat receptionist..

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz……. Sambung nnt yek

6 comments:

Ross Eunos said...

well, korang ingat nama zaini sbb dia tu boleh jadik kerabat kan? yg lagi sorang tu aku rasa mesti muka dia mcm long piah! kalau mcm maya karin sure korang ingat .. hmmm ok per jadi vvip sehari .. tapi aku dpt bayangkan .. mcmana menyirapnya darah korang .. tapi benda dah jadik kan? buat apa nak gaduhkan .. tapi kena salahkan dorang gak nanti.. sbb cholestrol level korang mesti dah nak menyamai dengan aku punya level bahana voucher and free bfast + bfast tu .. dia tak der service mengurut ker? Muahahaha

cae said...

antara kami bertiga.. si ikmal yg bersungguh2.. aku cool aje.. ehehhehe.. ya la.. 3 vs 1.. not fair to him la kan.. aku biarkan aje.. intonasi aku pun agak mendatar aje masa tu...

Aleeza Zaily said...

Nko cool? biar betoi?? agaknya nko kena ada orang lain yg lebih PMS baru nko buleh cool eh! apa2 pun, best jugaklah jadi pengantin sehari (raja sehari)

cae said...

mana tak best.. dok hotel ada star.. :)

Anonymous said...

wah...kalo MAS leh buat macam ni selalu kan bagus.hehehehe... I dok bayangkan i di tempat En Zaini tu...mati la kna carut ngan u!!! ***adie***

cae said...

harr la kan...