Nuffnang Ads

Monday, 26 May 2008

Assalamualaikum..

Dah lama gak aku tak update blog aku yek… baiklah. kali ni cerita berkisar tentang kisah perkahwinan adik perempuan ku..

Ikutilah jalan cerita ini…

15hb Mei

Aku bertolak dr KL ke JB lebih kurang jam 8.30pm, mcm biasa sorg2 aku la… smpai JB aku jumpa sis aku n kami trus supper. Aku ke sana sbb nak amik kek yg aku kirim dari dia. So aku decide suh dia aje beli kek kat secret recipe. Mmg cantik n meletop ler..

Aku terpaksa bermalam kat JB sbb nak balik ke Mersing mlm2 dan sorg2 aku mmg aku xberani… Jalan dia gelap gulita…


16hb Mei

Dlm kol 7.30am aku pn bergerak menuju ke destinasi hey! hey! ish! Itu lagu Siti kan.. Bergerak menuju ke Mersing, tanah tumpah kelahiran ku..

Sampai lebih kurang dlm kol 9.00am++ la..

Sampai aje umah aku.. suasana dah jadi lain.. sema org sibuk ngan pasang bangsal, susun kosi meja, angkat kayu api yg di order, angkat tong nak buat air… aku jadi blur kejap.. xpe2 aku amik masa tuk aku relax n amik nafas sblum aku transfer kan brg2 yg penuh dlm kete aku. Brg2 tu sema di kirim oleh makcik aku yg duk kat Klang. Bygkan seminggu dua lepas aku asyik dok ulang alik dr KL ke Klang semata2 nak amik brg iteww… tapi xpe.. bukan susah sgt pon.. sj je nak propa…

Ok dah abis sema brg di transfer ke umah.. bermula kerja2 gotong royong…

Aku rasa mcm nak mengelat skit.. aku Tanya la mak aku kot2 dia perlukan aku ke kedai ke ape… tepat skali telahan aku… “Aie, tolong g kedai belikan mak kelapa 10 biji, pastu ko tolong cari bunga orkid, tolong g kisar lada kat Air Merah (nama tempat) dan beli buah… cari ler buah betik, pisang (fav aku), naga dan manggis….”

Heheheh…dpt la jugak aku relax kan… pusing keliling jugak aku cari menda2 yg di suruh.. masa tu almost kat kol 11 lebih dah.. dia org nak brg2 ni sema cepat sbb nak masak tuk org rewang bagai..

Arrrghhh… aku g anta mana yg dpt dulu… esp kelapa tuh, sbb dia org nak masak sayur nangka. Menu pd thari tu ialah ikan goren, ikan kering, sayur nangka, masak asam pedas ikan kembung dan sotong kurita goreng sambal… tp sayangnya tak sempat aku nak snap gambar tu sema..

Dah dpt sema barang yg mak aku kirim, aku trus pas kat tkg masak. Kat bangsal org masak aku nampak 2 makcik aku kat sana.. dia org dok tergonggeng2… ntah apa dia buatnya pn aku xtau..

Rupa2 nya diaorg ngh bersihkan ikan, sotong dah brg2 yg sewaktu dgn nya…. Pantas aku ke sana n buat2 ringankan tangan la kan…. Sempat gak la aku cuci sotong yg besar nya sama mcm muka aku.. infact lagi besar la.. Sotong made in Kapar yek.. mcm kat Mersing xda kan.. heheheh.. tp yg pasti harga lg murah kat Kapar la…


Aku ni mmg tak tau itinerary mak aku, aku ingatkan kasi makan thari tuk org rewang rupa2 di buat skali tuk majlis nikah… So, Shaliza (Liza) akan di nikahkan selepas solat Jumaat kat masjid bando! (Majsid yg terletak kat Bandar Mersing)…

Dah nak masuk waktu solat Jumaat.. tp aku xbersiap2 jugak… lauk pauk masih blum ready tuk di letakkan dlm tempat yg sewajarnya.. (makan konsep buffet)..

Mandi bersih2 trus ke masjid kat taman rumah aku… dlm kol 2.30pm aku bwk Liza n parent aku ke masjid tuk di nikahkan… masa tu suasana suram skit, sbbnya mak aku dah meleleh air mata dia…ya lah kan.. anak pompuan pertama dlm keluara yg kawin.. fyi, mak aku ni mmg mcm tuh… tgk hindustan pn leh nangis.. Hati ibulah katakan….

Dlm kete, aku xtnya langsung pn nape dia ngangis, ya lah aku pun dah tau kan.. takot nnt makin parah… ke masjid bando tu amik masa dlm 10-15 min je.. dkt sesangat… dah sampai sana Pak Ngah aku dan standby kat sana.. tgk gak muka dia kot2 sentap ke apa kan.. tgk dia ok je.. rupa2nya Pak Imam tak sampai lagi.. Lega aku….

Lega sbb, kami dah lambat 15min takot Pak Imam yg tunggu lama kan… kang tak kawin pulak si Liza tuh..

Pengantin pompuan dah kat dlm masjid, tp tiba Liza dok terlambai2 aku…


Liza “Baie ada bwk handphone tak?”

Aku “ mana bwk…, dah kelam kabut td”… Nape?

Liza “org nak call rombongan lelaki takot dia org sesat pulak…”

“ try tanya Pok Jan (pakcik aku) kot2 dia ada….”


Aku “ok! Ok!”


Nasib baik ada… dah siap call bagai, kurang lebih 2.50pm bakal suami Liza pun muncul… trus senyum minah tuh…

Kol 3pm tepat Pak Imam pn sampai ngan moto kapcai dia.. tp yg lebih aku terkejut muda belia orgnya… mmmm… bagus lah kan.. muda2 dah jadi Imam.

Majlis bermula 10min lepas tuh.. selepas berselawat, berzikir kejap dan bertalbiah.. maka acara yg di nanti2 kan dah sampai…

Tepat jam 3.25pm, Shaliza & Khairul pun menjadi pasangan suami isteri yg sah..


Teringat lagi aku talbiah yg Pak Imam tu ckp.. pahala org yg bersembayang ketika dia bujang dan ketika dia sudah berkawin berbeza, yg mana ketika sudah berkahwin pahalanya berkali ganda..


Dari satu sudut aku tgk mak aku dah berjujai2 air mata… sampai bengkak2 mata.. aku dpt rasa la ape yg dia rasa… bapak aku masih lagi cool.. Lepas di ijab kabul maka Pak Imam panggil ke dua2 pengantin tuk bersalaman ngan mak ayah masing2,..


”sebelum awak bersalam ngan ibu bapa awak, awak renungkan seketika masa awak kecil smpai la awak besar dan smapilah awak di nikahkan, susah payah ibubapa awak menjaga awak…” oleh itu, mohonlah keberkatan & restu dari ibubapa awak, mohon ampun dah maaf, halalkan makan minum awak sebelum awak keluar rumah tuk menjadi seorg isteri”…


Kata2 Pak Imam tu mmg masih lekat lg dlm kepala otak aku… masa tu, tangisan mmg xdpt di bendung lg.. dua beranak ni saling berpelukan.. mungkin termakan ngan kata2 Pak Imam tu.. aku pun rasa macam tu.. tp aku alihkan pandangan aku pada rombongan pengantin lelaki…

Alhamdulillah.. depa pun dah jadi suami isteri.. selesai aje sessi photography, rombongan lelaki di pelawa ke teratak pengantin pompuan tuk menjamu selera…

Syukur segala2 nya berjalan dgn lancar seperti yg jadulkan…

Pihak pengatin lelaki bertolak kurang lebih 30min lepas jamuan thari..


Selesai acara akad nikah, prepare pulak tuk mlm nnt iaitu mlm berinai dan doa selamat di kalangan ahli keluarga… aku mmg xcukup tangan, ada je menda nk di buat.. mata dah seakan2 layu.. tp tahan jugak.. kaki dah naik krem.. tp tak pe.. gagahkan jugak…


Majlis tahlil berlangsung lepas Isyak.. tp tak ramai yg join, ada setengah tu sibuk kat dapor lagi.. xpe lah kan.. janji aku dah adik beradik aku yg lain ada.. saudara mara yg terdekat pun ada jugak. Selesai sudah majlis tahlil, mereka di jamu dengan sup kambing, roti bantal yg tebal dan nasi serta lauk2 thari td yg telah di hangatkan… (bkn ape, kan tak membazir namanya)…

Pada masa yg sama, pengantin dah bersiap sedia tu sessi photography. Di tepung tawar bagai… sempat gak la mak n bak aku menepung tawar, termasuk ngan mak2 sedara dia yg lain.. pas tu ada pulak bergambar pulak kat backdrop yg mmg dia sediakan oleh juru gambar iteww… wah! Berposing sakan la kan…

Kurang lebih jam 10, semua dah beransur balik.. tinggal aku dan sepupu2 aku yg lain aje tinggal tuk settlekan bahagian dapur… penat kan!! Arrghhhhhhhhhhhh..

Macam biasa, suasana kenduri kampong masih lagi di terapkan, walaupun duk taman kan.. sorg dua kena standby duk kat bangsal tuk jaga segala menda yg patut di jaga.

Huh! Kasi lah yg muda2 kan… aku ni bukanlah tak muda.. tp moody.. heheheh…

Itu je kot.. so, jumpa lagi masa majlis persandingan yek…

7 comments:

Aleeza Zaily said...

mana gambo? dah le kami belom sampai itu jam..

cae said...

gambo sema dlm kamera aku... blum sempat pn di cuci..:(

Anonymous said...

Cuci?!

Moon said...

Jumpa di majlis persandingan sapa? Nko ke? wahhh adan nak naik pelamin!

bard said...

panjang sial cerita dia....pakai bagsal tempat ko? bukan kemah eh?? ker sama? hmmm...update lain lakkk..hahhaa...aku punya jer tak berupdate

cae said...

bukan aku la moon.. kalo aku ko kena dtg.. ko xdtg siap ko.. :)

cae said...

hehehe.. terpjg pulak.. ya bangsal.. tp ada jugak org panggil khemah.. ntah ler.. janji kau paham kan.. huh! aku dah wat pun siri ke 2. sila baca yek.. aku tau ko sibuk.. xpe take u time babe!!