Nuffnang Ads

Sunday 27 December 2009

Dan Lagi.....

Dan lagi…

24hb Dec ada lagi celebration birthday aku, hmmm… rezeki org kata kan?! Sejarah lah bagi aku, dlm tahun ni ada 3 birthday celebration bley??? Alhamdullilah..ada jugak kwn2 yg sudi yek. Kali ni Ari and the gang ajak main bowling. Jam 9.30pm semua berkumpul di Ampang Super Bowl, di Ampang Point.

Pada mulanya Ari sepatutnya datang pick up kami (aku n Ed), tp memandangkan traffic yg amat teruk di MRR2, plan pun di tukar. Kami gunalah kemudahan pengangkutan awam iaitu teksi.

Sampai kurang lebih jam 9.40pm. Ari, Fahad, Anoy, Aaron dan Azwan dah terconggok tunggu kami. Sorry we’re late!! Hehehehe…

Kami bersembang sambil menunggu giliran tuk dapatkan lane, memandangkan ramai jugak la yg dtg pd mlm eve Krismas ni. Sempat jugak aku perkenalan Ed pd kwn2 yg lain.

Berborak sambil berlawak mmg itulah keje kami. Biar aku kenal kan sorg demi sorg kwn2 aku pada korg. Ari, dia ni ex housemate aku. Merupakan adik angkat pada Ed masa kami duduk di Bandar Baru Ampang suatu ketika dulu. Kami masih lagi rapat dan saling berhubung walaupun dia sudah berumahtangga. Fahad adalah kawan kepada si Ari, ke mana saja Ari pergi dia akan hangkut si Fahad ni. Mcm aku ngan si Ed ler.. Anoy n Aaron, Anoy ialah bapa kepada si Aaron. Aaron baru masuk usia 9 bulan pada Disember ni. Anoy sebenarnya pernah berjumpa dengan kami suatu ketika dulu di mana pada ketika tu kami masih lagi ligat berclubbing di sekitar Bukit Bintang. Ada satu tempat di Bukit Bintang dikenali sebagai Rahsia, tempat ni lah menjadi check point kami sebelum kami check in ke disco, dan di situlah kami bertemu Anoy. Tp aku mmg lupa yg kami pernah berjumpa, sehinggalah dua keping gambar yg Anoy kirimkan pada aku merungkai segala2nya. Heheheh.. bila aku tengok gambar tu pun aku malu sendiri.. Kurus, leher pun masih jinjang lagi.. persis anak ikan.. wakakakaka… Ok, Azwan pulak best friend pada si Ari. Aku kenal Azwan pun masa si Ari buat birthday partynya 5-6 tahun lepas. Tp biasalah lepas tu dah tak jumpa then lupa terus..

Skrg ni balik pada cite bowling, yg join bowling cuma kami berempat aje, aku, Ed, Ari n Fahad aje. Yg dua org lagi tu jadi penonton. Seblum main tu sempat jugak lah depa ni suruh potong kek. Ish!! 1st time ni, org suh potong kek birthday kat public. Bagi mengaburi mata org ramai, aku mencangkong sambil tiup lilin… hehehehe.. Aku kan pemalu… Selesai acara potong kek, permainan bowling di teruskan. Game pertama agak menggalakkan, aku dpt 189, antara markah tertinggi setelah sekian lama tak main. Game ke 2, game ke 3 dan ke 4, hadoooo… hahahah…
Apa2 pun bukan markah yg aku kejar tp saat dan ketika tu lah dpt aku bergumbira dan lupakan seketika tekanan yg aku pikul masa siang hari.
Kami habis awal dan terus ke Nailis Ampang tuk sessi supper pula. Ice lemon tea dan cucur ikan bilik dan memadai bagi aku. Sambil tu kami bersembanglah pasal trip ke pulau etc tuk aktiviti 2010 nanti.. so tunggu je lah yek.

Oklah.. masa tuk balik dah masa tuk aku berenti menaip… enjoy viewing..!!














No comments: