Nuffnang Ads

Monday 21 December 2009

Ulangtahun ke 35

Ulang tahun kali ni agak berbeza dari tahun lepas, tarikh 21/12 jatuh pada hari Ahad. Mcm biasa hari minggu tido pun terlajak, mcm mana tak terlajak, hari sebelum tu aku balik lewat, gara ikut kawan ke karaoke di Cheras.

so, balik umah tido dlm kul 11 bangun, siap goreng nasi nih, gigih kan? nak keluar malas.. makan sambil tengok dvd yg mana aku beli tak xpenah ada masa tuk tengok.
Sempat jugak lah tengok cite All About Steve, My Sister Keeper, Mulan, Over My Death Body n Hannah Montana The Movie.

Sementara Ed ngah berkemas ke dapur, sempat jugak lah aku baca 2-3 paper yg aku beli subuh td. Aku tanya dia "ko nak masak ke? ke.. ada org nak dtg? Bob nk dtg ke?" Dia balas, "xda lah.. aku nak masak tuk kita2 aje, Bob kalau sempat dia dtg.." Jawab ku, "kalau kita2 aje.. makan kat luar aje lah.. " Dia membalas "ala.. masak cincai2 aje.." "hmmm... suka ko lah.." balas ku.

Bila dia sampai umah membeli2 brg2 tu.. baru lah dia ckp.. "aku nak masak tuk ko.. esok kan birthday ko.." hmmm.. aku terharu sgt.. aku sendiri pun tak ingat yg esok besday aku.. Tks Ed!!

Menu pada mlm tu, mee hoon lada hitam n kuih lapis warna warni.. 2-2 menu tu mmg fav aku. Tetamu di jangka hadir selepas kul 9.30pm. Antara yg hadir Fida, Bob, Adik Bob (xingat nama) n GF Adik Bob (xingat nama), Juffry, Farah n Tajul (kwn Farah).

Suasana pada waktu makan agak hapenning, ramai yg mengusik si Fida sebabnya dia ni mmg kaki latah.. sampai adik Bob n gf dia tak senang duduk.. Ya.. mmg Fida byk menceriakan suasana...

Kurang lebih beberapa jam Juffry pun sampai.. tak tahu dr mana, dia pun duk di meja trus makan.. as usual dia akan senyap bila dia tak kenal org yg berada di sekeliling dia.. bagus jugak, tp kalau dia kenal.. mmmmm...pendek kata.. suara dia aje yg dengar. Dia pun tak boleh lama, request tuk tapao kuih lapis warna warni Ed. Aku akui kuih lapis Ed mmg sedap.

Farah n Tajul sampai agak lewat, ya lah. depa tu dah la dr Shah Alam, baru abis keje katanya... Pompuan ni lagi sorg, mmg kaki bersembang, kalau dia gelak bergema satu umah aku...

Bob n rakan2 dia yg lain beredar tuk pulang, mungkin keletihan agaknya seharian berjalan. Aku bungkuskan dia mee hoon n kuih lapis tuk sarapan besok bley?!! Hehehe..

Sebelum Bob n rakan2 beredar, sempat jugak depa menyanyikan lagu hari jadi pd aku. Dengan kek sebekas (aku tak tahu mana si Farah dpt) dengan lilin yg besar aku tiup. Im so touched. Tks guys.. Apa2 pun bukan kek atau hidangan yg aku minta.. cuma ingatan yg ikhlas dr sahabat2 di sekeliling aku. Tks to Ed yg buat parti terkejut nih..

Jam dah menunjukkan pukul 2.00am, rokok n air silih berganti, akhirnya Farah n Tajul beredar..

Pada bonda n ayahanda tercinta terima kasih atas ucapan mu. Aku tetap mcm dulu, tetap menyanyagi mu sampai bertemu ajalku.. Mak terima kasih kerana melahirkan ku n Bak yg tiada tolok bandingnya.. Walaupun terlalu byk cabaran dan dugaan pada 2009 ni insyaAllah.. akan ku sahut jua.

Pada Ed, ko kira sahabat dan abang pada ku. Tunjuk n bimbing lah aku kalau aku tersesat. Terima kasih atas segala2nya. Kiranya persahabatan yg terlah terjalin hampir 23 tahun akan terus berkekalan.

Buat Fida, Bob n rakan2, Juffri, Farah n Tajul terima kasih kerana kehadiran anda.

Tak lupa ucapan sms dan ucapan yg di buat dlm FB, Bard, Elynn, Pok Leh, Lynn, Kak Roy, Iza, Rizal, Sham, Zack, Ari, Fahad, Korizm, Hafidzah, MG, Kerol dll.. thank you so much guys!!

Sekian dr ku..

2 comments:

UmmuAimanIrfan said...

so touching....
betul tu shaei....kehidupan semakin hari semakin mencabar. Semoga kita semua dapat melalui hari hari yang mendatang dengan mudah. Amin.

UmmuAimanIrfan said...

lupa nak habaq....pesan kat Ed aku teringin nak makan kueh lapis dia....bila tu bleh rasa?