Nuffnang Ads

Monday 2 March 2009

FInal Episod

Final Episod

Ari ni merupakan hari terakhir kami berada di Dubai. Flight kami jam 5.55pm (waktu tempatan). So, kami ada byk masa sblum kami bergerak ke airport. Since byk lagi masa yg kami ada, kami plan tuk ke bersiar sekitar bandar Dubai, seperti Burj Al Arab Hotel, Jumeirah Beach Hotel (dua2 tempat ni terletak di Jumeirah Beach), Altlantis The Palm Jumeirah dan Hard Rock Café Dubai yg terletak di Sheikh Zayed Road.

Tempat pertama kami tuju ialah di Burj Dubai Tower. Bangunan yg dianggarkan akan menjadi bangunan tertinggi di dunia. Bangunan ini mempunyai ketinggi 2275 kaki, dengan lebih 160 floors, 56 elevators, apartment mewah, butik, spa, pools etc. Sebenarnya ketinggian bangunan ini masih menjadi teka teki di kalangan penduduk tempatan dan org luar, ini adalah kerana tiada fakta tepat yg menyatakan ketinggian bangunan ini. Antara factor di rahsiakan tentang ketinggian ini ialah, strategi developer untuk terus menjadikan bangungan ini yg paling tinggi di dunia. Kalau di war2kan, mungkin ada antara negara2 membangun lain akan membuat bangunan lain tingginya lebih 2 inci dari Burj Dubai Tower? Who knows? Itu pun dah di kira paling tinggi kan?!!

Kami terus menuju ke Burj Al Arab. Sedikit info pasal Burj Al Arab ni, resort ini merupakan own man-made island. Hotel yg bertaraf 6 bintang ini merupakan world’s tallest hotel dengan ketinggian 321 meter. Bagi kami, hotel ni mmg cantik, untuk menjejak kaki ke sana, hmmm.. entah lah bila kan?! Apa2 pun kalau nak info lebih pasal Burj Al Arab ni sila lah cari di dalam website.

Di sekitar kawasan ini, didapati ramai pelancong yg bermandikan matahari (sun bathing) sambil di tonton oleh pekerja buruh kasar di Dubai ini. Mcm biasalah dia org ni dok skodeng!!! Hehehe… Gambar tetap kami ambil, pose tetap pose.. lantak lah kan.

Bersebelahan dengan Burj Al Arab ialah Jumeirah Beach Hotel. Tak tahu lah kenapa, aku suka sgt nama Jumeirah ni. Bunyinya macam lembut aje.. kan? Back to the story, kebanyakan function atau seminar akan di buat di sini. Wah! Menarik kan? Memang di akui, bangunan2 di Dubai ni mmg mempunyai kelas yg tersendiri. Tapi kami tak boleh spend masa byk sgt di kawasan ni, ada dua lagi tempat yang harus kami pergi.

Seterusnya kami ke Atlantis The Palm Jumeirah, sepanjang ke tempat ini, anda akan dpt saksikan petapa pesatnya membangunan kwsan buatan manusia ini. Rumah, apartments, hotel berlambak, kwsan ini mmg terlalu exclusive, sehingga di percayai ada beberapa celebrity dunia telah membeli property di sini. Antara lain ialah, David Beckham, Shah Rukh Khan dan pemimpin besar negara Arab. Kita hanya mampu tengok ajelah yek…

Next kami ke Hard Rock Café (HRC) yang terletak di Sheikh Zayed Road. Aku ni bukanlah peminat brg2 HRC pun, memandangkan ada 4 org yg nak ke sana, jadi pakcik ikot aje. HRC Dubai telah di buka pada 13hb Dec 1997. Menariknya tentang HRC Dubai ni, bermula 1hb June 2008, alcoholic beverages severed tidak di benarkan. Baguskan?!!

Kami rushing tuk balik ke Hotel dan terus ke Airport. Lupa nak bagitau sepanjang tour kami, kami telah menggunakan khidmat Mujahid, seorg Pakistan yg telah bekerja di Dubai for quite sometimes. Setahun sekali dia ni akan balik, iaitu pada hari raya Aidilfitri. Katanya cari duit byk2 then baru balik. Orgnya tak byk ckp, bila di tanya akan di jawab dengan muka yg serius.

Sampai hotel, check out then ada lagi… si Haizam nak g Burjuman Shopping Complex pulak.. nak beli brg Zara katanya. Kalau ko org ingat Zara yg kami pergi masa mula2 kami sampai. Dia dah aim baju dan kasut kat situ, dia beli tuk anak2 dia. Hmmm.. bagus tak?! Hehehehe…

Dah selesai urusan membeli belah Haizam, kami terus ke Airport. Rasa penat dan sedikit tenat mmg rasa. Brg kami punyalah banyak, dahaga pulak yg amat. Nak makan pun xda selera lagi. Kami cuma plan dlm perjalanan ke Bangkok aje nnt. So kasi kami berehat dulu na…..

To be continued….



































No comments: