Nuffnang Ads

Saturday 3 March 2012

Aku & Dirimu

Agak janggal untuk aku memulakan coretan blog aku untuk kesekian kalinya. Bukan sebab dah lama aku tak bercorat coret di sini, tapi kali ni memang lain. Pada kebiasaannya, blog ini hanya berkisar tentang aktiviti aku sahaja. Tapi pada kali ini, ianya lebih kepada perihal perasaan dalaman, keinginan dan juga tanggungjawab.
Biar aku mulakan cerita satu persatu. Aku mula mengenali dia dari sebuah portal sosial tahun lepas, kalau pembaca lupa, tahun lepas merupakan tahun 2011. masih aku ingat lagi tarikhnya, 15 October 2011. Mula-mula terpandang wajah dia, aku rasa, eh!! Comel betul budak ni, aku memberanikan diri untuk PM (private message) pada dia. Ternyata cubaan aku berhasil dan aku tidak pertepuk sebelah tangan, mesej aku di balas. Dari detik itu, kami kerap berPM dengan bertanya khabar masing-masing di samping mengupdate aktiviti harian kami walaupun budak comel itu jarang online di portal tersebut. Apa taknya, dia mungkin hanya sekadar suka-suka atau mungkin sekadar mengikuti perkembangan teknologi, bak kata org, kau ada, aku pun nak ada jugak. Berlainan pula dengan aku, aku merupakan penggunjung tegar portal tersebut. Masa perkenalan kami, budak comel ini baru saja menghabiskan pengajiannya. Mesej itu masih lagi rapi berada di dalam inbox history aku sebagai bahan bukti keterujaan aku pada budak comel itu. Rasa dunia ini seperti aku yang punya. Sehari tanpa mesej dia, bagai ada yang tak kena. Aktiviti berPM kami berlarutan sehingga satu peringkat aku meminta untuk bertukar nombor handphone masing-masing. Ya lah, memandangkan kadang-kadang kami terlalu sibuk untuk beronline. Apa yang pasti permintaan aku tidak sia-sia, budak comel itu akhirnya akur dgn terhadnya masa kami untuk membalas mesej-mesej tersebut dan memberi nombor telephone beliau.
Tugas aku semakin mudah. Tarikh 16 October 2011, 12:51am, mesej pertama aku dapat dari budak comel itu. Kami memulakan bicara melalui system pesanan ringkas atau lebih mudah SMS. Dalam SMS kami, pertanyaan khabar, “dah bangun ke blum?”, “di mana?”, “apa yang dimakan?”, “buat apa?”, “dgn siapa?”, “dah balik rumah ke belum?”, “balik jangan lupa mandi!”, “jaga keselamatan diri” aka take care, sering menjadi isi kandungan SMS kami. Uisshhhh!! Sgt klise kan?! Tapi itulah manisnya bila “bercinta”. Aku ketegorikan bercinta sebab mmg aku tak pernah rasa bercinta, waima cinta maya sekali pun. Dari sisi kandungan SMS kami (yang lain2 terlalu bernilai sentimental tuk aku nyatakan di sini, hanya aku dah budak comel itu saja yg tahu), aku dapat rasakan keikhlasan, keterujaan, kebahagian sedang kami kecapi. Hati kecil aku kuat menyatakan, inilah masa aku, inilah jodoh aku.
Aktiviti SMS kami berlanjutan sehingga pada satu tahap, ada keinginan aku ingin mendengar suara pemilik SMS itu. Aku meminta kebenaran untuk menelipon budak comel itu. Wrong timing, waktu itu memang waktu tidur beliau, tapi aku gagahkan juga hati untuk berbicara walaupun sesaat. Permintaan melampau aku dilayan, the moment dia menjawab salam aku, berderau darah aku. Suaranya, secomel gambar yang aku damba. Selepas perbualan telepon itu, hubungan kami menjadi semakin intim. Kami lebih terbuka membicarakan soal hati dan perasaan. Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan. Akan tetapi untuk menrealisasikan hubungan ini, aku kena berterus terang. Pada masa yang sama, aku juga menyimpan perasaan yang sama pada seorg lagi budak yang comel di Sarawak. Dah lama jugak aku mengenali beliau, dia juga istimewa bg aku. Aku kena pilih antara dua. Jodoh aku lebih berat kepada si comel Melaka. Kuota ada empat, tapi nak mengendali yang dua ni pun kadang-kadang pun susah. Aku tak nak amik risiko, aku pilih yang Melaka. Walaubagaimana pun, yang di Sarawak, aku langsung tidak abaikan, aku masih sayang seperti abang dan adik. Kami masih berhubung melalui SMS. Aku akan sentiasa menyayangi dia sampai bila-bila.
Penjelasan panjang lebar pada si comel Melaka membuatkan aku lega. Ada beberapa syarat dikenakan sebelum kami meneruskan hubungan ini. Antaranya, kami sentiasa sibuk dengan career masing-masing, aku jadi agent hartanah, dia pulak, menjadi freelance editor. Kerja kami tak menentu, oleh itu masing-masing terpaksa saling paham memahami bagi mengelakkan salah faham antara kami. Atas tuntutan sebagai anak yang perlu menjaga bapanya setelah kematian ibu tersayang, juga menjadi syarat hubungan jarak jauh kami. Beliau kehilangan ibunya sejak 2 tahun yang lepas. Al-Fatihah untuk arwah. Kadang-kadang aku sangat kagum dengan semangat beliau. Ada ketika, bila aku SMS kepadanya, jawabnya “bawa ayah keluar dinner”, “bawa ayah ke pasar”, “sedang masak untuk ayah”, tak tahu perasaan yang sebagaimana perlu aku gambarkan. Ada rasa bangga, bangga sebab tak ramai anak-anak generasi sekarang yang mengambil berat perihal si ayah. Si ayah lebih dibiarkan berdikari selepas kehilangan ibu. Ada rasa sedih, sedih bila semuda usianya, sudah kehilangan ibu dan menjadi orang penting dalam menguruskan perihal ayah. Mungkin sudah tersurat bukan?! Apa-apa pun, aku tidak pernah untuk menidakkan yang si comel perlu mengutamakan keluarganya dan tidak mengabaikan aku pada masa yang sama. Aku kena akur bila SMS yang di hantar tidak dibalas, itu bukan alasan aku untuk mencari fasal.
Tarikh 22 October 2011, merupakan tarikh keramat aku bila dengan keizinaNya, aku bertemu dgn insan comel itu di Pandan Indah. Dia datang menaiki proton saga putih dan berkaca mata hitam. Si comel itu datang menjemput aku di LRT Corner, berdekatan dengan rumah aku. Kami terus ke Pandan Jaya untuk makan tengahari. Ketika berada di dalam kereta, ada beberapa kali aku melihat wajah comel beliau, dan aku pulak di”marahi” kerana membuatkan beliau “blushing”... “sudah!! Abg tengok aje depan jangan tengok saya, saya malu”.. Kebetulan hari tu merupakan hari lahir beliau. Ucapan hari lahir telah aku utus pada semalamnya.
Di dalam kedai makan itu, kami berbual seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain. Walhal jumpa pun tak pernah, call pun boleh di kira dengan jari. Itulah dia chemistry kan? Beberapa ketika, aku realize yang si comel itu memiliki satu kuasa membunuh. Kuasa membunuh itu ada pada dirinya, kuasa membunuh itu adalah senyumannya. Dibarisi derentan giginya yang putih, bila senyum di ukir, nampak lagi kesempurna makhluk ciptaan Allah yang sorang ini. Apa yang aku gambarkan secara visual dengan apa yang aku nampak sendiri di depan mata aku adalah sama. Sebelum itu kami pernah bersembang dengan menggunakan webcam, dalam webcam sudah membuat aku cair, inikan pulak bila jumpa in person. Makin bertambah sayang dan suka aku pada si comel ini. Bila berdiri di sebelah dia nampak seperti bangunan Maxis dan Petronas Twin Tower. Pembaca dah dapat bayangkan bukan ketinggiannya? Sebab tu aku suruh dia jalan dulu bila kami masuk menuju ke kedai makan, kalau tidak, terserlah kekatikkan aku.  . Hanya aku saja yang menikmati hidangan tengahari, dia hanya minum. “Dah makan rumah kakak” katanya. Perbualan kami berlegar tentang kerja dan perihal keluarga, di selit dengan hilai tawa. Aku sangat seronok berbual dengannya, perbualan dua hala walaupun baru pertama kali berjumpa. Berbual sambil tengok mukanya yang comel..
Kami menyusur keluar dari kedai dan terus pulang ke rumah. Si comel yang menghantar aku pulang. Setelah sampai di bawah rumah, aku seakan-akan tidak merestui pemergian dia. Ada perkara yang hendak di lakukan, tapi aku terlalu kaku!! Ish!! Menyesal memang ada. Akhirnya hanya ucapan selamat tinggal dan terima kasih yang mampu dilafazkan. Si comel beredar terus ke rumah kakaknya. Langsung aku hantar SMS atas kesudian dia datang berjumpa aku dan keterujaan aku pada dia. Malam si comel menghadiri birthday celebration dengan kawan-kawan rapatnya di Sunway. Hari berikutnya si comel balik.
Seperti biasa kami berutus melalui SMS. Masuk 2012, aktiviti hariannya kadang-kadang menghadkan hubungan kami. Aku akur, perkara yang dia minat tidak akan aku halang, bagi aku cukup sekadar SMS “selamat pagi abg”, “morning dear”, “morning sunshine”, itu sudah memadai. Pernah suatu ketika, sekitar awal February, aku ada mempelawa beliau datang bersantai di rumah apartment miliki kawan aku di Port Dickson, plan asalnya memang dia memang ada menyatakan persetujuan datang ke situ. Tetapi di sebabkan masalah-masalah tertentu, dia tidak dapat hadir. Kecewa? Hmmm.. memang kecewa, tapi aku kena akur. Seperti yang telah di persetujui bersama, keluarga adalah keutamaan kami. Sebenarnya, aku telah memaklumkan “kedatangan” beliau kepada kawan-kawan aku, sehari sebelum sampai ke Port Dickson. Kawan-kawan sangat teruja, ya lah mana tak teruja tiba-tiba aku nak invite seseorang datang. Memang tak pernah berlakulah sebelum ini. Semua orang ternanti-nanti akan kemunculannya, waima aku pun turut merasakan perkara yang sama. Takapalah... mesti ada hikmahkan?
Si comel merasakan dirinya sangat bersalah disebabkan sudah berjanji. Aku kena abaikan apa saja idea-idea negatif yang datang menghantui benak aku. Kawan-kawan jugalah yang membantu aku melupakan seketika insiden itu. Jauh di sudut hati aku, kalaulah si comel ada, mesti lagi best! Apa-apa pun, terima kasih kepada tuan rumah yang sudi bawa aku bercuti ke “mahligai”nya, dan aku benar-benar enjoy. Aku balik ke Kuala Lumpur dengan seribu satu macam perasaan.
Di KL, aku berSMS seperti biasa dengannya. Dia sibuk seperti lazimnya dengan kerja-kerja mengedit gambar. Tiga minggu lepas, 18 Februari 2012, aku ada meneliponnya. Tujuan aku hanya satu, hanya hendak mendengar suara dia. Bila dengar suaranya, aku akan dapat mengagak, mimik mukanya ketika berbicara. Senyumnya, sifat malunya, cukup memadai untuk aku gambarkan secara visual sahaja.
Tarikh 29 Februari 2012 (tahun lompat), ketika aku berada di Shah Alam, aku terima SMS dari si comel. Dalam SMSnya dia menyatakan yang dia tak tahu apa yang dia lakukan samada betul atau pun tidak. Dia perlukan masa untuk berfikir. Apa yang membuatkan dia berkata begitu? Ya! Itu adalah kerana ekoran daripada insiden yang berlaku sebelumnya. Insiden itu tidak dapat dinyatakan di dalam entry ini, kerana ianya terlalu sensitif. Biar ianya menjadi rahsia kami.
Itu saja yang aku dapat nyatakan untuk entry kali ini. Apa pun sepanjang pengenalan kami, aku sangat-sangat bahagia. Tak pernah aku rasa perasaan yang sebegini. Mungkin juga sudah sampai masa untuk aku terima dan menyintai seseorang. Tapi apakan daya, perjalanan hubungan ini sudah di rancang. Sehingga ke saat ini, belum ada kata putus darinya. Aku menanti dengan sabar. Sekalipun jawapannya tidak, insyaAllah aku akan tetap meneruskan hidup aku. Mungkin kami lebih serasi sebagai kawan? Tepuk dada, tanyalah selera.
Buat si comel, terima kasih jika anda membaca entry ini. Tidak terlintas langsung untuk aku meraih simpati, jauh sekali ingin mendapat pembelaan dari orang di luar sana. Aku hanya ingin berkongsi secubit kisah manis aku bersama anda. Aku harapkan, terbitnya entri ini tidak akan mempengaruhi segala keputusan yang telah anda lakukan. Ianya lebih pedih jika keputusan dibuat atas dasar kasihan atau untuk mengambil hati. Semoga, si comel tabah mengharungi hari-hari mendatang dan jangan sesekali hampakan harapan ayah dan keluarga. Sesungguhnya mereka lebih berhak menyayangi anda.

No comments: