Nuffnang Ads

Showing posts with label Kenari Court. Show all posts
Showing posts with label Kenari Court. Show all posts

Tuesday, 9 November 2010

Pra Aidilfitri 7 Sept 2010

Since tengah rajin, jadi aku updatelah blog seterusnya walaupun tarikhnya dah agak terkebelakang. Peristiwa berlaku pada 7/9/2010, sebelum kami balik raya ke kampong masing2. Kami di sini membawa maksud aku, Ed, Arip, Ema, Milo dah Shaheeb. Sebelum aksi2 kami diabadikan, siang tu kami bertungkus lumus menolong Ed untuk habiskan order nig nog nya.

Lepas berbuka, aku amik masa sekejap ke Keramat untuk amik tempahan kuih tart yg aku buat sebelum Ramadhan, dari situ langsung ke Gombak hantar kuih nig nog kat kakak Arip. Sampai rumah Ed tengah kemas rumah dan mop lantai, almaklumlah baru lepas abis buat kuih dan berbuka. Lantai sema nak dibersihkan, esok kami plan nak relax dah balik kampong, so taklah penat sangat. Kebetulan Leeza n Jeff sampai, masa aku balik tu, depa nak amik kuih nig nog yg depa order. Sembang kejap, sempatlah jamu depa dengan pudding roti yg aku buat siang tu. Tak banyak yg kami sembangkan, depa pun nampak tergesa2 nak balik, memandangkan laluan depa sama dengan tempat Ema dan Milo nak tuju, diorg pun follow Leeza tuk ke Sri Nilam. Ema dan Milo ke sana tuk amik As Sauda yg aku order dr kawan Ema.

Dalam masa dorg keluar, kami pun bersiap2 tuk photo shoot. Tak lama lepas tu dorg pun sampai. Mula2 lagi si Ed ni buat hal, xnak join xtvt kami. Mengada kan?!! Malas nak gosok baju lah, tak ada mood la.. mcm2 alasan! Hmmm.. saja nak suh kami pujuk kan.. last2 si Arip jugak yg pujuk, gosok baju dia. Dah settle semua, baru kami start photo shoot kami. So, ni lah hasilnya... (gambar kami juga turut mendapat pertolongan dari tripod).























Note : gambar berdua ngan Ed, ialah the only gambar2 raya yg aku ada tuk tahun ni, sedey kan?! Gambar di ambil masa aku berkunjung ke rumah Ed kat Sri Pantai, Mersing. Hari Raya Aidilfitri 2010 jatuh pada 10hb September 2010 @ Jumaat.

Wednesday, 23 December 2009

Lagi....

Dua tiga menjak ni asyik terima kejutan aje. Smlm Ikmal n Bard buat kejutan. Kejutan hari jadi aku katanya.. mmmm.. not bad, agak menjadi jugak.. heheheh..

Selesai mandi, mlm td (22/12), aku bergegas ke pintu sbb aku dengar ada suara panggil aku dr luar, rupa2 dia org berdua dtg. Aku pass kan kunci suh diorg bukan sendiri, ya lah.. aku ngan bertuala kan terlerah tuala tu, berbogel lah pulak aku kat situ kan… Aku pun bersiap, dia org dok sibuk panggil nama aku, bila aku kuar aje dr bilik…. “Happy Birthday to you.. happy birthday to you.. happy birthday to Adan… happy birthday to you…” Hmmm.. tergamam aku seketika… Diorg menyanyi sambil Lara n Ekie membawa sebiji kek yg di atasnya ada SEBATANG lilin saja yek.. Lara n Ekie mmg dtg sekali ngan Ikmal n Bard, which is diorg mmg plan akan tunggu arahan dr Ikmal n Bard. Hampeh kan.. Apa2 pun, thank you so much guys.. so sweet of you.. (eee.. geli pulak aku nak sebut perkataan keramat tuh!)..

Kek dah di tiup, ucapan dah di buat, kek dah di potong, sesi bergambar dah pun selesai.. apa lagi.. makan ler………..

Sempat bersembang sambil menikmati juadah yg telah di beli oleh diorg! Nnt ko org tengok sendiri lah aksi2 kami kat bawah ni.. Dengan aku yg tak sempat nak capai baju.. sempat bersingle aje.. Mmmm.. lantak lah kan?!!

Plan lepas tu ke LRT Corner, minum lagi.. xpe lah.. xkan tak g pulak kan.. dah lah Ed tak join, nnt sentap pulak diorg tuh.. so, ok je lah..

Abis sessi berborak n minum kurang lebih jam 1am… balik tu aku sempat jugak lah repeat cite Speed, ingat lg tak korg cite ni? Keanu Reeve n Sandra Bullock. Best cite nya kan?!!...

Sekian..





Monday, 21 December 2009

Ulangtahun ke 35

Ulang tahun kali ni agak berbeza dari tahun lepas, tarikh 21/12 jatuh pada hari Ahad. Mcm biasa hari minggu tido pun terlajak, mcm mana tak terlajak, hari sebelum tu aku balik lewat, gara ikut kawan ke karaoke di Cheras.

so, balik umah tido dlm kul 11 bangun, siap goreng nasi nih, gigih kan? nak keluar malas.. makan sambil tengok dvd yg mana aku beli tak xpenah ada masa tuk tengok.
Sempat jugak lah tengok cite All About Steve, My Sister Keeper, Mulan, Over My Death Body n Hannah Montana The Movie.

Sementara Ed ngah berkemas ke dapur, sempat jugak lah aku baca 2-3 paper yg aku beli subuh td. Aku tanya dia "ko nak masak ke? ke.. ada org nak dtg? Bob nk dtg ke?" Dia balas, "xda lah.. aku nak masak tuk kita2 aje, Bob kalau sempat dia dtg.." Jawab ku, "kalau kita2 aje.. makan kat luar aje lah.. " Dia membalas "ala.. masak cincai2 aje.." "hmmm... suka ko lah.." balas ku.

Bila dia sampai umah membeli2 brg2 tu.. baru lah dia ckp.. "aku nak masak tuk ko.. esok kan birthday ko.." hmmm.. aku terharu sgt.. aku sendiri pun tak ingat yg esok besday aku.. Tks Ed!!

Menu pada mlm tu, mee hoon lada hitam n kuih lapis warna warni.. 2-2 menu tu mmg fav aku. Tetamu di jangka hadir selepas kul 9.30pm. Antara yg hadir Fida, Bob, Adik Bob (xingat nama) n GF Adik Bob (xingat nama), Juffry, Farah n Tajul (kwn Farah).

Suasana pada waktu makan agak hapenning, ramai yg mengusik si Fida sebabnya dia ni mmg kaki latah.. sampai adik Bob n gf dia tak senang duduk.. Ya.. mmg Fida byk menceriakan suasana...

Kurang lebih beberapa jam Juffry pun sampai.. tak tahu dr mana, dia pun duk di meja trus makan.. as usual dia akan senyap bila dia tak kenal org yg berada di sekeliling dia.. bagus jugak, tp kalau dia kenal.. mmmmm...pendek kata.. suara dia aje yg dengar. Dia pun tak boleh lama, request tuk tapao kuih lapis warna warni Ed. Aku akui kuih lapis Ed mmg sedap.

Farah n Tajul sampai agak lewat, ya lah. depa tu dah la dr Shah Alam, baru abis keje katanya... Pompuan ni lagi sorg, mmg kaki bersembang, kalau dia gelak bergema satu umah aku...

Bob n rakan2 dia yg lain beredar tuk pulang, mungkin keletihan agaknya seharian berjalan. Aku bungkuskan dia mee hoon n kuih lapis tuk sarapan besok bley?!! Hehehe..

Sebelum Bob n rakan2 beredar, sempat jugak depa menyanyikan lagu hari jadi pd aku. Dengan kek sebekas (aku tak tahu mana si Farah dpt) dengan lilin yg besar aku tiup. Im so touched. Tks guys.. Apa2 pun bukan kek atau hidangan yg aku minta.. cuma ingatan yg ikhlas dr sahabat2 di sekeliling aku. Tks to Ed yg buat parti terkejut nih..

Jam dah menunjukkan pukul 2.00am, rokok n air silih berganti, akhirnya Farah n Tajul beredar..

Pada bonda n ayahanda tercinta terima kasih atas ucapan mu. Aku tetap mcm dulu, tetap menyanyagi mu sampai bertemu ajalku.. Mak terima kasih kerana melahirkan ku n Bak yg tiada tolok bandingnya.. Walaupun terlalu byk cabaran dan dugaan pada 2009 ni insyaAllah.. akan ku sahut jua.

Pada Ed, ko kira sahabat dan abang pada ku. Tunjuk n bimbing lah aku kalau aku tersesat. Terima kasih atas segala2nya. Kiranya persahabatan yg terlah terjalin hampir 23 tahun akan terus berkekalan.

Buat Fida, Bob n rakan2, Juffri, Farah n Tajul terima kasih kerana kehadiran anda.

Tak lupa ucapan sms dan ucapan yg di buat dlm FB, Bard, Elynn, Pok Leh, Lynn, Kak Roy, Iza, Rizal, Sham, Zack, Ari, Fahad, Korizm, Hafidzah, MG, Kerol dll.. thank you so much guys!!

Sekian dr ku..